Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Online Shopping di E-mum Shop

Disebabkan saya dalam pantang, dan terpaksa bercuti dari tugas masak memasak, entry kali ni nak cerita pasal pengalaman saya shopping online di E-mum Shop. Actually ini kali ke-2 saya ber"shopping" disini. Service pihak E-mum amat cepat walaupun balasan email untuk pertanyaan dijawab dengan kurang mesra. Harga barang kat sini, biasa-biasa saja. Sewaktu pembelian kali pertama saya beli breast pump, untuk kali ke-2 ni.. saya beli breast pad, bottle stroge dan plastic bag storage untuk simpan EBM (housewife pun kena ada stok  EBM).
Bagi para ibu-ibu yang mencari BP atau barang kelengkapan untuk menyokong penyusuan susu ibu, sila la menjengok ke E-MUM SHOP. Untuk ke page kedai, sila klik-> E-MUM SHOP



Sunday, October 27, 2013

Dapur Puan Tanah Sedang Bercuti

Dengan ini diumumkan dapur saya sedang bercuti disebabkan saya tengah berpantang. Alhamdulillah saya selamat lahirkan baby girl pada 11 Oct 2013 di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Selama tempoh berpantang, saya tak dapat nak bereksperimen di dapur dan post entry resipi. But dun worry, saya akan cuba post entry pasal benda lain (bajet blog aku banyak readers la....perasan!!!!!!).

Sebagai penutup entry...enjoy gambar ahli baru family kami :
NUR ADDEENA SAFIYYA BT AMRI


Doakan semoga Addeena membesar jadi anak yang sihat,aktif, bijak dan yang paling penting...anak yang beriman pada Allah.

Tuesday, September 10, 2013

Rindunya Pada Si Kasut Tinggi

Ari-ari post entry makanan je. Hari ni kita post entry kasut. Huhuhu... Al-kisah kali ni saya mengidam nak pakai kasut tinggi la pulak. Pelik jugak preggy kali ni. A few weeks ago, masa mengemas rak kasut, saya terpandang kasut ni...

Kasut tinggi yang dirindui
Still cantik berkilat-kilat lagi kan? Actually usia kasut ni dah almost 2 tahun bersama saya. Tapi, saya masih belum ada peluang nak sarungkan di kaki. Kasut ni saya beli waktu preggykan Ali Amrsyar. Plan asal nak berkasut tinggi balik lepas Ali Amrsyar dah boleh berjalan. Tapi Allah ada perancangan lain untuk saya. Bila Ali Amrsyar dah boleh jalan, saya pulak tengah preggykan adik 7 bulan (dah sarat). Jadi terpaksa lah saya simpan kembali kasut ni ke dalam rak. Harap-harap tahun depan bila adik dah mula jalan, boleh la saya sarungkan kasut ni untuk kali pertama setelah sekian lama ia bersarang dalam rak kasut.

Thursday, May 9, 2013

PRU13 : Dakwat Kekal dan Moral Kita

PRU 13 baru saja tamat, tapi kesannya masih terasa. Suasana di sekolah (rite now saya bertugas sebagai guru ganti), sudah agak reda dan beransur kembali kepada asal. Tiada lagi cikgu-cikgu berkumpul mengikut idealogi politik masing-masing. Ramai yang sudah boleh bertegur macam biasa. Cuma pelajar yang masih suka sembang-sembang politik. Tak padan dengan umur budak-budak sekarang. Suruh lukis poster, dibuatnya poster "Re-election". Adoi la adik-adik, jangan la campurkan politik dengan kerja sekolah.

Ok enough cakap kosong pasal PRU13. Actually entry kali ni saya nak sentuh sikit pasal isu dakwat kekal dan moral masyarakat kita. Sebagai isteri tentera, saya mengundi lebih awal dari tarikh PRU sebenar. Pada 30hb 4, saya selamat membuang undi di Kem Lok Kawi, Sabah. Calon yang saya pangkah...biar lah rahsia. Walaupun mengundi awal, kami pun macam semua orang juga, jari telunjuk sebelah kiri dicalitkan dengan dakwat kekal. Cuma warna yang digunakan ialah warna merah (mula-mula warna hitam, but lama-lama dia pudar jadi warna merah). Selepas dicalitkan, saya biarkan dakwat tersebut kering. Dan kemudian saya lalui hari-hari macam biasa..basuh baju, makan, mandi. Dakwat tersebut memang akan pudar dikulit, tapi warnanya masih ada dikuku. Sehingga ke hari PRU sebenar, kuku saya masih bewarna merah. Jadi saya assume, objektif sebenar SPR untuk menggunakan dakwat kekal dalam PRU13 tercapai. Dakwat tersebut memang dapat bertahan untuk tempoh 7 hari.

Walaupun tak cantik, tapi saya tak kesah
Tapi saya agak kecewa dengan moral rakyat Malaysia yang cuba menghilangkan dakwat tersebut dalam tempoh terdekat. Saya lagi kecewa apabila yang melakukannya ialah pengundi awal yang rata-rata merupakan anggota tentera dan polis. Sebagai anggota pertahanan negara, apa lah sangat untuk biarkan jari tu bewarna sehingga ke hari PRU yang sebenar. Jika anda sanggup kobrankan nyawa pada  negara, bukan susah sangat untuk hidup selama beberapa hari dengan jari telunjuk bewarna. Jadi saya tak faham kenapa mesti nak hilangkan warna tersebut dan kemudian kecoh-kecoh di FB or Twitter. Untuk apa? Adakah sebab sengaja nak mencari kesalahan SPR?!! Mintak maaf bagi yang terasa. Tapi sebagai individu, saya rasa tak wajar kita terus dan terus mencari kesilapan orang lain. 

Tamat hari PRU13, keesokkannya saya kembali ke sekolah. Rata-rata cikgu yang mengundi bangga menceritakan cara mereka menghilangkan dakwat kekal tersebut. Ada yang gunakan petrol, ada yang terus lap dengan tisu sebaik saja dicalitkan, ada yang gunakan axion. Saya cuma mampu mendengar tapi dalam hati terdetik BANGGA SANGAT KAH BILA DAPAT LANGGAR ARAHAN? Bagi yang mengundi pada 5 Mei, kalau rasa dakwat tu menganggu sangat..apa lah salahnya biarkan dakwat tu at least sampai pusat undian ditutup. Kalau rasa nak bersihkan pun, tinggal la sikit kesan di kuku. Lepas tu nak bersihkan guna apa sekali pun tak apa. Nak potong jari telunjuk terus pun, tak salah. Susah sangat ke nak ikut  arahan SPR. Sesekali terfikir juga, patut la pelajar sekarang susah nak terima arahan, kalau yang memberi arahan pun bangga bila dapat melanggar arahan. Maaf sekali lagi. Kenyataan ni bukan ditujukan untuk semua guru. Bapa saya pun bekas guru dan beliau tak ada masalah untuk hidup dengan jari telunjuk bewarna biru selama beberapa hari. Malah bangga sebab orang lain tahu beliau dah menunaikan tanggungkawab pada negara. Beliau sendiri akan tengok jari telunjuk anak-menantu (En Amri kena tanya kenapa jari dia tak ada warna. "Saya undi pos Abah") untuk pastikan yang kami dah mengundi.

