Salam All,
SAPA SUKA KUIH LOPES, SILA ANGKAT TANGAN!!!!!!
Since balik rumah Mama ni, kerja aku mengunyap tak sudah-sudah. Ada saja benda yang mama masak suruh aku makan. Tapi yang paling tak best bila Mama paksa makan hati ayam and kerang (sebab HB aku cukup-cukup makan je). Memula aku refuse nak makan tapi bila Mama cakap kalau tak mau makan hati ayam or kerang, Mama akan paksa aku makan BAYAM !!!! Owh nooooooooooooooooooooo... SAYA BENCI SAYUR (macam mana la aku nak didik anak aku nanti). So, rite now...terpaksa la menelan hati ayam.
Ok back to the "KUIH LOPES" story. Actually yang mengidam kuih ni bukan aku, tapi En. Amri. Masa di Sabah, aku ada buatkan kuih lopes untuk dia..tapi tak berapa menjadi (actually tak menjadi langsung..kuih aku jadi lembek). Then En. Amri nak beli dekat kedai, tapi aku tak suka sebab biasanya kedai guna green coloring. So, bila dapat balik Kampar, aku mintak Mama masakkan untuk En. Amri kuih lopes (dapat jugak aku tumpang sepinggan).
Kalau nak mintak resepi....ampun ya!!!!! Aku terbabas tido pagi tadi, tak sempat tengok Mama masak. Tapi aku rasa kuih lopes Mama tak ada bezanya dengan kuih lopes orang lain. Cuma cara memasak maybe berbeza sikit. Untuk kuih lopes ni, Mama masak dulu beras pulut dengan air pandan sampai 1/2 masak. Kemudian Mama masuk dalam acuan daun pisang dan rebus (ada orang akan kukus..tapi Mama rebus supaya kuih tu akan jadi lebih mampat). So, bagi yang pernah menghasilkan kuih lopes lembek, maybe boleh try cara my Mama.
KUIH LOPES MAMA |
Hurm..tercapai jugak hajat En. Amri nak makan kuih lopes. Sorry ya By..isterimu ini masih kurang ilmu dalam bab kuih tradisional ni. I promise..I will learn from Mama (but maybe after give birth...hahahaha).
About my pregnancy..today sudah masuk minggu yang ke-15. Badan terasa berat sikit dan cepat sangat penat. Pergerakkan agak terhad walaupun perut tak berapa nak memboyot sebab aku rasa jantung aku bekerja lebih kuat berbanding masa tak pregnant. Buat kerja 5 minit..rehat 15 minit. Nasib baik duduk dengan Mama (sampai 27hb ni je) boleh lah bermanja-manja sikit. Tapi tak apa lah..demi nak anak kan..sakit ke penat ke..semua sanggup aku tanggung. Baru aku sedar.. BUKAN SENANG NAK MENJADI MAMA.
p/s : Doakan semoga Tok Akob cepat sembuh dan boleh keluar dari HUKL.
kuih lopes...kuih feveret saya nie...tp skrg nie macam susah jer nak dapatkan kuih lopes yg sedap...selalu beli kuih lopes yg lembik dan tak mampat isi...
ReplyDeletesama lah kita..suka kuih lopes ni.Kat kedai memang payah nak cari sebab nak membuatnya merenyah skit.tapi kalau kedai-kedai kat kampung, insyaAllah ada jual lagi kuih lopes yang sedap
ReplyDeletesalam kenalan putri..... wahhh... my peberet laa kueh ni... mmg susah nk cari kat sini....
ReplyDeletekat mana nak cari kuih lopes di KK?
ReplyDelete