I'm counting the day now!!!!!!!!!!! Cuma tinggal 3 hari saja lagi untuk kami BALIK KAMPUNG OOOOO BALIK KAMPUNG. Tak sabar nak balik Perak, sampaikan aku dah lupa bila last time aku beli barang basah. Rasanya 2 minggu yang lepas kot (hehehehe..biasala "M" syndrome). So dalam peti sejuk cuma tinggal 2 potong ayam dan 6 ekor udang. ALAMAK!!!! Nak masak apa untuk berbuka nanti?!!!!! Huhuhuhu..Sebab lauk yang tinggal pun tak banyak so terpaksa la aku meng"kari"kan saja 6 ekor udang tu. Kalau buat sambal tumis (favorite En. Amri) nanti alamatnya lekat celah gigi je laaa.
This was my 1st attempt masak KARI UDANG. Akhirnya merasa jugak makan kari udang air tangan sendiri. Kalau time kerja dulu, bila teringin nak makan kari udang, aku just pecut ke kedai mamak yang berderet belakang rumah sewa aku. Dah duduk Sabah ni, terpaksa la masak sendiri sebab rasa masakan orang Sabah memang berlainan sikit dengan selera kita.
So here is the recipe yang telah dicuba dan diubah suai sedikit mengikut barang yang ada dalam dapur aku :
KARI UDANG
Resipi Asal : Kari Udang oleh tulip77
Sorry gambar kurang jelas sebab snap time nak berbuka |
Bahan-bahan:
1 batang serai (titik)
6 ekor udang harimau (buang kepala dan bersihkan)
3 sudu besar pes kari ikan/udang
5 sudu besar pati santan
1 tangkai daun kari
3 biji cili padi (tumbuk)
1 cm kunyit hidup (tumbuk)
3 biji bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 biji tomato
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk dan daun kari.
2. Masukkan pes kari dan masak sampai berbau.
3. Masukkan sedikit air diikuti santan. Biar mendidih.
4. Masukkan udang diikuti garam. Kalau kuah pekat sangat, sila tambahkan air.
5. Masukkan tomato dan biar mendidih selama beberapa minit.
Walaupun resipi aku tak ikut resipi asal (sebab kekurangan barang didapur), tapi hasilnya tak mengecewakan perut En. Amri. Laju jer dia makan time berbuka. Cuma aku kesian sebab udang yang ada cuma 6 ekor saja. Kalau udang lagi banyak mesti dia puas makan.
!!!! TATA !!!!
No comments:
Post a Comment