Sunday, January 12, 2014

Persedian Untuk Tukar MyKad

Sorry lama dah mengabaikan blog ni. Dah lama saya tak update apa-apa entry kat sini. Since saya mula bekerja, masa terluang tak banyak. Kalau ada pun, saya lebih suka gunakan untuk merehatkan badan (@ tido). Rutin harian saya agak ketat, 8-5 : kerja..5-9 : spend masa dengan anak-anak, 9-11 : siapkan apa yang patut dan 11-6 : ZzzZzzZz . Weeekend....hanya untuk anak-anak. Saya salute pada working mummy yang sanggup kerja on weekend.

Ok...melalut sudah. Entry kali ni just nak share tips bagi sesiapa yang ingin menukar MyKad. Since kerajaan perkenalkan MyKad baru yang ada dua gambar tu, ramai yang ingat kerajaan mewajibkan semua rakyat tukar kepada MyKad baru. Tapi buat masa ni JPN belum terima apa-apa arahan. So, kepada anda-anda yang masih belum tukar...jangan la risau sebab KERAJAAN TAK WAJIBKAN PUN ANDA MENUKAR MYKAD. Ramai yang datang tukar sebab risau kena denda. Actually yang wajib tukar MyKad tu cuma dua golongan je 1) Kalau anda masih gunakan IC yang tak ada cip..maka anda wajib tukar kepada MyKad baru 2) Sekiranya anda sudah berumur 18 tahun ke atas, anda wajib tukar kepada MyKad baru sebelum umur anda 25 tahun (kalau dah 25 tahun keatas, kena denda ye). Kalau anda dah berumur 25 tahun keatas  tapi masih guna MyKad yang anda buat sebelum umur anda 18 tahun, saya nasihatkan anda tukar secepat yang boleh. 



Sekarang ni, nak tukar MyKad dah semakin canggih dan cepat. Tak perlu bawa gambar sendiri. Anda cuma perlu bawa :
1) RM10
2) Diri anda
3) MyKad yang sedang anda gunakan
Biasanya proses menukar MyKad dikaunter JPN cuma ambil masa tak sampai 20 minit (bergantung kepada public yang ada). Kalau cap ibu jari anda tak rosak dan sepadan, MyKad boleh siap dalam masa 3 minggu atau sebulan. Tapi kalau cap jari ada masalah..mungkin ambil masa sebulan lebih untuk MyKad anda siap. Kalau anda ke JPN yang ada mesin pencetak MyKad, lagi cepat.

Ini tips yang saya nak bagi sebagai persediann sebelum anda ke JPN untuk buat MyKad baru.
1) Pakai baju  gelap. Background untuk gambar MyKad tu warna putih. Jadi, kalau anda pakai baju warna cerah (putih, biru air, peach, kuning air), petugas kaunter akan suruh anda pakai kot yang saiznya belum tentu sepadan dengan anda. Jadi, siap pakai baju warna gelap (merah, hitam, navy blue, coklat gelap) dari rumah. Bagi yang bertudung pun sama. Jangan pakai tudung warna cerah or tudung yang ada sulam manik dan labuci atas kepala. Percaya la cakap saya, nanti gambar MyKad anda tak cantik sebab manik dan labuci tu akan pantulkan cahaya kamera.

2) Bagi yang warnakan rambut, sila gelapkan warna rambut anda. Sama kes macam no 1, background MyKad tu warna putih. Kalau rambut anda warna cerah, gambar anda memang pelik sikit. Bagi pak cik-pak cik yang rambut memang dah sedia putih, sila pakai songkok atau kopiah gelap. Songkok dan kopiah boleh dipakai semasa urusan tangkap gambar. Kalau topi tak boleh yer... Tapi kalau tak kesah....biar je rambut tu kekal putih dalam gambar...lagi nampak semulajadi.

3) Bagi yang ada rambut jenis fesyen tutup dahi, pastikan rambut depan anda tak tutup kening. Gambar di MyKad anda perlu nampak kening. 

4) Untuk baju, pls pakai yang ada lengan. Berkolar atau tak, ikut suka anda. Setengah JPN tak terima baju yang tak ada kolar. So untuk keselamatan, better pakai baju yang ada kolar. Kalau nak gambar anda cantik, pakai baju yang kolarnya warna gelap.

5) Bagi lelaki yang pakai aksesori macam rantai, subang dan etc...tanggalkan la kejap sewaktu nak bergambar untuk MyKad anda. Kalau tak boleh nak tanggal, pakai baju yang ada kolar supaya anda boleh sembunyikan rantai tersebut. Kalau subang, no choice..terpaksa tanggalkan jugak. 

