Showing posts with label lunch. Show all posts
Showing posts with label lunch. Show all posts

Monday, November 21, 2011

Nasi Ayam Special

Salam Readers

Dah lama kan Pn Putri tak update blog ni. Lately busy sikit. Jumaat lepas En Amri baru balik dari Pasak Bumi..jadi banyak kain baju dia yang nak kena dobi. Then on weekend badan aku jadi lemau sangat-sangat. Entah la..kepala rasa pening dan rasa macam nothing exciting in my life. Maybe aku sedih bila baca message Nana. Dia bagitau Arwah Pak Yop meninggalkan kami pagi Sabtu lepas. Walaupun aku tak rapat dengan arwah..jumpa pun 3 or 4 kali dalam setahun saja..but,still sedih bila orang yang kita kenal and related dengan kita passed away. 

Masa aku tengah in gloomy weekend, kesian jugak tengok En Amri melayan aku. Dia lah yang masak..yang paksa aku makan ubat selsema bila aku tak boleh nafas and semalam aku paksa dia drive ke Marry Brown Kota Kinabalu hanya sebab aku nak makan Mee Kari. Sampai di tengah jalan kereta Kelisa out of petrol (meter petrol kereta rosak so kami tak sedar bila kereta habis petrol). Jadi terpaksa lah kami laki bini menapak ke stesen minyak yang terdekat. Sampai di Marry Brown..mee kari pulak dah habis. So aku apa lagi....menangis lah dalam kereta. On the way balik, En Amri singgah kedai mamak dan tappaw kan aku nasi dengan lauk ayam dan kari. Huhuhuhuhu..sebab kesiankan dia..aku makan jugak nasi (walaupun sikit)...tapi tekak aku ni still nak makan mee kari jugak. Aku pun tak paham dengan mood aku sekarang. Kalau nak makan satu benda tu..aku cuma nak makan benda tu jer. Kalau tak dapat makanan yang aku nak..aku rela tak makan. Kenapa yer?!!!! Pelik dengan diri sendiri kejap.

Ok lah..enough story pasal mood aku yang tak berapa nak betul lately. Entry kali  ni aku nak kongsi resipi NASI AYAM SPECIAL yang aku masak last Friday. Resipi ni aku ambil dari My Resipi, tapi aku ubah here and there ikut sedap tekak aku dan En Amri. Kalau nak ikut resipi asal pun sedap jugak. Ok here is the recipe :

Nasi Ayam Special
Ayam saja yang sempat disnap..Mintak Maaf yer!!!

Bahan-Bahan

Air Rebusan
1 ekor Ayam
2 ulas Bawang Putih
2 cm Halia
1 kiub Ayam

1. Tumbuk bawang putih dan halia.
2. Rebus bawang putih, halia, ayam dan kiub ayam bersama air.
3. Angkat ayam bila ayam sudah separuh masak.

Nasi
5 cawan Beras
3 sudu besar Butter
1 cm Halia
4 ulas Bawang Putih
1 batang Serai
air rebusan ayam (ikut sukatan macam nak masak nasi)
garam

1. Cairkan butter dalam kuali. Tumiskan halia, bawang putih dan serai.
2. Basuh beras. Masak beras bersama air rebusan ayam, garam, halia, bawang putih dan serai dalam rice cooker.

Ayam
1 sudu besar Kicap Pekat 
1 sudu besar Sos Tiram
1 cm Halia
2 ulas Bawang Putih
sedikit kicap cair
madu (budget sendiri)

1. Tumbuk bawang putih dan halia.
2. Campurkan ayam yang direbus separuh masak tadi bersama bahan-bahan diatas.
3. Perap selama 1 jam. 
4. Letakkan sedikit minyak pada dulang pembakar. Masukkan ayam yang telah diperap.
5. Bakar ayam sehingga masak.

Kalau ikut resipi asal ayam ni digoreng tapi aku terpaksa bakar dengan oven memandangkan En Amri tengah usaha nak menstabilkan BMI dia.

Sos Cili (kuantiti budget sendiri yer)
Cili Padi Merah
Bawang Putih
Halia
Cuka
Garam, Gula
Air Rebusan Ayam

1. Tumbuk cili padi, bawang putih dan halia.
2. Masukkan semua bahan diatas dalam 1 mangkuk. Gaulkan.
3. Kalau ada bahan yang kurang sila tambah sendiri.

Sup
Air Rebusan Ayam
Rempah Sup
Daun Sup
Bawang Goreng
Garam dan Gula

1. Panaskan baki air rebusan ayam tadi.
2. Masukkan rempah sup. Tambah garam dan gula secukup rasa.
3. Masa nak hidang, potong daun sup. Masukkan daun sup dan bawang goreng ke dalam mangkuk dan tuangkan sup.

Nasi Ayam ni favorite En Amri. Everytime aku masak confirm dia tambah nasi (nak diet pun tak jadi). Sorry lah ye Baby dear..sekali-sekala kacau diet By. Ok lah maid aku yg namanya LG dah keluarkan bunyi kata dia dah selesaikan tugas dia. Now tugas aku pulak nak menyidai baju. 