Kesimpulannya (macam buat rumusan SPM pulak), pada saya objektif penggunaan dakwat kekal oleh SPR berjaya. Yang tak menjayakannya ialah bila wujudnya manusia-manusia yang suka melanggar arahan dan mencari kesalahan orang lain. Saya cuma seorang suri rumah (ada masa bertugas sebagai guru ganti). Peluang saya bekorban untuk negara tak banyak. Jadi bila diminta untuk kekalkan dakwat dijari selama beberapa hari, saya rasa ini peluang saya. 

Untuk PRU14, maybe SPR boleh fikirkan cara lain untuk gantikkan dakwat kekal sebab rata-rata masyarakat Malaysia moralnya agak rendah - Bangga bila melanggar arahan. Macam seorang cikgu sekolah saya katakan, maybe SPR kena kapakkan kepala orang yang datang mengundi. Nak sangat tanda kekal, ambik kau..kekal terus tandanya sampai ke akhir hayat (sorry...just joking. Don't take it seriously). 

Akhir entry, bagi yang terasa dengan teguran saya..saya minta maaf sangat-sangat. Maybe anda ada reason tersendiri. Ini cuma pandangan yang terlintas dalam fikiran saya.

Thursday, May 17, 2012

Lawatan Ke Klinik Dr Anjalai

Salam Peeps!!

Hari ni saya gantung oven. Tak ada resipi nak dikongsi. Sejak perut dah makin comey ke depan, makin malas pulak rasanya nak masuk dapur. Even nak ambil air segelas pun aku tunggu sapa-sapa yang lalu depan aku..mintak tolong ambilkan air. Sangat kronik kan penyakit M mama to be ni.
Last Monday, after habis check up di Klinik Kesihatan (KK) Kampar, aku terus shot ke Hospital Pantai Puteri Ipoh. Opppppssss !! Jangan risau..aku dan baby sihat-sihat saja. Cuma aku ke Hospital Pantai untuk buat 3D scan. Actually on the same day, doktor di KK Kampar dah scan untuk tengok kedudukan baby dan uri. My baby position still breech dan uri..alhamdulillah ada di atas. But, doktor di KK tak dapat nak bagitau gender baby coz kaki dia di bawah..jadi agak susah nak tengok. Doktor nasihatkan aku untuk buat 3D scan kalau nak tau gender baby. Disebabkan aku memang dah ada niat nak buat 3D scan, so after habis check up di KK, aku terus ajak Mama dan Abah ke Ipoh. 
Di Hospital Pantai Puteri Ipoh ni ada 4 orang gynecologist. 2 lelaki dan 2 perempuan. Aku pilih Dr Anjalai sebab from my research, ramai yang recommended her. Selepas menunggu almost 1 hour, kami masuk bilik untuk scan. 1st thing yang Dr Anjalai tunjuk was my baby's face. Comel sangat..aku rasa macam muka aku. But Mama kata mulut ikut mulut En Amri. Geram tengok pipi dia. Rasa nak geget. Waktu tengah scan, boleh la pulak baby bergerak. Dia marah kot sebab 2 kali dia kena intai. Overall...my baby normal. Cuma position dia saja yang menyongsang. So Dr Anjalai suruh aku buat exercise macam bersujud selama 10 minit waktu bangun tido dan 10 minit sebelum tido untuk ubah posisi baby (sampai sekarang aku tak mula lagi). Waktu nak habis sesi mengintai my baby, baru Dr Anjalai scan gender. Well its look like I'm going to have a ......... Hahahaha..biar la rahsia dulu. Dah keluar nanti baru bagitau ye. Actually aku tak terkejut sangat dengan gender baby coz aku dengan En. Amri memang dah agak pun kami akan dapat baby .... sejak dari awal pregnant lagi. 
Before balik, Dr Anjalai print kan 2 keping gambar muka baby, tak ada CD so aku terpaksa scan gambar baby dan send to En. Amri sebab dia nak tengok sangat rupa anak kami. Seronokkan dapat hidup dalam zaman teknologi canggih ni. Anak belum keluar pun dah boleh tengok rupa. Mama cakap kalau dia muda, dia pun teringin nak pregnant lagi (Owh tidakkkk...aku tak sanggup nak ada adik kecik lagi. Cukup la Mama dan Abah bela "Comot si kucing diva")
Dalam happy-happy, aku sedih jugak. Actually aku harap dapat buat 3D scan dengan En. Amri. Tapi dah  dia tak dapat balik..tak apa lah. Masuk bulan ni, dah 3 bulan aku tak jumpa dia. Cuma contact melalui telefon saja. Itu pun sehari sekali sebab coverage di kawasan operasi tak berapa elok. So, everytime nak call aku, En. Amri terpaksa berjalan jauh sikit dan cari line. Kesian jugak..tapi nak buat macam mana kan. Itu jer alternatif yang ada. Apapun aku masih berdoa agar dia dapat balik waktu aku bersalin nanti. 
Ok lah..need to go now. Aku terlupa yang aku tak makan vitamin lagi. Sorry coz aku belum ready nak share gambar 3D budak kecik dalam perot ni. So, aku cuma boleh share gambar mama to be yang tummy nya tak berapa nak besar. Bagi yang berminat nak buat 3D scan dengan Dr Anjalai, ini info dia :

Klinik Pakar Wanita Anjalai
Suite 7, Ground Floor,
126, Jalan Tambun,
31400, Ipoh, Perak
Tel : 05-5405550 / 5405551

Charge : RM 85 untuk 3D scan

During 6 Months

Thursday, April 5, 2012

Kembali Tersenyum...

!! Salam Peeps !!

Alhamdulillah, sejak semalam emosi aku dah kembali stabil. Family banyak bagi sokongan especially my parents. Masa mula-mula ceritakan masalah aku pada Mama, Mama agak marah jugak. Bukan marah sebab En Amri tak dapat ambil aku balik ke KK, tapi marah sebab orang buat menantu dia macam bola. But 15 minit macam tu, she cool down. Abah pulak, nasihatkan aku jangan bagi tekanan pada En Amri. Both of my parents sebenarnya lagi suka kalau aku pregnant dan bersalin di Perak (biasa la parents mana suka anak tinggal jauh dari mata). Tapi, aku dan En Amri agak kurang senang sikit coz aku dah kawin...dah ada di bawah tanggungjawab En Amri. Kalau boleh tak nak susahkan parents aku lagi (cukup la 25 tahun Mama dan Abah susah payah besarkan aku). Tapi nampak gayanya, terpaksa jugak susahkan Mama dan Abah lagi. En Amri pesan pada aku, jangan banyak kerenah sangat waktu tinggal dengan Mama dan Abah. Aku pun harap aku tak mengidam apa-apa lagi lepas ni. Kesian la nak mintak tolong Abah carikan (Kalau dengan laki aku, tak dapat jer benda yang aku mengidam, bleh nangis-nangis macam filem Hindustan).

