Friday, February 13, 2015

Minum Pagi Apam Susu


Setelah lama menghilangkan diri, hari ini saya timbul bersama entry Apam Susu. Suddenly rajin pulak nak masuk dapur. Ini kes menang cabutan bertuah kat Pasaraya Minat bulan 1 hari tu...dapat hadiah steamer. Jadi saya pun nak cuba resipi baru disamping nak blajar guna steamer yg baru dapat. Bab-bab baca manual ni saya failed sikit.

Ahad lepas time Ali dan Adik dah tido, saya pun memulakan projek. Saya separuhkan semua bahan daripada resipi asal. Buat banyak-banyak nanti tak ada orang nak makan. Saya cuma guna warna hijau. Jadi dapat dua warna satu putih dan satu hijau. Tak rajin nak buat pelbagai warna. 

Ini resipi yang saya ambil dari internet. Nak tulis dari sumber mana pun tak tahu sebab resipi ni memang viral. 


Bahan-bahan

1 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovellete
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar minyak jagung
pewarna yang disukai (saya guna emulco warna hijau)

1. Panaskan steamer dalam 10 minit.
2. Putar telur, gula, ovellete dan esen vanilla. Putar sampai jadi putih.
3. Masukkan susu pekat dan putar sampai sekata.
4. Tambah minyak jagung dan putar lagi.
4. Masukkan tepung dan kaup balik guna senduk.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut beberapa jenis warna yang kita nak. Saya cuma bahagikan kepada 2 bahagian. Satu putih-tak letak warna dan satu lagi hijau-perasa pandan.
6. Sapukan butter pada loyang. Masukkan adunan ke dalam loyang berselang-seli.
7. Kukus adunan selama 30 minit atau sehingga masak. Tutup atas loyang dengan aluminium foil supaya air tak masuk ke dalam adunan.

Apam yang saya buat tak mengecewakan. Apam naik dan lembut. Ali tak sabar nak makan. Saya belum potong lagi, dia dah cubit sikit suap dalam mulut. Suka la tu... Tak pe...lepas ni Mama buat kek kukus coklat pulak ye...O