For all the Readers : Happy Monday..Jangan curi tulang. 
For En Amri : HAPPY 10TH ANNIVERSARY. ALHAMDULILLAH SAMPAI JUGA KITA KE HARI INI.

Saturday, August 27, 2011

Kari Udang

I'm counting the day now!!!!!!!!!!! Cuma tinggal 3 hari saja lagi untuk kami BALIK KAMPUNG OOOOO BALIK KAMPUNG. Tak sabar nak balik Perak, sampaikan aku dah lupa bila last time aku beli barang basah. Rasanya 2 minggu yang lepas kot (hehehehe..biasala "M" syndrome). So dalam peti sejuk cuma tinggal 2 potong ayam dan 6 ekor udang. ALAMAK!!!! Nak masak apa untuk berbuka nanti?!!!!! Huhuhuhu..Sebab lauk yang tinggal pun tak banyak so terpaksa la aku meng"kari"kan saja 6 ekor udang tu. Kalau buat sambal tumis (favorite En. Amri) nanti alamatnya lekat celah gigi je laaa. 
This was my 1st attempt masak KARI UDANG. Akhirnya merasa jugak makan kari udang air tangan sendiri. Kalau time kerja dulu, bila teringin nak makan kari udang, aku just pecut ke kedai mamak yang berderet belakang rumah sewa aku. Dah duduk Sabah ni, terpaksa la masak sendiri sebab rasa masakan orang Sabah memang berlainan sikit dengan selera kita. 

So here is the recipe yang telah dicuba dan diubah suai sedikit mengikut barang yang ada dalam dapur aku :

KARI UDANG

Resipi Asal : Kari Udang oleh tulip77

Sorry gambar kurang jelas sebab snap time nak berbuka
Bahan-bahan:

1 batang serai (titik)
6 ekor udang harimau (buang kepala dan bersihkan)
3 sudu besar pes kari ikan/udang
5 sudu besar pati santan
1 tangkai daun kari
3 biji cili padi (tumbuk)
1 cm kunyit hidup (tumbuk)
3 biji bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 biji tomato

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk dan daun kari.
2. Masukkan pes kari dan masak sampai berbau.
3. Masukkan sedikit air diikuti santan. Biar mendidih.
4. Masukkan udang diikuti garam. Kalau kuah pekat sangat, sila tambahkan air.
5. Masukkan tomato dan biar mendidih selama beberapa minit.

Walaupun resipi aku tak ikut resipi asal (sebab kekurangan barang didapur), tapi hasilnya tak mengecewakan perut En. Amri. Laju jer dia makan time berbuka. Cuma aku kesian sebab udang yang ada cuma 6 ekor saja. Kalau udang lagi banyak mesti dia puas makan.

!!!! TATA !!!!

Sunday, August 21, 2011

Pajeri Nenas Favorite En Amri

Salam all,
Tinggal beberapa hari saja before Ramadhan tinggalkan kita. Untuk aku dan En. Amri, Syawal tahun ni paling bermakna coz for the 1st time kami dapat sambut raya sama-sama. Perasaan aku? Mestila excited..tapi serabut jugak la. Sebab after kami bercuti di Perak selama 2 minggu, kemungkinan besar En. Amri nak buat rumah terbuka. So, aku agak susah hati sikit sebab AKU TAK PANDAI MASAK. Tak tahu nak buat menu apa. Kuih raya pun asyik tak jadi..sakit hati sangat. Ok enough pasal persiapan raya yang buat aku sesak nafas.
Entry kali ni, nak story-mory pasal PAJERI NENAS yang aku berjaya buat untuk berbuka last week. Tok guru aku macam biasala...MYR. Sebelum kawin, aku tak pernah masak pun PAJERI NENAS, tapi memandangkan ini favorite En Amri..jadi terpaksa la belajar. Setiap kali aku masak Pajeri Nenas mesti dia tambah nasi berkali-kali. Seronok tengok dia makan. 

Ok here is the recipe PAJERI NENAS yang dah jadi favorite En. Amri :

PAJERI NENAS
Resipi Asal : Pajeri Nenas oleh umie_e

Pajeri Nenas Favorite En. Amri
Bahan-Bahan :
000
Nenas
100ml santan cair (aku selalu kurangkan) 
1/2 sudu makan udang kering (blend)
1/2 labu bawang besar (blend)
1 1/2 ulas bawang putih (blend)
1/2 inci halia (blend)
1 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan kerisik
1 sudu makan gula perang (lebihkan pun tak apa..ikut suka U)
sedikit garam


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di"blend"kan.
2. Masukkan serbuk kari dan tumis sampai garing.
3. Masukkan air.
4. Tuangkan santan dan kacau sebentar.
5. Masukkan kerisik dan garam.
6. Masukkan nenas dan gula.
7. Masak sampai mendidih.
8. Sedia untuk di ngap.

P/s : Kalau lepas makan tu masih ada baki kuah pajeri, simpan la. Nanti esok just hangatkan dan tambah nenas saja.(Tips dari orang yang berpenyakit "M" syndrom macam aku).