6) Bagi yang bercermin mata, ada kemungkinan petugas kaunter akan minta anda tanggalkan cermin mata sewaktu nak tanngkap gambar sebab cermin mata anda akan pantulkan cahaya kamera. Hasilnya mata anda tak dapat dilihat dengan jelas. Jadi, untuk kebaikkan anda dimasa depan, patuhi saja arahan petugas kaunter.

Itu saja tips yang saya boleh bagi pada anda yang bercadang nak tukar MyKad.

64 comments:

  1. my kad ni wajib tukar ke?sy x tukar lg yg terbaru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur brapa sekarang? kalo dah 18 thn keatas tp masih pakai ic yg dibuat sebelum umur 18 , memang wajib tukar.kalo x sure bila last time bt ic, bleh g jpn untuk check

      Delete
    2. Tumpang Tanya,Cik,tak boleh pakai tudung shawl ke?

      Delete
    3. Saya ni berada di tahun 2018. Mengikut pengetahuan saya warganegara perlu menukar ic kerana cip baru/ sebelum umur 21 tahun. Itu saja

      Delete
  2. cik belom tukar ne...
    balik2 ajak husb tukar..tapi balk2 jugak tak da masa..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. IC baru yg ad 2 gambar tu x wajib tukar.jgn dengar cakap orang melainkan awak tengok pengumuman kat berita

      Delete
  3. teringat masa buat mycard kat putrajaya dlm hari yg sama dah siap & blh ambik... tapi masa tue lupa buka reben kat kepala jadi dgn reben2 dia sekali masuk dlm gmbr mycard...huhhhh

    ReplyDelete
  4. da lama tkr mykad ne dr thn lpas lg.pa pn tq ats infonya :)

    ReplyDelete
  5. Betul ke baru2 ni dlm 2 hari lpas ade kuar paper kate kne tkar ic baru ni sblm march 2014 kalo x kne dnda..kawn sy yg bgthu td tp.sy xpcye sbb bru mggu lpas sy pg jpn..dorg kata xpe ..boleh guna yg lama..konpius...mohon bantuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. X.wajib tukar.kawan awak tu keje JPN ke? kalo bukan..baik awak abaikan saja.kami kat JPN tak trrima apa2 arahan dari KDN pun..

      Delete
  6. Adooi memang kena denda la saya nk, last buat ic umo 21kot.. skrg dh 3 series.. aiyakkk! Kena curik masa g buat ic ni..huu..

    Tq for tips, sgt membantu :-)

    Salam singgah balas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo ic mama elok lagi tak perlu tukar.ramai orang suka dengar rumors..ic yg ada 2 gambar tu TAK WAJIB TUKAR. KDN tak kuar apa-apa arahan lagi

      Delete
  7. Still xdr ape2 news dr JPN kan psl pertukaran ic baru?

    ReplyDelete
  8. Cute post.... nak tergelak jugak..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. dh tukar bru sbb hilang thn 2012 .
    lesen pon dh tukar bru. hihi

    ReplyDelete
  11. Kalau xbawa ic lama xboleh k hilang :'(

    ReplyDelete
  12. Thanks ats infonye...last month gi bukak acc...kne ejek dgn pgawai bank tu..hahh..yelah..bgi ic mase darjah 6 punya...skrg dah 21..x tuko2 lgi..muka dajah 6 comot je ... hhah..nextweek gi tuko yg baru...tq ya....salam ramadhan

    ReplyDelete
  13. Terima kasih..info yg sgt berguna..sbb search ni...hari ni nak p tukaq kad pengenalan baru dgn encik somi...hehheeheheh...tqvm

    ReplyDelete
  14. baca entri akak terus menjawab segala persoalan saya terutama pasal baju dan tudung sebelum nak pergi tukar ic ni. almaklum umur dah 23 tak tukar ic lagi yg nak lunyai dah tu haha thanks Kak !

    ReplyDelete
  15. Agk2 brp dendanye?last tkr ic ms umo 19taon.skg da 25taon.tepi2 kad tu hncur da.tu yg nk tkr

    ReplyDelete
  16. Kalau dah mmg perang tu nk kena warna hitam juga ke?

    ReplyDelete
  17. Saya nak tanya.. ibubapa saya asalnya sabah.. pada ic mereka tertera huruf H.. sementara ic saya tiada kerana lahir di johor.. adik2 saya pula ada kerana mereka.lahir di sabah.. saya berumur 17 tahun sekarang.. boleh kah saya tukar ic selepas berumur 18 tahun dengan terteranya H pada ic?

