!!! Salam Peeps !!!!
Its Friday already !!! Mesti ramai yang excited pegi kerja pagi-pagi ni. Aku yang tak keje ni pun excited gak coz my hubby tamat kursus hari ni. Seronok !!!! (padahal selama sebulan ni pun every weekend laki aku balik). But yang tak bestnya hari Isnin En. Amri kena fly ke Sabah WITHOUT ME. Yes !!!!! He's going to left me in Kampar till......entah lah aku pun tak pasti. SOB SOB SOB SOB...sedih la jugak kena tinggal tapi untuk kebaikkan aku dan baby juga..coz kemungkinan besar (rasanya dah confirm) yang En. Amri kena masuk operasi untuk gantikan pegawai yang dah lama kena sumbat kat sana. So, during En. Amri di operasi, dia takut anything happend to me + dengan my condition yang kurang darah merah... aku pun rasa better aku duduk dengan my parents dulu. Rasanya tak lama tu..maybe around 1 or 2 weeks saja (ayat nak menyedapkan hati sendiri..tetiba tuan CO suruh duduk operasi 3 bulan. Confirm aku call bini 2IC merayu mintak kuarkan En. Amri lebih awal). After En. Amri keluar operasi, baru dia akan balik Semenanjung untuk ambil aku dan kami balik ke Sabah sama-sama. Penat kan duduk oversea ni..hahahaha oversea la sangat.
My pregnancy dah masuk 17 weeks hari ni. Masih awal kan?!! But, aku dah buat preparation sikit. Orang cakap tak elok buat preparation awal-awal but, my situation maybe berbeza dengan orang lain. Sejak tahu aku pregnant, kami (aku dan En. Amri) dah plan untuk lahirkan anak ni di Sabah. Jadi, my parents and in laws terpaksa terbang ke Sabah. Tiket Abah dan Mama aku baru settlekan malam semalam. Bukan apa..tiket flight ni makin dekat dengan tarikh yang kita nak, harga dia akan jadi makin mahal. Untuk jimatkan kos..aku beli awal. So, after this cuma tinggal tiket untuk parents En. Amri saja lagi.
Ramai yang tanya KENAPA KAMI NAK LAHIRKAN BABY DI SABAH? Selalunya aku senyum jer. Memang lah kalau fikir balik, keputusan kami akan menyusahkan ramai pihak including kami sendiri, my parents and my in laws..but, aku tak nak rampas saat-saat indah bergelar ayah dari En. Amri. Ini anak dia..aku tak nak rampas hak dia untuk lihat perut aku membesar tiap hari, hak dia untuk bercakap dan merasa pergerakkan baby, hak dia untuk tengok baby ni lahir, hak dia untuk azan/iqamahkan anak sendiri, hak dia untuk jaga malam,...well banyak lagi sebenarnya. If aku pilih untuk lahirkan baby ni di Kampar, En. Amri cuma boleh balik 1 hari (paling cepat) after I give birth. Itu pun cuma untuk seminggu sahaja. Then he have to wait for another 3 months untuk jumpa anak sendiri (aku tak berani nak bawa new born baby naik flight). Aku akan rasa macam sangat kejam sebab aku rampas banyak saat-saat indah dari dia. So, walau apapun orang nak kata and walau apapun kesusahan yang bakal kami hadapi nanti...InsyaAllah kami akan harung jugak (semoga segalanya dipermudahkan Allah). Lagipun En. Amri baru saja mintak postpone satu lagi kursus di Semenanjung semata-mata untuk ada disamping aku during my pregnancy dan proses kelahiran. Kalau dia sanggup korbankan his career development untuk aku, kenapa aku tak boleh nak korbankan sedikit keselesaan untuk dia dan anak kami.
Rasanya cukup lah aku membebel ni. Need to sleep now. Kena simpan tenaga untuk esok..awal-awal lagi laki aku call ajak dating kat kedai mamak malam esok...haiiiih. Tu mesti ada benda yang dia mengidam nak makan. Sapa yang mengandung nihhhh ????
Wah. rezeki. alhamdulillah. moga Allah permudahkan :D
ReplyDeletehahaha..memang rezeki dear.2 thn menanti..insyaAllah dipermudahkan dan selamat semuanya
ReplyDelete