Aku bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai seorang Islam. Bila dilanda dugaan macam ni, aku ada tempat untuk mengadu dan berdoa agar diberi sedikit ketenangan. Aku lakukan solat taubat. Mungkin sejak terima berita gembira ni, aku ada terlalai dan hanyut dalam kegembiraan. Agaknya Allah hantar dugaan ini untuk bangkitkan aku daripada kelalaian tersebut. Aku mula muhasabah diri..banyakkan membaca Al-Quran (walaupun ada masa tersekat-sekat sebab hati tengah sebak). Alhamdulillah..Allah berikan sedikit ketenangan dan sekarang aku sudah boleh tersenyum kembali. 

Family banyak membantu aku sejak 2 hari yang lepas. Abah dan Mama lakukan banyak benda untuk cheer me up. Ramai yang excited bila aku khabarkan yang aku akan bersalin di Perak. Mak cik aku dah mula plan nak beli baby cot, walaupun aku cakap tak perlu sebab aku insyaAllah akan tinggal di Perak cuma untuk 2 bulan selepas bersalin. Tapi mak cik aku jawab "Duit aku, bukan duit hang. Suka hati aku la nak beli baby cot kat anak hang" (sorry la family aku kalau bercakap antara kami, ayat memang keras sikit). Aku nak tergelak pun ada. My parents in laws pun excited jugak. Mak siap pesan pada Mama, tak payah cari orang mengurut aku lepas bersalin sebab dia akan datang untuk mengurut aku. Air selusuh pun tak payah suruh orang buat sebab Ayah boleh buatkan. Terhibur jugak la hati aku. Rupanya ramai yang gembira nak sambut kelahiran anak aku di Perak. Cuma En Amri saja yang sedih. Aku pun tak tahu macam mana nak pujuk dia (sebab selalunya dia yang pujuk aku). Aku cuma boleh cakap..insyaAllah untuk anak ke-2 nanti kita buat preparation sambut baby sama-sama.

Buat masa ni, aku masih mengharap agar En Amri akan ada disisi aku waktu aku bersalin nanti, walaupun peluang tu tak banyak. Aku lakukan solat hajat agar harapan aku dimakbulkan. Aku harap En Amri diberi peluang untuk lihat anak kami lahir dan azan /iqamahkan anak kami sendiri since dia tak ada peluang untuk berada dengan aku waktu tempoh mengandung. Harap semua tu boleh tebus kembali rasa bersalah dia pada anak kami. Pada anak dalam kandungan ni, aku selalu cakap yang Babah bukan sengaja tinggalkan dia disini. Babah ada tanggungjawab pada negara (aku rasa macam hidup zaman sebelum merdeka bila cakap ayat macam ni). Babah kena cari rezeki yang halal untuk kami satu keluarga. Aku harap anak ni faham dan bila lahir, dia akan sayangkan Babah dia.

Terima kasih untuk Kak Ros, Kak Kamsiah, Mummy Shakira dan teman-teman blogger yang simpati dengan kisah aku. Nasihat kalian ada benarnya. Dugaan ini cuma satu dugaan yang kecil untuk aku hadapi. Walaupun pedih, tapi sebagai isteri dan bakal ibu..aku kena lebih tabah. InsyaAllah ada kehidupan yang lebih baik menanti kami dimasa hadapan.




Wednesday, March 14, 2012

Rambut Saya Banyak Gugur

!!!! Salam Peeps !!!!

Lama dah aku tinggalkan blog ni. Almost 1 week. Life tak bz mana pun..just makan tido jer. But lately emosi kurang stable sikit sebab kena berenggang dengan En. Amri. I MISS HIM A LOT. Aku janji lepas ni aku tak akan perli dia gemok lagi (sebab aku pun sedang membesar dengan jayanya).

Ok, back to our topic. Since aku dah tak ada apa-apa resipi nak dikongsi (sekarang ni semuanya Mama yang masak), so aku ingat nak kongsi info yang aku baru tau. Last week aku ada beli majalah Pa & Ma. Sedang asyik menjamu mata dengan iklan barangan baby, aku terbaca satu artikel pasal KEGUGURAN RAMBUT LEPAS BERSALIN. Maybe ada info yang boleh aku share di sini :

  1. Keguguran rambut selepas bersalin disebabkan perubahan hormon dalam darah setelah baby dilahirkan.
  2. Walaupun rambut banyak gugur diawal kelahiran, ia akan kembali normal sebaik baby berumur 1 tahun.
  3. Biasanya 5% till 15% rambut berada dalam peringkat rehat. Selepas peringkat rehat, rambut akan gugur. Ia akan digantikan dengan rambut baru.
  4. Ketika pregnant, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit saja rambut berada dalam keadaan rehat, jadi sedikit sahaja rambut yang gugur setiap hari.
  5. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut memasuki peringkat rehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur sewaktu menyikat atau mandi.


Owh!!!! Now I know kenapa lately aku perasan yang rambut aku makin lebat. I thought sebab aku dah mula minum susu. Rupanya keadaan ni temporary saja. Huhuhuhuhu.. Tapi tak apa lah..lepas bersalin nanti aku memang cadang nak gunting rambut pendek, coz En. Amri tak suka aku berambut panjang. Dia cakap aku kurang comeiiiiiii bila rambut panjang (aku pun tak pasti sampai bila dia nak aku jadi comeiiii..tak boleh ker kalau aku jadi ayu..dah 10 tahun itu la jawapan everytime aku tanya aku cantik ke tak).

Untuk mencegah keguguran rambut, maybe these listed food can help us :

  •  Telur dan daging ayam
  • Gandum
  • Tauge
  • Sayuran Hijau
  • Buah-Buahan
  • SeeFood
  • Salmon ( I like it especially bila buat sashimi then cicah dengan wasabi + soya source)
  • Kunyit dan jintan
  • Air Masak.


Ok..Thats all info yang aku boleh share hari ni. Kalau info ini salah, sila saman majalah Pa & Ma.

P/S: Mama cakap pada aku "Jangan minum air sejuk coz nanti rambut baby sikit. Waktu ngandung hang dulu, Mama suka minum air sejuk pasai tu rambut hang nipih tak mau lebat-lebat sampai la". Betoi ke tak aku pun tak pasti..ikut saja laaaaa labu...

Friday, March 2, 2012

Fetal Doppler

Salam Peeps

Pagi tadi tengah syok-syok dok mengaktifkan kilang taik mata, tetiba Mama ketuk pintu bilik sambil jerit "Posmen hantar barang kat hang". Terus bangun dan mandi.. Excited !!!!! YE YE !!!! MY FETAL DOPPLER ALREADY ARRIVED !!!!!! 


WHAT IS FETAL DOPPLER?
Pernah tengok tak iklan susu Anmum. Bagi bakal-bakal mommy mesti sedarkan model tu pakai earphone sambil letak satu alat kat perut dia. Yappp !! Alat tu la dipanggil FETAL DOPPLER. Fetal Doppler digunakan untuk dengar heartbeats unborn baby. Actually alat ni tak penting pun, tapi untuk bakal-bakal mommy yang tak ada pengalaman pregnant (macam aku) mesti selalu risaukan. Today aku dah masuk minggu ke-18 but, aku tak pandai nak rasa baby movement lagi. Sometime aku rasa macam ada pergerakkan tapi, aku confuse itu angin ke or baby yang gerak. Bila, aku pergi hospital kerajaan untuk check up, nurse tak pernah pulak nak guna apa-apa alat untuk dengar heartbeats baby. Tak apa lah..aku faham. Beside me, banyak lagi kes-kes kronik yang hospital kena handle. So, aku ambil inisiatif sendiri, beli alat ni dan dengar sendiri. PUAS HATI !!!

