Wednesday, April 22, 2015

Popia Nestum Horlicks

Mama rajin !!!!!! Lately saya terlebih rajin masuk dapur. Kali ni buat popia nestum horlicks untuk kudapan Ali dan Adik. Budak-budak ni memang suka kudap-kudapan. Dekat rumah mesti ada maruku dan segala jenis kerepek. Saya tak berani nak bagi junk food...risau anak-anak jadi obesiti.

Bila dah anak-anak suka, mamanya pun kena la merajinkan diri. Beberapa minggu lepas Opah ada belikan popia nestum dekat Sungai Petani. Tapi keras sangat..Adik tak boleh makan sebab budak kecik tu baru ada 4 batang gigi garham ( 2 atas 2 bawah ). Kesian...bila dia mintak...kami tak boleh bagi. So Ahad lepas saya buat POPIA NESTUM HORLICKS sendiri. Puas hati. Nak bagi Adik makan pun tak payah risau.


POPIA NESTUM HORLICKS
(sukatan ikut citarasa sendiri)

Kulit popia
Horlicks
Nestum
Gula
Tepung gandum
Air
Lidi

1. Blendkan nestum bersama horlicks sehingga halus macam tepung. Gaulkan adunan nestum-horlicks dengan gula.
2. Bancuh tepung gandum dengan gula hingga likat.
3. Gulung lidi dengan kulit popia. Dibahagian hujung kulit popia sapukan dengan bancuhan tepung gandum supaya kulit popia boleh melekat.
4. Tarik lidi keluar. Potong gulungan popia secara serong.
5. Goreng kulit popia sehingga kuning sikit. Angkat dan biarkan sekejap.
6. Gaul kulit popia tadi dengan adunan nestum-horlicks-gula sehingga rata.
7. Masukkan dalam bekas. Baki nestum-horlicks-gula tadi boleh dimasukkan dalam bekas sekali.

Senangkan.. Dengar macam senang tapi sebenarnya time nak gulung dan potong kulit popia tu merenyah sikit. Sakit tulang belakang sementara nak habiskan sepeket kulit popia.  Tapi bila teringatkan tangan kecik Adik yang minta...terus hilang sakit. Huhuhu.... besarkankuasa budak kecik ni. Sayang anak-anak Mama....

8 comments:

  1. Salam Jumaat Putri..
    wahh rajinnya.. saya kadang buat juga popia nestum ni dibantu oleh anak teruna sorang tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok atie ada little helper
      says kena tunggu ali dan adik keluar main baru bleh bt

      Delete
  2. kalau guna nestum 3 in 1 ok tak..
    kuih feveret saya ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah try bt guna nestum 3 in 1 yg perasa honey.tp x sedap.kalo guna yg biasa tu..ok rasanya cuma kena kurangkan gula sebab dlm tu dh ada gula

      Delete
  3. kan. kita ni bila ingat anak2 dengan suami terus jadi layu. walau penat walau rasa tak gagah tetap gagahkan diri jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kan....bila teringat ank2 terus jd kuat.macam ad super power

      Delete
  4. peberet adik adik saya bila raya.
    akak,
    nak tanya ni..
    akak mula bagi adik mkan ni masa umur berapa ye ? sbb ada gula kan..

    saya x sabar nk buat bg rania makan.
    bru ni buat krepek pisang nangka
    teringin benor anak dara tu nk gigit.

    ReplyDelete