Sunday, October 30, 2011

Roti Pita with Daging Cincang BBQ

Entry kali ni special sikit sebab bukan aku yang masak. Malam semalam aku tak ada mood nak masak sebab En. Amri tinggal aku sehari suntuk coz dia kena baby sit GOC from 1 Div. Ingat nak dinner di luar tapi macam tak larat nak rasa kecewa dengan kedai-kedai makan di Sabah. Jadi kami terus balik rumah and En. Amri volunteer nak masak. Best jugak sekali-sekala dapat merasa air tangan husband sendiri. 


TARAAAAAAAA...


ini lah menu dinner kami malam tadi .....
ROTI PITA DENGAN DAGING CINCANG BBQ

DAGING CINCANG BBQ 
(kuantiti bahan, sila bajet sendiri yer..sebab En. Amri main campak sesuka hati dia jer)

Roti Pita Daging Cincang BBQ with Avocado Juice

Bahan-bahan :

Daging Cincang
Bawang putih
Bawang kecil
Halia
Sos BBQ
Sayur Campur

1. Tumbuk bawang putih, bawang kecil dan halia. Tumiskan.
2. Masukkan daging. Gaulkan.
3. Masukkan sos BBQ bila daging dah almost masak.
4. Masukkan sayur campur.


Untuk roti..En. Amri cuma guna roti pita yang aku beli di supermarket. Simplekan?!!!!!!Tak sampai 15 minit, dinner kami dah siap. And dinner kami lagi special bila En. Amri buatkan untuk aku JUS AVOCADO


THANK YOU BABY for the simple but YUMMYLICIOUS dinner. 

Friday, October 28, 2011

Bercuti Sabah : Lok Kawi Wildlife Park

Cuti Deepavali Rabu lepas aku sempat melawat LOK KAWI WILDLIFE PARK Taman ni macam zoo. Kalau bawa budak memang best. Bagi murid-murid sekolah yang baru nak belajar kenal binatang (especially darjah 1 dan 2), boleh la datang ke sini. Banyak ilmu yang bakal dibawa balik nanti. Entry fee cuma RM 10 for an adult with my kad . Bagi yang ada masalah nak berjalan jauh, boleh ambil train untuk round taman ni. Tambang train RM 2 / person Kalau pilih untuk jalan kaki macam kami, untuk round satu taman cuma ambil masa 1 jam 30 minit saja. Disamping dapat menjimatkan RM 2 (boleh beli keropok lekor), kita dapat spend masa lama sikit untuk tengok aksi binatang-binatang kat sini. 

My advice: Before masuk sila bawa makanan dan minuman anda sendiri. Bagi yang pilih untuk berjalan, sila bawa air mineral sendiri sebab harga F&B kat dalam taman agak tak rasional mahalnya. 

Ok itu saja ulasan ringkas aku pasal LOK KAWI WILDLIFE PARK. Here are some pics untuk buktikan betapa enjoynya taman ni:

Front Gate



Beruang Madu

Orang Hutan

Monyet Tupai

Manusia keponatan

En. Amri dan Pn. Putri

Kanak-kanak riang dapat tengok animals

!!!!! TATA !!!!!!

Wednesday, October 26, 2011

Banana Muffin (" v ")

Salam,
Semalam aku sempat bake BANANA MUFFIN sebelum turun ke majlis makan malam BAKAT yang tersangat masam. Tak tahu kenapa..tapi tetiba jer ter'craving' nak makan Banana Muffin yang ada coklat chip kat dalam. Untuk resipi muffin ni aku ambil dari blog Izzah The Muffin Lover (banyak koleksi resipi muffin disini).  After modified sikit-sikit, Alhamdulillah my muffins turn out very delicious. Thank you Puan Izzah for a very marvelous recipe.  


BANANA MUFFIN 


Bahan-Bahan

7 biji pisang
1/2 cawan + 1 sudu besar gula halus (kurangkan kalau pisang anda dah sedia manis)
1 biji telur
1/3 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan self rising flour
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
coklat chip (ikut suka anda)

1. Panaskan oven 170 C.
2. Lenyekkan pisang dan satukan dengan minyak, gula dan telur.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung, garam dan baking soda. Ayakkan.
4. Satukan bahan basah dan kering. Kacau hingga sebati sahaja.
5. Masukkan dalam cup muffin.
6. Bakar selama 25 minit (ikut jenis oven anda)

Sangat senangkan nak buat muffin ni. Tak payah guna mixture pun. Jadi apa lagi yang anda tunggu..sila lah mencari pisang di pasar esok.. TATA

Friday, October 7, 2011

Olive Oil Lemon Cake

Salam
Malas nak tulis panjang-panjang. Just nak berkongsi recipe Lemon Cake sempat aku bake Rabu lepas. This is one of my favorite recipe even though the method quite complicated. Recipe asal aku dapat dari my senior masa study di Okayama dulu. Cupcake ni aku dah buat berkali-kali (coz I'am lemon cake lover), and Alhamdulillah semua menjadi. Rasa cake ni very lemony dan sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet (special to you En. Amri) since cake ni guna olive oil. Bagi yang suka lemon cake macam aku, boleh la mencuba.