Actually during 9 weeks pregnancy, aku dan En. Amri dah dengar heartbeats baby masa kami pergi scan untuk pertama kali. Laju sangat. Perasaan masa tu..macam nak nangis pun ada. Tapi cover..nanti Doctor Sutha gelakkan aku pulak. 2nd time scan, aku pergi private clinic di Ipoh. But scanner di klinik tu tak boleh dengar heartbeats baby. Cuma dapat tengok baby gerak-gerak. Doktor cakap tak payah dengar heartbeats pun tak apa, sebab baby bergerak dengan aktif.  And after that till now, aku dah tak pergi scan lagi. Tunggu 22 weeks baru nak pergi scan balik untuk tahu gender baby.  

Pagi tadi, dapat-dapat doppler ni, aku terus curi bateri remote control aircond bilik adik aku (sorry ya Mak Su). Pasang and terus guna. Mula-mula payah jugak nak mencari. Habis satu perut berlumur dengan gel. But, at the end..dapat jugak. Dia duduk di tengah-tengah. Heartbeats rates paling tinggi hari ni 138 bpm (if dalam range 110-180 bpm, dikira normal). Ada mitos yang kata if rate below 140 bpm, maksudnya baby boy. Lebih daripada tu maksudnya baby girl. Tapi itu cuma mitos...bagi kami, girl or boy..mana satu pun tak apa. Asalkan semuanya selamat dan sempurna. 


About this doppler. Harga RM 230. Ada LCD screen untuk display heartbeats rates (so tak payah kira). Power source: Bateri AAA 2 biji. Disertakan sekali dengan gel, earphone dan kabel untuk connect ke laptop (kalau ada niat nak record). Warranty selama 1 tahun. Kalau berminat boleh tinggalkan comment.

Ok thats all for now. Aku terasa macam nak makan lagi. Bye !!!

Thursday, March 1, 2012

SelamaT Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-79

Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Darat yang Ke-79 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia


Especially to En Amri: Semoga berkhidmat dengan lebih cemerlang. I'll always support you walaupun terpaksa prepare your uniform hijau sambil dalam "sleepy mode" and I'll always love you walaupun you baru lepas "sunburn" sebab kawad untuk HUT pagi tadi (tak ape..malam-malam kita tido tutup lampu..semua pun nampak gelap jer.. Hahahahaha !!! ) 

Detik awal En. Amri bergelar warga Tentera Darat

Friday, February 24, 2012

Early Preparation

!!! Salam Peeps !!!!

Its Friday already !!! Mesti ramai yang excited pegi kerja pagi-pagi ni. Aku yang tak keje ni pun excited gak coz my hubby tamat kursus hari ni. Seronok !!!! (padahal selama sebulan ni pun every weekend laki aku balik). But yang tak bestnya hari Isnin En. Amri kena fly ke Sabah WITHOUT ME. Yes !!!!! He's going to left me in Kampar till......entah lah aku pun tak pasti. SOB SOB SOB SOB...sedih la jugak kena tinggal tapi untuk kebaikkan aku dan baby juga..coz kemungkinan besar (rasanya dah confirm) yang En. Amri kena masuk operasi untuk gantikan pegawai yang dah lama kena sumbat kat sana. So, during En. Amri di operasi, dia takut anything happend to me + dengan my condition yang kurang darah merah... aku pun rasa better aku duduk dengan my parents dulu. Rasanya tak lama tu..maybe around 1 or 2 weeks saja (ayat nak menyedapkan hati sendiri..tetiba tuan CO suruh duduk operasi 3 bulan. Confirm aku call bini 2IC merayu mintak kuarkan En. Amri lebih  awal). After En. Amri keluar operasi, baru dia akan balik Semenanjung untuk ambil aku dan kami balik ke Sabah sama-sama. Penat kan duduk oversea ni..hahahaha oversea la sangat.

My pregnancy dah masuk 17 weeks hari ni. Masih awal kan?!! But, aku dah buat preparation sikit. Orang cakap tak elok buat preparation awal-awal but, my situation maybe berbeza dengan orang lain. Sejak tahu aku pregnant, kami (aku dan En. Amri) dah plan untuk lahirkan anak ni di Sabah. Jadi, my parents and in laws terpaksa terbang ke Sabah. Tiket Abah dan Mama aku baru settlekan malam semalam. Bukan apa..tiket flight ni makin dekat dengan tarikh yang kita nak, harga dia akan jadi makin mahal. Untuk jimatkan kos..aku beli awal. So, after this cuma tinggal tiket untuk parents En. Amri saja lagi. 

Ramai yang tanya KENAPA KAMI NAK LAHIRKAN BABY DI SABAH? Selalunya aku senyum jer. Memang lah kalau fikir balik, keputusan kami akan menyusahkan ramai pihak including kami sendiri, my parents and my in laws..but, aku tak nak rampas saat-saat indah bergelar ayah dari En. Amri. Ini anak dia..aku tak nak rampas hak dia untuk lihat perut aku membesar tiap hari, hak dia untuk bercakap dan merasa pergerakkan baby, hak dia untuk tengok baby ni lahir, hak dia untuk azan/iqamahkan anak sendiri, hak dia untuk jaga malam,...well banyak lagi sebenarnya. If aku pilih untuk lahirkan baby ni di Kampar, En. Amri cuma boleh balik 1 hari (paling cepat) after I give birth. Itu pun cuma untuk seminggu sahaja. Then he have to wait for another 3 months untuk jumpa anak sendiri (aku tak berani nak bawa new born baby naik flight). Aku akan rasa macam sangat kejam sebab aku rampas banyak saat-saat indah dari dia. So, walau apapun orang nak kata and walau apapun kesusahan yang bakal kami hadapi nanti...InsyaAllah kami akan harung jugak (semoga segalanya dipermudahkan Allah). Lagipun En. Amri baru saja mintak  postpone satu lagi kursus di Semenanjung semata-mata untuk ada disamping aku during my pregnancy dan proses kelahiran. Kalau dia sanggup korbankan his career development untuk aku, kenapa aku tak boleh nak korbankan sedikit keselesaan untuk dia dan anak kami. 


Rasanya cukup lah aku membebel ni. Need to sleep now. Kena simpan tenaga untuk esok..awal-awal lagi laki aku call ajak dating kat kedai mamak malam esok...haiiiih. Tu mesti ada benda yang dia mengidam nak makan. Sapa yang mengandung nihhhh ????

Tuesday, February 14, 2012

Valentine Day

Salam All

Hari ni 14 February. Bagi yang bercouple tentu dah ada agenda dan plan sendiri kan. Yang dah married pun sama..ada yang masih celebrate but ada yang dah tak berminat nak celebrate. Maklumlah dah ada anak..kureng seswai lah pulak nak bawa anak join candle light dinner. Nanti ada yang kena panggil bomba. 