    ReplyDelete
  18. Sekadar pengkongsian info n pengalaman:
    Jika anak mencapai umur 12 tahun...nak buat mykad...pastikan ibu jari tangan anak dlm keadaan baik. Terutama bagi anak yg mengalami eczema..jika ibu jari mengalami kerosakan...yg menjejaskan cap jari.. jgn tergesa2 utk buat mykad. Tunggu sampai baik br mohon utk buat mykad. Biarlah didenda rm10 krn lewat buat mykad drpd terpaksa hadapi kesulitan di masa hadapan ketika anak nak berurusan di tempat2 yg memerlukan pengesahan cap jari!
    Jika anak didaftarkan dlm jpn utk buat mykad pd pertama kali tanpa cap jari...setiap kali dia nak berurusan rasmi yg memerlukan pengesahan cap jari...surat pengesahan dr jpn perlu diperolehi dgn bayaran rm5/setiap kali dikeluarkan!
    Bayangkan betapa byk urusan yg memerlukan pengesahan cap jari dlm kehidupan kita. Susahnya!!! Kesian anak.
    Jika dh terlanjur buat...bukan boleh diatasi dgn buat mykad baharu...bukan boleh lapor hilang dan buat semula... data cap jari dlm simpanan jpn adalah data mykad ketika berumur 12 tahun!
    Saya kongsikan pengalaman saya dan anak yg mengalami eczema..langsung tiada cap jari ketika mohon mykad..
    Sewaktu ambil mykad, pegawai minta scan cap jari...di bhgn perut ibu jari mmg tiada lingkaran...tp di bhgn bwh sedikit...ada...dan inilah maklumat yg saya terima. Hmmm..kesian Aida Nadhrah...ada mykad...xde data cap jari...apa boleh buat...kita xtahu..jd...biar ibu kongsikan info...utk kwn2 tahu. Smoga dipermudahkan segala urusan berkaitan...insyaallah.

    ReplyDelete
  19. Kalau umur dah 18 kena tukar cepat sebelum 19 kata pegawai JPN tu satu tahun lambat denda RM 20.

    ReplyDelete
  20. Kalau umur dah 18 kena tukar cepat sebelum 19 kata pegawai JPN tu satu tahun lambat denda RM 20.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar betul??? sy baru nk pi tukar esok sbb dah cuti sem dan parents baru free, sy xda transport nk pergi JPN (Sg Petani) dgn sendiri (motor pun tak ada) dan public transport cuma buat stress saja (dulu pernah tunggu 2 jam xda bas, teksi kalau naik caj mahal lebih kurang 10x ganda jadi balik bilik jelah...) sbb tu cuma mampu tunggu cuti sem dan tunggu parents free baru bawa sy pi tukar, parents pun kerja 8pagi-8malam nasib baik ja esok free sbb tauke ada urusan lain... sy baru ja masuk 19 tahun pd 9 hari yg lepas... :O mcm mana nk bayar RM20 tu, duit xda ni (tinggal RM10, sbb dah parent kata tukar mykad cuma RM10, duit PTPTN lain dah habis la makan mewah masa last day kat uni...)

      Delete
    2. cik mah lain kali dengaq betoi2 pegawai JPN tu kata apa ye. Bagi remaja yg dah masuk umur 18 thn..anda diberi tempoh sehingga sebelum umur anda 25 thn untuk tukar IC..itu pun tukar sekali saja. Suka hati lah nak tukar time umur 18 ke 19 ke 20 ke 21 ke 24 ke...bayaran tetap RM 10
      kalau umur dah 25 thn tapi tak tukar (masih pakai IC yang anda buat sewaktu umur tak genap 18 thn)...baru anda akan kena denda..kena baya RM20
      ini dinamakan peraturan 18
      apa yg cik mah cakap ni tak betul

      Delete
    3. cik mah buat terkejut saya saja...

      apa yg kak Putri cakap tu yg betul, saya baru lepas buat kad pengenalan baru lepas masuk umur 19 tahun, bayaran RM10 saja... 😂

      Delete
    4. cik mah buat terkejut saya saja...

      apa yg kak Putri cakap tu yg betul, saya baru lepas buat kad pengenalan baru lepas masuk umur 19 tahun, bayaran RM10 saja... 😂

      Delete
  21. Alamak..skrng 25 tahun..xprnh tukar..agk2 kena denda brp ehh?

    ReplyDelete
  22. Boleh tak klau kita bg gmbar sndri yg bckground nya putih?

    ReplyDelete
  23. Klau IC saya tak pernah tukar sama sekali tukar mcm mna tu ???
    Skrg umur da 27

    ReplyDelete
  24. Klau lewat ambil ic dkt mna2 cawangan kena denda ke??

    ReplyDelete
  25. kalo nak tukar alamat kat mu card??

