Salam
Cuti sekolah dah almost nak tamat. Seronok kan jadi student..ada cuti panjang yang boleh rehatkan diri sepuas-puasnya. Bila dah besor panjang dan jadi mak orang ni, adakalanya terasa nak sarung balik uniform baju putih + kain biru. Alangkah bagusnya kalau kita boleh turn back time.
Ok..enough membebel benda yang impossible. Sekarang kita cakap pasal benda yang possible dan sangat senang nak dibuat ----> CUCUR IKAN BILIS. Resipi kali ni senang sangat. Bagi adik-adik yang mamanya bekerja, boleh try resipi ni. Tak kan nak harap mama adik je yang masak. Sekali-sekala apa kata adik pulak masak untuk mama adik. Sejuk hati bila mama balik kerja, ada cucur sedang menunggu diatas meja.
CUCUR IKAN BILIS
Bahan-bahan (kuantiti bahan-bahan agak sendiri ya)
Tepung gandum
Bikarbonat soda
Ikan bilis
Cili Merah
Bawang Besar
Daun Sup
garam
air
1. Tumbuk ikan bilis. Jangan sampai lumat.
2. Hiris cili merah, bawang besar dan daun sup kecil-kecil.
3. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Jika adunan terlalu lembik, masukkan tepung.
4. Sudukan adunan dan goreng dalam minyak panas.
Senangkan ?!!!!! Tak sampai 30 minit dah siap breakfast kita. Ok..need to go now. Bye and ....
SELAMAT MENCUBA
Cedappnyerrr..... hari hari makan ni pun sedapkan
ReplyDeletehihihi..hari-hari makan benda sama pun boring jugak.tp ikan bilis tu boleh digantikan dgn udang..sedap juga
Deletebest nyaaa nampak ^^
ReplyDeletenampak x best sgt..makan baru best
DeleteHoooo., cucurnya ternyata berbeda, hanya nama yang sama.. kalau di Indonesia cucur itu manis. But may also be tried (^,^)/
ReplyDeleteberbeza ya bahasa kita
Deleteanyway it worth to try
kih kih, lama tak makan cekodok ikan bilis!
ReplyDeleteHave a great day :)
kat rumah ni hari2 cekodok sebab itu je yg senang n cepat
Deletewah boleh try ni ! thanks ye kak ^^
ReplyDeleteuh sedap ni, da la lapar ni blum breakfast lg..
ReplyDeletesila sila..sangatt senang nak buat
Delete