Untuk aku tanggal 14 February, tak ada yang special. Dari zaman couple, tunang and married, kami tak pernah celebrate Valentine. Aku pernah jugak teringin nak celebrate tapi hurrrrmmmmmmm.....En. Amri akan bantah sekeras-kerasnya. Biasa lah..laki aku ni pure Melayu. Bagi dia cukup lah kami celebrate special date pada kami sendiri like Birthday, Anniversary start couple and Wedding Anniversary. Masa couple dulu aku merajuk juga bila dia berkeras (En. Amri jarang berkeras dengan aku), but lama-lama...aku hormat pendirian dia. Lagipun as a muslim, this is not a day we suppose to celebrate. 


Gambar: Ihsan dari Google
Tapi kan..walaupun tak celebrate..I still like Valentine Day. Nak tahu kenapa? When I was in Japan, time Valentine Day, kedai and shopping complex akan jual varieties of CHOCOLATE. Aku suka coklat. So, biasanya aku akan shopping coklat. Macam-macam jenis coklat ada..dari yang murah till yang mencecah harga ratusan ringgit (bukan yen ye!!!). Bentuk coklat jangan cakap lah...macam-macam bentuk ada..sometime ada bentuk yang agak keterlaluan jugak. Kalau ikut budaya Jepun, di hari Valentine, perempuan akan berikan coklat pada lelaki yang dia suka...tak kesah lah kawan ker lecturer ker or ayah sendiri. Aku pernah jugak beli coklat untuk bagi pada lecturer aku, but all of them end up in my stomach (sorry saya bukan kaki bodek). And sebagai balasan, pada hari WHITE DAY, pihak lelaki akan hadiahkan perempuan dengan hadiah yang bewarna putih (normally handbag or baju). But, WHITE DAY ni agak kurang glamour sebab kita sendiri sedia maklum dengan sikap lelaki yang kerap pelupa. But, di Malaysia, sambutan Valentine Day tak semeriah di Japan. Maybe disebabkan faktor agama. Elok lah tu. But, I still hope En. Amri akan bawa balik Kek Coklat Moist this weekend. OWH..jangan salah anggap ye. Niat aku bukan nak celebrate Valentine Day. Cuma aku mengidam kek coklat moist yang di"topping"kan dengan coklat cair yang wet. SLUUUUUUUURRRRRRRRRRRRP !!!


Ok lah..aku nak melelapkan mata sekejap. Pagi tadi baru saja balik dari dating dengan nurse Hamidah and aku dihadiahkan dengan 3 jenis pil coz tahap HB aku dah mula menurun. Esok ada date dengan doktor pulak. And lepas ni Mama akan paksa aku makan hati ayam and kerang tiap-tiap hari. Tak apa lah..demi nak anak yang sehat.


p/s : Bagi married couple yang bercadang nak celebrate Valentine di hotel, jangan lupa bawa surat nikah and bagi adik-adik yang sedang bercouple..sila tunggu permission from tok kadi ye sayang.

Monday, February 13, 2012

Kisah Kuih Lopes

Salam All,

SAPA SUKA KUIH LOPES, SILA ANGKAT TANGAN!!!!!!

Since balik rumah Mama ni, kerja aku mengunyap tak sudah-sudah. Ada saja benda yang mama masak suruh aku makan. Tapi yang paling tak best bila Mama paksa makan hati ayam and kerang (sebab HB aku cukup-cukup makan je). Memula aku refuse nak makan tapi bila Mama cakap kalau tak mau makan hati ayam or kerang, Mama akan paksa aku makan BAYAM !!!! Owh nooooooooooooooooooooo... SAYA BENCI SAYUR (macam mana la aku nak didik anak aku nanti). So, rite now...terpaksa la menelan hati ayam.

Ok back to the "KUIH LOPES" story. Actually yang mengidam kuih ni bukan aku, tapi En. Amri. Masa di Sabah, aku ada buatkan kuih lopes untuk dia..tapi tak berapa menjadi (actually tak menjadi langsung..kuih aku jadi lembek). Then En. Amri nak beli dekat kedai, tapi aku tak suka sebab biasanya kedai guna green coloring. So, bila dapat balik Kampar, aku mintak Mama masakkan untuk En. Amri kuih lopes (dapat jugak aku tumpang sepinggan). 


KUIH LOPES MAMA
Kalau nak mintak resepi....ampun ya!!!!! Aku terbabas tido pagi tadi, tak sempat tengok Mama masak. Tapi aku rasa kuih lopes Mama tak ada bezanya dengan kuih lopes orang lain. Cuma cara memasak maybe berbeza sikit. Untuk kuih lopes ni, Mama masak dulu beras pulut dengan air pandan sampai 1/2 masak. Kemudian Mama masuk dalam acuan daun pisang dan rebus (ada orang akan kukus..tapi Mama rebus supaya kuih tu akan jadi lebih mampat). So, bagi yang pernah menghasilkan kuih lopes lembek, maybe boleh try cara my Mama. 

Hurm..tercapai jugak hajat En. Amri nak makan kuih lopes. Sorry ya By..isterimu ini masih kurang ilmu dalam bab kuih tradisional ni. I promise..I will learn from Mama (but maybe after give birth...hahahaha)

About my pregnancy..today sudah masuk minggu yang ke-15. Badan terasa berat sikit dan cepat sangat penat. Pergerakkan agak terhad walaupun perut tak berapa nak memboyot sebab aku rasa jantung aku bekerja lebih kuat berbanding masa tak pregnant. Buat kerja 5 minit..rehat 15 minit. Nasib baik duduk dengan Mama (sampai 27hb ni je) boleh lah bermanja-manja sikit. Tapi tak apa lah..demi nak anak kan..sakit ke penat ke..semua sanggup aku tanggung. Baru aku sedar.. BUKAN SENANG NAK MENJADI MAMA.

p/s : Doakan semoga Tok Akob cepat sembuh dan boleh keluar dari HUKL.

Thursday, February 9, 2012

Ahad Lepas Yang Indah

Salam all,
Hari ni mesti ramai yang tak ada semangat nak kerja kan? Dah lepas cuti 4 hari..kalau boleh rasa nak sambung sampai Jumaat..kalau tak payah pergi kerja terus lagi bagus kan? Jangan lah macam tu..honestly duduk rumah sambil goyang kaki tak se"best" mana pun...coz my life since pregnant is like that. So bertuah lah anda, anda, anda yang sedang bekerja sekarang.

