Salam Peeps!!
Hari ni saya gantung oven. Tak ada resipi nak dikongsi. Sejak perut dah makin comey ke depan, makin malas pulak rasanya nak masuk dapur. Even nak ambil air segelas pun aku tunggu sapa-sapa yang lalu depan aku..mintak tolong ambilkan air. Sangat kronik kan penyakit M mama to be ni.
Last Monday, after habis check up di Klinik Kesihatan (KK) Kampar, aku terus shot ke Hospital Pantai Puteri Ipoh. Opppppssss !! Jangan risau..aku dan baby sihat-sihat saja. Cuma aku ke Hospital Pantai untuk buat 3D scan. Actually on the same day, doktor di KK Kampar dah scan untuk tengok kedudukan baby dan uri. My baby position still breech dan uri..alhamdulillah ada di atas. But, doktor di KK tak dapat nak bagitau gender baby coz kaki dia di bawah..jadi agak susah nak tengok. Doktor nasihatkan aku untuk buat 3D scan kalau nak tau gender baby. Disebabkan aku memang dah ada niat nak buat 3D scan, so after habis check up di KK, aku terus ajak Mama dan Abah ke Ipoh.
Di Hospital Pantai Puteri Ipoh ni ada 4 orang gynecologist. 2 lelaki dan 2 perempuan. Aku pilih Dr Anjalai sebab from my research, ramai yang recommended her. Selepas menunggu almost 1 hour, kami masuk bilik untuk scan. 1st thing yang Dr Anjalai tunjuk was my baby's face. Comel sangat..aku rasa macam muka aku. But Mama kata mulut ikut mulut En Amri. Geram tengok pipi dia. Rasa nak geget. Waktu tengah scan, boleh la pulak baby bergerak. Dia marah kot sebab 2 kali dia kena intai. Overall...my baby normal. Cuma position dia saja yang menyongsang. So Dr Anjalai suruh aku buat exercise macam bersujud selama 10 minit waktu bangun tido dan 10 minit sebelum tido untuk ubah posisi baby (sampai sekarang aku tak mula lagi). Waktu nak habis sesi mengintai my baby, baru Dr Anjalai scan gender. Well its look like I'm going to have a ......... Hahahaha..biar la rahsia dulu. Dah keluar nanti baru bagitau ye. Actually aku tak terkejut sangat dengan gender baby coz aku dengan En. Amri memang dah agak pun kami akan dapat baby .... sejak dari awal pregnant lagi.
Before balik, Dr Anjalai print kan 2 keping gambar muka baby, tak ada CD so aku terpaksa scan gambar baby dan send to En. Amri sebab dia nak tengok sangat rupa anak kami. Seronokkan dapat hidup dalam zaman teknologi canggih ni. Anak belum keluar pun dah boleh tengok rupa. Mama cakap kalau dia muda, dia pun teringin nak pregnant lagi (Owh tidakkkk...aku tak sanggup nak ada adik kecik lagi. Cukup la Mama dan Abah bela "Comot si kucing diva").
Dalam happy-happy, aku sedih jugak. Actually aku harap dapat buat 3D scan dengan En. Amri. Tapi dah dia tak dapat balik..tak apa lah. Masuk bulan ni, dah 3 bulan aku tak jumpa dia. Cuma contact melalui telefon saja. Itu pun sehari sekali sebab coverage di kawasan operasi tak berapa elok. So, everytime nak call aku, En. Amri terpaksa berjalan jauh sikit dan cari line. Kesian jugak..tapi nak buat macam mana kan. Itu jer alternatif yang ada. Apapun aku masih berdoa agar dia dapat balik waktu aku bersalin nanti.
Ok lah..need to go now. Aku terlupa yang aku tak makan vitamin lagi. Sorry coz aku belum ready nak share gambar 3D budak kecik dalam perot ni. So, aku cuma boleh share gambar mama to be yang tummy nya tak berapa nak besar. Bagi yang berminat nak buat 3D scan dengan Dr Anjalai, ini info dia :
Klinik Pakar Wanita Anjalai
Suite 7, Ground Floor,
126, Jalan Tambun,
31400, Ipoh, Perak
Tel : 05-5405550 / 5405551
Charge : RM 85 untuk 3D scan
During 6 Months |
tahniah bakal jd mom nie.....take care ya
ReplyDeletethank u
Deletesemoga doa awak pun termakbul juga
hehe, cumey je puyut dia....btw seronok plak baca bila put3 bt 3D scan tu. ingat masa my youngest Ahdia dulu. kros dpt bt free sbb masa tu kbetulan supplie machine tu tgh bt promotion @hospital tu.hehe, mmg syok tgk & kros masih simpan lg printed out tu. take care ye put3
ReplyDeleteperut saya memang kecik..tak tau nak buat mcmana lg.tp doktor ckp baby normal
Delete3D scan tu memang asyik tengok..especially bila dapat tengok pipi..gerammmmmm sangat
Salam Putri.Tahniah k.atie ucapkn..pasti xsabar menanti kelahiran baby tu nanti.
ReplyDeleteTake care dear..
salam kak atie.thank u
Deletememang tak sabar pun nak tunggu baby keluar
masa tengok dlm perut pun rasa nak cium jer baby tu..dah kuar nanti tak tau la mcm mana..
alaaa , rahsia pulak . baru nak tanya baby boy or girl . :p take care ;D
ReplyDeletetunggu bb dh kuar yer aina..thank u dear
Deleteshomell jee perott die...mesti baby pon shomell...take care dear. ;)
ReplyDeleteperut saya x berapa nk besar..tp alhamdulillah baby membesar dgn normal kat dlm
DeleteAlahaii cutenya perut diaa ^_^
ReplyDelete3d 4d scan di KL, selangor, ipoh Rm120 termasuk cd n colour print scan by sonographer .... cuba search kat facebook .. 3d 4d scan malaysia .. buat online booking ...
ReplyDeleteSalam, kat Poliklinik Tanjung Perdana ada buat 2D, 3D & 4d scan - 100% oleh doktor muslimah.
ReplyDeleteLeh lawat sini untuk keterangan lebih lanjut lagi
https://www.facebook.com/poliklinikkita/photos/a.490579844405567.1073741829.490467591083459/601525066644377/?type=1&theater