Owhhhhhh I'm freaking tired this week!!!! Penat melayan budak-budak umur 7 dan 8 tahun. But..I'm really enjoy it. Sekurang-kurangnya merasa jugak aku melayan kerenah budak-budak (walaupun ada yang over active). Nak tunggu melayan kerenah anak sendiri..hurmmmmmmm entah bila masa tu akan tiba. Tak apa la..I'm pretty sure He know what best for me and En. Amri.
Start from last week aku dah dapat jadual waktu mengajar yang tetap. Aku ajar Math tahun 1, English tahun 2 anddddddddddddddddddddddd PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL (PSV) tahun 1, 2 dan 3 (Since when they call this subject PSV?!!!!!!). AKU KENA AJAR PENDIDIKAN SENI?!!!!! Orang yang tangannya tak ada seni langsung kena ajar Pendidikan seni?!!!! Seingat aku, subject ini la yang paling aku benci masa sekolah dulu. Tapi sekarang ni, aku pulak kena jadi cikgu seni (kepada adik-adik blogger: SILA JANGAN MEMBENCI SEBARANG MATAPELAJARAN YE). Untuk minggu pertama ni, aku berjaya jugak mengajar kelas-kelas PSV. Actually untuk aku kelas PSV ni adalah salah satu cara untuk cikgu mengenal dan membina hubungan yang lebih baik dengan murid-murid sebab kelas PSV lebih relaks dan tak terlalu tertekan.
Hasil Seni Cikgu Putri |
Kelas Math and English agak berat sikit untuk aku. Payah jugak nak mengajar murid-murid Tahun 1 Matematik. Lain yang aku suruh buat, lain yang murid-murid aku buat. Aku ingat lagi, masa hari pertama aku masuk kelas Math, aku suruh murid-murid introduce themselves. Masa tu seorang murid aku, buka tupperware dan makan mee goreng dalam kelas. Aduhaiiii nak marah pun ada. Tak apalah, agaknya murid aku tu tak mampu nak menahan godaan bau mee goreng mak dia masak (honestly aku pun jadi lapar jugak masa tu). Ada yang nak menambah 1 digit dan 1 digit pun tak boleh lagi. Kesian jugak. Tapi aku cuma dapat tolong semampu yang aku dapat sebab aku kena ajar 26 murid yang lain jugak. Aku harap mak bapak budak-budak ni dapat mengajar anak sendiri dekat rumah. Kalau nak harap cikgu mengajar kat sekolah, memang tak mampu. And budak-budak zaman sekarang ni suka MENIRU. Aku suruh buat latihan dalam buku kerja, almost all murid-murid aku meniru. At the end, aku bagi setiap murid soalan yang berbeza. Tergaru-garu kepala nak menjawab (padan muka). Hasilnya baru la aku tahu mana murid aku yang masih terkapai-kapai nak selesaikan penambahan dan penolakkan dalam bentuk lazim.
English darjah 2 pun sama...peel murid-murid amat la memeningkan kepala aku especially comprehension. Kalau suruh baca "story" tu, bebudak ni amat la malas nak membaca. Tapi bila aku bacakan dan translate in Malay, bebudak pulak main dan bersembang macam nak pecah kelas. So, terpaksa lah aku berleter macam mak nenek dan menjerit macam tarzan dalam kelas. Baru la...bebudak ni nak pay attention dekat aku. Huhhhh..hasilnya...bila tiba waktu balik sekolah, suara aku pun dah hilang. Sampai rumah, aku jadi macam beruang kutub (luckily En. Amri ada di penempatan operasi). Penat dehhhh jadi cikgu tahap 1 ni sebenarnya. But still it won't change my mind to become a teacher.
Owh..after bekerja ni, aku ada 1 lagi masalah besar...which is BAKAT. Actually kalau ikut hati, aku malas sangat nak aktif BAKAT. After insiden yang jadi antara aku dan Pengerusi BAKAT unit En. Amri time farewell event Datin Jawahir July yang lepas, aku jadi negative pulak dengan BAKAT (aku rasa tak perlu aku cerita insiden apa..but senang cerita aku di"kambing hitam"kan walaupun kulit aku sawo matang). But, En. Amri ada minta pada aku untuk turun BAKAT. Aku buat dengar tak dengar saja. Entah la...kalau terbuka hati aku untuk turun nanti, aku turun laaaa....
Ok lah...aku nak start buat frame gambar dari kotak untuk PSV tahun 3.
No comments:
Post a Comment