Ok enough about merapik di pagi Rabu ni. Sejak my pregnancy nak masuk 4 bulan ni, aku rasa selera makan aku sometime agak menakutkan sikit. Contohnya Ahad lepas, En. Amri bawa aku pegi Ipoh.  Di rumah, aku dah isi perut aku dengan mee kari. But, then at Kinta City, aku "paw" aunty aku aiskrim Baskin Robbin. On the way balik, aku "paw" Domino Pizza En. Amri. Then sampai di Medan Gopeng, aku merengek nak makan nasi putih + sup ekor. Jenuh jugak pak cik tu mencari. Dua kedai kat Medan Gopeng kami pergi, tapi dua-dua cakap sup ekor dah habis (orang kat Medan Gopeng sambut Hari Sup Ekor kot). Aku agak kecewa jugak..but aku rasa yang terlebih kecewa was En. Amri. Punya la payah aku nak explain pada dia "Its ok...I dun mind tak dapat sup ekor malam ni". So, untuk tebus rasa bersalah..dia belanja aku Tutti Fruity at Medan Gopeng. Aku sendiri pun baru tahu ada kedai Tutti Fruity kat situ. Before this, kalau di Sabah terpaksa menapak sampai 1Borneo untuk makan Tutti Fruty and kalau di Ipoh, kena pergi di banggunan sebelah Kinta City yang maha sesak dengan kereta. Tapi kan...rasa aiskrim yogurt yang sedap tu still tak boleh nak memuaskan tekak aku yang teringin sangat nak makan sup ekor. So..last-last sampai Kampar, En. Amri terpaksa jugak bawa aku ke kedai makan di Bandar Baru. Kali ni aku suruh tokey kedai tu pergi check ada lagi ke sup ekor dekat dapur dia. Alhamdulillah..ada jugak rezeki aku malam tu. Laki aku tengok jer aku melantak nasi putih dengan sup ekor. Kesian jugak tengok dia..tapi aku tak hingin pun nak share dengan dia (wife yang kejam).


Waiting for his pizza

Thank U Baby Dear
Esoknya (and untill hari ni) aku terpaksa telan air kosong bergelen-gelen sebab aku rasa aku dah terlebih makan. Dan kerja aku sekarang, asyik ulang-alik toilet. Tak tahan lah... Right now, perut aku dah mula ke depan. No matter how much aku membuang..that boroi still ada. So, aku confirm lah yang "keboroi"an itu adalah my baby bumps. Still tak nampak sangat..but aku dah kena tukar saiz baju from XS/S to M. Thats means aku ada strong reason for shopping without guilty. EN. AMRI NAK DUIT OPERASI ANDA SKET !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, January 31, 2012

Saat Paling Indah Dalam Sehari

Saat-saat paling indah dalam sehari untuk seorang isteri bernama Putri :

Subuh yang terindah : Bila En. Amri kejutkan saya untuk solat Subuh.

Pagi yang terindah: Bila dapat sediakan a cup of hot Nescafe with something to eat (I seldom make breakfast).

Tengahari yang terindah : Bila En. Amri dapat balik rumah and kami lunch sama-sama.

Petang yang terindah : Bila En. Amri boleh balik kerja tepat pukul 5.30 petang (sebulan sekali kot) sambil dengar dia membebel meluahkan tekanan kerja.

Senja yang terindah : Bila dapat solat Maghrib berimamkan En Amri.

Malam yang terindah : Bila dapat lelapkan mata while holding his hand.

Saat-saat terindah untuk seorang isteri tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Cukup kalau anda boleh spendkan sedikit masa to be with her. 

p/s: I MISSED YOU AMRI. JUST COME BACK HOME SAFELY.

Tuesday, January 24, 2012

At last....

Salam all,
Lama kan Pn. Putri tak update blog ni. Sorry ya..life a liltle bit tunggang terbalik. Nak blogwalking pun sometime tak ada masa. Entry kali ni maybe panjang sikit dari biasa coz, Pn. Putri nak lepas gian berblogging.
Actually, I just want to share a story. A big happy story. After 2 years of waiting, akhirnya...jeng..jeng..jeng

Akhirnya..misi berjaya
Alhamdulillah..Allah makbulkan juga doa aku dan En. Amri. Lama dah aku simpan berita ni...baru sekarang rasa this is the right moment to share. Rite now, aku baru nak habiskan trimister pertama. Macam-macam perasaan ada..surprised, gembira, takut, confuse, nervous. Owh..I don't know how to explain. Since this is my 1st pregnancy, aku dan En. Amri agak careful (sometime aku rasa En. Amri yang terover careful).

Nasib kami tak sebaik newly wed couple yang lain. Cerita kami agak berbeza. Since married, aku tak pernah pregnant. Banyak jugak cara kami cuba..mengurut, fertility treatment,... (opssss!!! Baru 2 cara.But..lebih dari satu tu kira banyak lah kan). Untuk mengurut..aku dah pergi 3 tempat termasuk yang terakhir aku mengurut pada mak mentua sendiri. About the treatment pulak..aku tak berani nak cuba produk kesuburan di pasaran..takut buah pinggang dan hati aku tak boleh terima. So I went directly to a private hospital in Sabah for the treatment (terpaksa jadi tikus makmal). Hasil ujian shows that my progesterone hormone level lower than normal woman..maybe sebab stress or masalah underweight aku. Banyak kali jugak kami ulang-alik hospital. Ambil pil, injection and scan (yang agak menyakitkan)...but yang paling sengsara untuk kami was bila aku tetap didatangi oleh Miss P. Kecewa sangat. Orang lain boleh cakap, jangan mengharap sangat after buat treatment....tapi mana mungkin aku tak mengharap. Siapa yang pernah lalui situasi macam aku saja yang boleh faham. So, after gave a lot of thinking, aku stop the treatment before raya last year. Almost give up. Tak sanggup lagi nak lalui saat-saat kecewa bila treatment tak menjadi.

But, after 3 months aku berhenti treatment..Alhamdulillah..Miss P aku lewat menerjah 2 weeks and aku buat test PT...and the result was positive. 3 kali aku buat PT untuk confirmkan. For the doctor yang handle treatment aku..she said it was miracle. But, for me..dah sampai masa Allah bagi kami rezeki ni. Actually aku pun tak sedar bila aku start pregnant..maybe masa insiden aku menangis tak dapat makan mee kari. 

So for those woman yang masih belum berjaya pregnant, jangan lah putus asa untuk berdoa. Yakin lah..Dia tak pernah abaikan kita. Mungkin belum tiba masa yang sesuai untuk Dia makbulkan doa kita. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. And for En. Amri : Thank You coz tak pernah bosan menunggu saat ini. I really love you... Double kisses for you from us.

Ok lah need to go. Nak kemas barang En. Amri untuk dia balik ke IPDA. Please pray the best for me and my pregnancy  (I'm very nervous everyday).

Friday, November 25, 2011

Dapur Pn Putri Sedang Bercuti

Salam blogger
Dengan ini diumumkan yang DAPUR PN PUTRI SEDANG BERCUTI kerana my parents are at my home. Since they are in here, my Mama conquer the kitchen. Nak masuk dapur pun susah..asyik kena halau keluar. But, sekali-sekala dapat makan air tangan ibu sendiri memang best. Pulse, kat KK ni seafood semua fresh dan murah. Kami pergi borong ikan, udang and sotong di Pasar Basah Filipina dan masak di rumah saja since my Abah tak suka makan luar. 

So mulai hari ini until Selasa depan dapur aku kena bercuti. Tak boleh lagi nak bereksperimen dengan resipi-resipi baru. Rindu jugak..tapi tak apa lah. Kalau orang kerja ofis pun boleh ambil cuti..apa salahnya kalau housewife pun diberi cuti. Baru lah adilkan?!!! Patutnya CUEPACS kena buat tuntutan pada kami juga. Tapi kan..majikan kami is our husband jadi rasa nya boleh "kautim" sendiri dengan deorang saja kan. Ok lah..need to go now..lunch sudah tersedia diatas meja.