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum , saya umur 17 tahun , nak tukar kad pengenalan baru tnpa bawa mak ayah tkpa ka ? just bawa diri , ic , dngn duit RM10

    ReplyDelete
  27. Sy nk tye kalau da umur 50++ tp ic dy da pernah tukar tp xtuka lg kepada ic 2 gambar xpe ke ? Ke kene tukar juga ?

    ReplyDelete
  28. salam ..sy nak tanye kalau umur sy dah 20 tahun..boleh ke sy nak tukar kepada mycard yang baru? kene denda ke x ea sbb lewat? mykad sy skunk gune mase umur 12 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..x kena denda.byr rm10 je.tukar sebelum umur 25 ye

      Delete
    2. Cik putri, sy sekarang dah 26 tahun tapi masih tak tukar kad. Masih guna kad yg first. So berapa ya denda?

      Delete
  29. assalammualaikum, nak tanyaa. klu nak amik ic ni saya pakai tudung wrna coklat tpi baju putih, bole ke?? ke mmg kena pakai bju gelap jgk?

    ReplyDelete
  30. thank you. info yang baik sekali.

    ReplyDelete
  31. Saya berumur 18 thun tetapi tidak mencapai tarikh lhir lagi. Ic sy skrg macam nak patah. Ap yg perlu sy lakukan? Perlu k sy tukar atau tnggu sehingga capai umur 18 thun?

    ReplyDelete
  32. Boleh x tukar gambar ic yg sebelum ni diambil umur 12thun sebb ada yg kte x SME dah dengan gambar?

    ReplyDelete
  33. Bolehkah saya menukar sijil kelahiran dengan ic tapi umur saya sudah 19

    ReplyDelete
  34. Saya baru umur 16
    Tapi boleh tak buat ic baru, tukar alamat dan gambar, dah 3 tahun tinggal tempat baru

    ReplyDelete
  35. Saya baru umur 16
    Tapi boleh tak buat ic baru, tukar alamat dan gambar, dah 3 tahun tinggal tempat baru

    ReplyDelete
  36. Perempuan boleh ke buat ic tak pakai tudung? Sebab ramai je rakyat malaysia buat ic tak pakai tudung.

    ReplyDelete
  37. Tahun lahir salah..boleh saya tukat

    ReplyDelete
  38. Boleh pkai lens ke time nk memperbaharui mykad tu??

    ReplyDelete
  39. Saya ada buat report polis baru2 Ni sebab nama & nombor ic saya diguna-pakai oleh orang lain untuk berklinik dan rawatan hospital kerajaan.saya dapat tahu ic saya diguna orang ni pun sebab saya dah lama tak pergi klinik buat rawatan. Sekali suatu hari saya sakit dan saya pergi klinik kerajaan. Sampai kaunter saya bg ic. Dia pun prin out resit tapi dalam resit tu keluar alamat dan nombor telefon yang bukan milik saya. Jadi dekat situ saya tahu ic saya diguna-pakai oleh orang lain untuk rawatan. Saya rasa warga asing yang guna ic saya sebab ic saya dahulu pernah kena curi sekarang banyak warga asing guna ic orang tempatan untuk tujuan perubatan dan pinjaman dan sebagainya nya. Mereka ni agak berani. Ic kita pun diorang guna untuk kerja.macam kerja2 kontrak kilang dll. Ic kita pun dorg boleh jual dan copy ic kita ni pun Dorang jual. Banyak kegunaannya untuk mereka warga asing ni. Jadi selepas kejadian saya dah tahu ic saya diguna pakai lagi oleh orang lain .Doktor suruh saya buat report polis sebab memang ramai warga asing yang guna ic orang tempatan untuk tujuan perubatan kerja dan pinjaman dan sebagainya.Saya dah terkena. Ic saya dicuri dan digunakan untuk ambil pospaid telco dan tak bayar2 dan gunakan ic saya untuk kerja kilang dan guna pulak ic saya untuk buat rawatan kerajaan. Memang sistem kita di Malaysia ni terlalu lemah sebab warga asing sewenang wenangnya guna ic kita.

    ReplyDelete
  40. Nak tnyaaa, umur saya daa 20 tahun skrg.. Pstuu ic tak tukaq lagi. Tu pun last tukar masaa umur 15 thun. Kena dendaa gak ke?? Huhuhuhuhuhu ari jumaat nii baruu nak p tukaq ic baru..

    ReplyDelete
  41. Kalau lelaki rambut panjang xpayah potong lah ye? Panjang mcm pompuan dh 😂

    ReplyDelete
  42. Replies
    1. Boleh. Lipstick yang lagy gelap dari warna kulit

      Delete
  43. Sekarang nie kena tukar ic baru before umur 25. Nanti kena denda. Beh pakai make up but light2 jew. Tudung kene warna gelap for bertudung

    ReplyDelete