Tuesday, October 2, 2012

Usaha Untuk Cantik

Salam All

Hari ni nak cerita sikit pasal perubahan pada fizikal saya selepas selamat bersalinkan Amrsyar. Actually tak ada la besar sangat perubahan tu but, still agak merimaskan saya. En Amri?!!! Owh !!! He in Semporna rite now..that why I need to repair mana part yang dah berubah sebelum dia balik ops. 

Before pregnant saya pakai baju saiz S, tapi sekarang saiz M pun belum tentu muat. Actually berat badan saya tak ada la beza sangat dengan berat before pregnant dulu (still tak boleh terima kenyataan badan dah gemok). Berat saya cuma naik 5 kg (before pregnant 40kg, masa pregnant 39 minggu 60kg, lepas pantang 45kg). But almost all baju, especially T-shirt, ketat kat bahagian my twins. So rite now, saya terpaksa bagi semua T-shirt saya to my lil' sis and renovate my wardrobe (remove semua baju saiz XS / S and replace them with baju saiz M or L). Allowance from En. Amri bulan ni habis beli baju jer. And another problem is my skin. Kulit muka terasa berkedut (I hope it just my feeling) and uneven skin tone. Orang kata kalau pregnant anak lelaki kulit memang macam tu. Tak apa lah pengorbanan seorang ibu.

Masa tengah pregnant, terasa nak try macam-macam produk and supplement kecantikkan. Tapi takut effect pada baby dalam perut. So, saya just cuci muka and tempek UV cream bila keluar rumah. Dalam hati, saya nekad untuk bring back my self confident lepas bersalin nanti. Masa tengah berpantang, saya start buat survey kat internet. Sana sini orang cakap pasal VIRGIN COCONUT OIL (VCO) and COLLAGEN syarikat CATALYST. Banyak testimonial yang kata produk ni bagus. Mula-mula tak berapa nak percaya, but bila tengok perubahan kulit one of my friend yang guna produk ni...huurrrrmm..why not give it a try. Semalam saya dan Nana ke stokis catalyst di Rapat Setia, Ipoh. Saya cuma beli VCO, collagen and Femme Vita, but Nana insist nak try Ambience Collagen yang harganya boleh membocorkan poket saya. Total semua RM 324...and saya terus register as their agent. So, kita tengok la...lepas ni kalau ada perubahan pada kulit saya, baru saya bercadang nak start promote pada orang lain pulak. Kalau tak ada kesan..huhuhu kita senyap-senyap sudah lah. Tak best la kalau saya jual produk yang saya tak percaya keberkesanan dia.

Produk Catalyst yang saya tengah cuba
Ihsan gambar : www.wanitamelayu.com

Ok la..need to go now. Nana ajak keluar beli satay. Semoga usaha saya untuk kembali cantik berseri akan berjaya. Sama-sama la kita tengok sama ada produk catalyst ni berkesan pada saya atau tak. 

 -TATA -