Wednesday, October 26, 2011

Banana Muffin (" v ")

Salam,
Semalam aku sempat bake BANANA MUFFIN sebelum turun ke majlis makan malam BAKAT yang tersangat masam. Tak tahu kenapa..tapi tetiba jer ter'craving' nak makan Banana Muffin yang ada coklat chip kat dalam. Untuk resipi muffin ni aku ambil dari blog Izzah The Muffin Lover (banyak koleksi resipi muffin disini).  After modified sikit-sikit, Alhamdulillah my muffins turn out very delicious. Thank you Puan Izzah for a very marvelous recipe.  


BANANA MUFFIN 


Bahan-Bahan

7 biji pisang
1/2 cawan + 1 sudu besar gula halus (kurangkan kalau pisang anda dah sedia manis)
1 biji telur
1/3 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan self rising flour
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
coklat chip (ikut suka anda)

1. Panaskan oven 170 C.
2. Lenyekkan pisang dan satukan dengan minyak, gula dan telur.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung, garam dan baking soda. Ayakkan.
4. Satukan bahan basah dan kering. Kacau hingga sebati sahaja.
5. Masukkan dalam cup muffin.
6. Bakar selama 25 minit (ikut jenis oven anda)

Sangat senangkan nak buat muffin ni. Tak payah guna mixture pun. Jadi apa lagi yang anda tunggu..sila lah mencari pisang di pasar esok.. TATA

2 comments:

  1. comel nyerr muffin!!!
    mmg cantik... ada coklt chip lak.. fuh sedap tuuu..hihi

    ReplyDelete
  2. thank u kak izah..
    ini ambil dr blog akak ni...1st time buat terus menjadi..saya tambahkan chip coklat sebab org kat rumah ni hantu coklat : )

    ReplyDelete