Monday, November 21, 2011

Nasi Ayam Special

Salam Readers

Dah lama kan Pn Putri tak update blog ni. Lately busy sikit. Jumaat lepas En Amri baru balik dari Pasak Bumi..jadi banyak kain baju dia yang nak kena dobi. Then on weekend badan aku jadi lemau sangat-sangat. Entah la..kepala rasa pening dan rasa macam nothing exciting in my life. Maybe aku sedih bila baca message Nana. Dia bagitau Arwah Pak Yop meninggalkan kami pagi Sabtu lepas. Walaupun aku tak rapat dengan arwah..jumpa pun 3 or 4 kali dalam setahun saja..but,still sedih bila orang yang kita kenal and related dengan kita passed away. 

Masa aku tengah in gloomy weekend, kesian jugak tengok En Amri melayan aku. Dia lah yang masak..yang paksa aku makan ubat selsema bila aku tak boleh nafas and semalam aku paksa dia drive ke Marry Brown Kota Kinabalu hanya sebab aku nak makan Mee Kari. Sampai di tengah jalan kereta Kelisa out of petrol (meter petrol kereta rosak so kami tak sedar bila kereta habis petrol). Jadi terpaksa lah kami laki bini menapak ke stesen minyak yang terdekat. Sampai di Marry Brown..mee kari pulak dah habis. So aku apa lagi....menangis lah dalam kereta. On the way balik, En Amri singgah kedai mamak dan tappaw kan aku nasi dengan lauk ayam dan kari. Huhuhuhuhu..sebab kesiankan dia..aku makan jugak nasi (walaupun sikit)...tapi tekak aku ni still nak makan mee kari jugak. Aku pun tak paham dengan mood aku sekarang. Kalau nak makan satu benda tu..aku cuma nak makan benda tu jer. Kalau tak dapat makanan yang aku nak..aku rela tak makan. Kenapa yer?!!!! Pelik dengan diri sendiri kejap.

Ok lah..enough story pasal mood aku yang tak berapa nak betul lately. Entry kali  ni aku nak kongsi resipi NASI AYAM SPECIAL yang aku masak last Friday. Resipi ni aku ambil dari My Resipi, tapi aku ubah here and there ikut sedap tekak aku dan En Amri. Kalau nak ikut resipi asal pun sedap jugak. Ok here is the recipe :

Nasi Ayam Special
Ayam saja yang sempat disnap..Mintak Maaf yer!!!

Bahan-Bahan

Air Rebusan
1 ekor Ayam
2 ulas Bawang Putih
2 cm Halia
1 kiub Ayam

1. Tumbuk bawang putih dan halia.
2. Rebus bawang putih, halia, ayam dan kiub ayam bersama air.
3. Angkat ayam bila ayam sudah separuh masak.

Nasi
5 cawan Beras
3 sudu besar Butter
1 cm Halia
4 ulas Bawang Putih
1 batang Serai
air rebusan ayam (ikut sukatan macam nak masak nasi)
garam

1. Cairkan butter dalam kuali. Tumiskan halia, bawang putih dan serai.
2. Basuh beras. Masak beras bersama air rebusan ayam, garam, halia, bawang putih dan serai dalam rice cooker.

Ayam
1 sudu besar Kicap Pekat 
1 sudu besar Sos Tiram
1 cm Halia
2 ulas Bawang Putih
sedikit kicap cair
madu (budget sendiri)

1. Tumbuk bawang putih dan halia.
2. Campurkan ayam yang direbus separuh masak tadi bersama bahan-bahan diatas.
3. Perap selama 1 jam. 
4. Letakkan sedikit minyak pada dulang pembakar. Masukkan ayam yang telah diperap.
5. Bakar ayam sehingga masak.

Kalau ikut resipi asal ayam ni digoreng tapi aku terpaksa bakar dengan oven memandangkan En Amri tengah usaha nak menstabilkan BMI dia.

Sos Cili (kuantiti budget sendiri yer)
Cili Padi Merah
Bawang Putih
Halia
Cuka
Garam, Gula
Air Rebusan Ayam

1. Tumbuk cili padi, bawang putih dan halia.
2. Masukkan semua bahan diatas dalam 1 mangkuk. Gaulkan.
3. Kalau ada bahan yang kurang sila tambah sendiri.

Sup
Air Rebusan Ayam
Rempah Sup
Daun Sup
Bawang Goreng
Garam dan Gula

1. Panaskan baki air rebusan ayam tadi.
2. Masukkan rempah sup. Tambah garam dan gula secukup rasa.
3. Masa nak hidang, potong daun sup. Masukkan daun sup dan bawang goreng ke dalam mangkuk dan tuangkan sup.

Nasi Ayam ni favorite En Amri. Everytime aku masak confirm dia tambah nasi (nak diet pun tak jadi). Sorry lah ye Baby dear..sekali-sekala kacau diet By. Ok lah maid aku yg namanya LG dah keluarkan bunyi kata dia dah selesaikan tugas dia. Now tugas aku pulak nak menyidai baju. 

For all the Readers : Happy Monday..Jangan curi tulang. 
For En Amri : HAPPY 10TH ANNIVERSARY. ALHAMDULILLAH SAMPAI JUGA KITA KE HARI INI.

Saturday, November 12, 2011

Countdown : En Amri N Pn Putri 10th Anniversary

Salam all



Ada yang pelik kenapa title entry aku Anniversary yang ke-10 sedangkan aku dan En. Amri kawin 
baru nak masuk tahun ke-2. Pelik?!!!! Actually Anniversary yang ke-10 ni sempena tarikh kami start couple. Lamakan?!!! Aku sendiri pun tak percaya yang kami boleh bertahan lama macam ni. Sometime bila duduk sorang-sorang (macam sekarang..En. Amri kena kerja luar for 1 week), aku renung balik 9 tahun yang lepas...ingat balik every sweet and bitter memories yang kami pernah lalui bersama. Well, I have to admit its not easy untuk kami sampai sejauh ini..ada masa kami merangkak, ada masa kami berjalan dan ada masa kami berlari (ada masa kami kena terbang jugak).