Olive Oil Lemon Cake
Resipi asal : Zakiah's Fotopages

Lemon Cakes
Bahan-Bahan:

240 g tepung gandum
280 g gula
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
3 biji telur (asingkan kuning dan putih)
120 ml susu
120 ml extra virgin olive oil (minyak zaitun)
3 sudu besar jus lemon (boleh kurangkan kalau tak suka rasa lemon sangat)
2 susu besar parutan kulit lemon 

1. Krimkan kuning telur,gula,olive oil, lemon jus dan kulit lemon.
2. Masukkan susu.
3. Ayakkan tepung, baking soda dan baking powder. Masukkan dalam adunan dan kacau sebati.
4. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sampai bertanduk. Masukkan dalam adunan kek sedikit demi sedikit. Kacau guna senduk.
5. Bakar 180 C selama 15 minit (depends pada oven anda).

SELAMAT MENCUBA

Saturday, October 1, 2011

German Cookies Again !!!

... Salam ...
Entry kali ni tak nak tulis panjang berjela
Cuma nak kongsi "German Cookies" yang aku berjaya buat kali yang ke-2
Akhirnya German Cookies aku menjadi jugak macam cookies orang lain
Tapi kaki cookies aku still warna brown coz I like my cookies to be more crunchy
... Yaaaaaaaaaaaaaahooooooooooooo ...

Proud to preseny my German Cookies
Untuk recipe German Cookies sila rujuk di entry yang ini ----> German Cookies

Matematik, English, PSV

Owhhhhhh I'm freaking tired this week!!!! Penat melayan budak-budak umur 7 dan 8 tahun. But..I'm really enjoy it. Sekurang-kurangnya merasa jugak aku melayan kerenah budak-budak (walaupun ada yang over active). Nak tunggu melayan kerenah anak sendiri..hurmmmmmmm entah bila masa tu akan tiba. Tak apa la..I'm pretty sure He know what best for me and En. Amri.

Start from last week aku dah dapat jadual waktu mengajar yang tetap. Aku ajar Math tahun 1, English tahun 2 anddddddddddddddddddddddd PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL (PSV) tahun 1, 2 dan 3 (Since when they call this subject PSV?!!!!!!). AKU KENA AJAR PENDIDIKAN SENI?!!!!! Orang yang tangannya tak ada seni langsung kena ajar Pendidikan seni?!!!! Seingat aku, subject ini la yang paling aku benci masa sekolah dulu. Tapi sekarang ni, aku pulak kena jadi cikgu seni (kepada adik-adik blogger: SILA JANGAN MEMBENCI SEBARANG MATAPELAJARAN YE). Untuk minggu pertama ni, aku berjaya jugak mengajar kelas-kelas PSV. Actually untuk aku kelas PSV ni adalah salah satu cara untuk cikgu mengenal dan membina hubungan yang lebih baik dengan murid-murid sebab kelas PSV lebih relaks dan tak terlalu tertekan.

Hasil Seni Cikgu Putri
Kelas Math and English agak berat sikit untuk aku. Payah jugak nak mengajar murid-murid Tahun 1 Matematik. Lain yang aku suruh buat, lain yang murid-murid aku buat. Aku ingat lagi, masa hari pertama aku masuk kelas Math, aku suruh murid-murid introduce themselves. Masa tu seorang murid aku, buka tupperware dan makan mee goreng dalam kelas. Aduhaiiii nak marah pun ada. Tak apalah, agaknya murid aku tu tak mampu nak menahan godaan bau mee goreng mak dia masak (honestly aku pun jadi lapar jugak masa tu). Ada yang nak menambah 1 digit dan 1 digit pun tak boleh lagi. Kesian jugak. Tapi aku cuma dapat tolong semampu yang aku dapat sebab aku kena ajar 26 murid yang lain jugak. Aku harap mak bapak budak-budak ni dapat mengajar anak sendiri dekat rumah. Kalau nak harap cikgu mengajar kat sekolah, memang tak mampu. And budak-budak zaman sekarang ni suka MENIRU. Aku suruh buat latihan dalam buku kerja, almost all murid-murid aku meniru. At the end, aku bagi setiap murid soalan yang berbeza. Tergaru-garu kepala nak menjawab (padan muka). Hasilnya baru la aku tahu mana murid aku yang masih terkapai-kapai nak selesaikan penambahan dan penolakkan dalam bentuk lazim.

English darjah 2 pun sama...peel murid-murid amat la memeningkan kepala aku especially comprehension. Kalau suruh baca "story" tu, bebudak ni amat la malas nak membaca. Tapi bila aku bacakan dan translate in Malay, bebudak pulak main dan bersembang macam nak pecah kelas. So, terpaksa lah aku berleter macam mak nenek dan menjerit macam tarzan dalam kelas. Baru la...bebudak ni nak pay attention dekat aku. Huhhhh..hasilnya...bila tiba waktu balik sekolah, suara aku pun dah hilang. Sampai rumah, aku jadi macam beruang kutub (luckily En. Amri ada di penempatan operasi). Penat dehhhh jadi cikgu tahap 1 ni sebenarnya. But still it won't change my mind to become a teacher.

Owh..after bekerja ni, aku ada 1 lagi masalah besar...which is BAKAT. Actually kalau ikut hati, aku malas sangat nak aktif BAKAT. After insiden yang jadi antara aku dan Pengerusi BAKAT unit En. Amri time farewell event Datin Jawahir July yang lepas, aku jadi negative pulak dengan BAKAT (aku rasa tak perlu aku cerita insiden apa..but senang cerita aku di"kambing hitam"kan walaupun kulit aku sawo matang). But, En. Amri ada minta pada aku untuk turun BAKAT. Aku buat dengar tak dengar saja. Entah la...kalau terbuka hati aku untuk turun nanti, aku turun laaaa.... 

Ok lah...aku nak start buat frame gambar dari kotak untuk PSV tahun 3.