Aku kenal En. Amri masa kami di form 4 dan kami start couple waktu di form 5 (selepas SPM ye adik-adik). He is my 1st love and I'm his. Actually our love story memang panjang (kalau cerita sampai esok pun belum tentu habis). We started as friends. En. Amri was my classmates for 2 years. Hari terakhir SPM (21.11.2001) kami declared couple. Since that, kami banyak support each other. Kalau aku ada masalah, dia lah orang pertama yang aku cari so do him. Walaupun sepanjang hubungan kami, kami banyak terpisah jauh, tapi aku tak pernah rasa alone. Aku selalu rasa dia dekat dengan aku (sebab tiap malam kami bergayut ditelefon)

Lepas SPM, En Amri buat degree di UTM Skudai while aku pilih untuk ambil scholarship buat degree di Okayama, Jepun selama 5 tahun. After grad, En. Amri start service as an army in Sabah while I choose to work as an engineer in Intel,Penang. But after 1 years of married, aku ambil keputusan untuk tamatkan long distance relationship kami. Aku rasa cukup lah setakat itu kami tanggung derita sebab kami dah ada lesen dari tok mudim kadi untuk hidup satu bumbung dan tido satu bantal. Dah tak ada reason untuk kami berjauhan lagi. So, aku berhenti kerja dan ikut En Amri ke Sabah. RUGI?!!!!! Hurm..adalah jugak terasa sekali-sekala bila tengok kawan-kawan se"batch" aku ada yang dah pakai kereta besar dan ada yang dah sambung PhD. Tapi tak apalah..rezeki masing-masing. Bagi aku kalau kita nak hidup bahagia..tak perlu lah nak compare our life dengan orang lain. Penat lah...kalau kita nak semua benda yang orang ada. Setiap manusia ada kemahuan yang berbeza. Cukup lah kalau kita dapat kecapi apa yang kita impikan. And till now (after 1 years movied to Sabah), I'm still looking for a job. 
So, anybody yang ada job vacancy di Sabah..sila lah hubungi saya ye...hehehehe (offer diri kejap).

Hurmmm..so after tahu serba sedikit our love story..do you think I'm deserve to be his?!! Aku ada jugak terdengar orang cakap belakang aku. Ada yang kureeeng berpuas hati sebab aku tak kerja but dapat sambar pegawai tentera (bagi aku tak ada ape bende punnnn). Biar lahh..maybe orang yang bercakap tu tak pernah tahu apa yang aku dah korbankan untuk bawa En Amri ke tahap sekarang. Aku terima dia masa dia cuma ada result PMR saja..dan until now, I'm still be with him and will be with him as long as he needs me. Bagi aku, kalau kita jumpa someone yang sanggup harung susah senang dengan kita, boleh perbetulkan kita bila kita salah dan boleh sempurnakan hidup kita..maybe itu lah jodoh kita. Senang cerita kalau dah jumpa sorang manusia yang korang rasa need him more than love him...kawin saja dengan manusia tu (but make sure tak ada halangan dari segi syariat). 

Aku rasa bertuah diberikan peluang untuk jadi isteri kepada BFF sendiri. Walaupun sometime pening kepala jugak sebab bila kami tengah cold war, aku still terpaksa bercakap dengan dia untuk meluahkan sakit hati aku (Pelikkan?!!!! Aku luahkan sakit hati pada orang yang sakitkan hati aku). But, maybe sebab itu kami dapat bertahan lama. 




Ok lah...need to go now. Cuma tinggal 9 hari saja before ANNIVERSARY KAMI YANG KE-10.  
Doakan semoga hubungan kami kekal hingga ke akhir hayat. 
Aminnnnnn

Saturday, October 1, 2011

Matematik, English, PSV

Owhhhhhh I'm freaking tired this week!!!! Penat melayan budak-budak umur 7 dan 8 tahun. But..I'm really enjoy it. Sekurang-kurangnya merasa jugak aku melayan kerenah budak-budak (walaupun ada yang over active). Nak tunggu melayan kerenah anak sendiri..hurmmmmmmm entah bila masa tu akan tiba. Tak apa la..I'm pretty sure He know what best for me and En. Amri.

Start from last week aku dah dapat jadual waktu mengajar yang tetap. Aku ajar Math tahun 1, English tahun 2 anddddddddddddddddddddddd PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL (PSV) tahun 1, 2 dan 3 (Since when they call this subject PSV?!!!!!!). AKU KENA AJAR PENDIDIKAN SENI?!!!!! Orang yang tangannya tak ada seni langsung kena ajar Pendidikan seni?!!!! Seingat aku, subject ini la yang paling aku benci masa sekolah dulu. Tapi sekarang ni, aku pulak kena jadi cikgu seni (kepada adik-adik blogger: SILA JANGAN MEMBENCI SEBARANG MATAPELAJARAN YE). Untuk minggu pertama ni, aku berjaya jugak mengajar kelas-kelas PSV. Actually untuk aku kelas PSV ni adalah salah satu cara untuk cikgu mengenal dan membina hubungan yang lebih baik dengan murid-murid sebab kelas PSV lebih relaks dan tak terlalu tertekan.

Hasil Seni Cikgu Putri
Kelas Math and English agak berat sikit untuk aku. Payah jugak nak mengajar murid-murid Tahun 1 Matematik. Lain yang aku suruh buat, lain yang murid-murid aku buat. Aku ingat lagi, masa hari pertama aku masuk kelas Math, aku suruh murid-murid introduce themselves. Masa tu seorang murid aku, buka tupperware dan makan mee goreng dalam kelas. Aduhaiiii nak marah pun ada. Tak apalah, agaknya murid aku tu tak mampu nak menahan godaan bau mee goreng mak dia masak (honestly aku pun jadi lapar jugak masa tu). Ada yang nak menambah 1 digit dan 1 digit pun tak boleh lagi. Kesian jugak. Tapi aku cuma dapat tolong semampu yang aku dapat sebab aku kena ajar 26 murid yang lain jugak. Aku harap mak bapak budak-budak ni dapat mengajar anak sendiri dekat rumah. Kalau nak harap cikgu mengajar kat sekolah, memang tak mampu. And budak-budak zaman sekarang ni suka MENIRU. Aku suruh buat latihan dalam buku kerja, almost all murid-murid aku meniru. At the end, aku bagi setiap murid soalan yang berbeza. Tergaru-garu kepala nak menjawab (padan muka). Hasilnya baru la aku tahu mana murid aku yang masih terkapai-kapai nak selesaikan penambahan dan penolakkan dalam bentuk lazim.

English darjah 2 pun sama...peel murid-murid amat la memeningkan kepala aku especially comprehension. Kalau suruh baca "story" tu, bebudak ni amat la malas nak membaca. Tapi bila aku bacakan dan translate in Malay, bebudak pulak main dan bersembang macam nak pecah kelas. So, terpaksa lah aku berleter macam mak nenek dan menjerit macam tarzan dalam kelas. Baru la...bebudak ni nak pay attention dekat aku. Huhhhh..hasilnya...bila tiba waktu balik sekolah, suara aku pun dah hilang. Sampai rumah, aku jadi macam beruang kutub (luckily En. Amri ada di penempatan operasi). Penat dehhhh jadi cikgu tahap 1 ni sebenarnya. But still it won't change my mind to become a teacher.

Owh..after bekerja ni, aku ada 1 lagi masalah besar...which is BAKAT. Actually kalau ikut hati, aku malas sangat nak aktif BAKAT. After insiden yang jadi antara aku dan Pengerusi BAKAT unit En. Amri time farewell event Datin Jawahir July yang lepas, aku jadi negative pulak dengan BAKAT (aku rasa tak perlu aku cerita insiden apa..but senang cerita aku di"kambing hitam"kan walaupun kulit aku sawo matang). But, En. Amri ada minta pada aku untuk turun BAKAT. Aku buat dengar tak dengar saja. Entah la...kalau terbuka hati aku untuk turun nanti, aku turun laaaa.... 

Ok lah...aku nak start buat frame gambar dari kotak untuk PSV tahun 3.