!! Salam Peeps !!
Alhamdulillah, sejak semalam emosi aku dah kembali stabil. Family banyak bagi sokongan especially my parents. Masa mula-mula ceritakan masalah aku pada Mama, Mama agak marah jugak. Bukan marah sebab En Amri tak dapat ambil aku balik ke KK, tapi marah sebab orang buat menantu dia macam bola. But 15 minit macam tu, she cool down. Abah pulak, nasihatkan aku jangan bagi tekanan pada En Amri. Both of my parents sebenarnya lagi suka kalau aku pregnant dan bersalin di Perak (biasa la parents mana suka anak tinggal jauh dari mata). Tapi, aku dan En Amri agak kurang senang sikit coz aku dah kawin...dah ada di bawah tanggungjawab En Amri. Kalau boleh tak nak susahkan parents aku lagi (cukup la 25 tahun Mama dan Abah susah payah besarkan aku). Tapi nampak gayanya, terpaksa jugak susahkan Mama dan Abah lagi. En Amri pesan pada aku, jangan banyak kerenah sangat waktu tinggal dengan Mama dan Abah. Aku pun harap aku tak mengidam apa-apa lagi lepas ni. Kesian la nak mintak tolong Abah carikan (Kalau dengan laki aku, tak dapat jer benda yang aku mengidam, bleh nangis-nangis macam filem Hindustan).
Aku bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai seorang Islam. Bila dilanda dugaan macam ni, aku ada tempat untuk mengadu dan berdoa agar diberi sedikit ketenangan. Aku lakukan solat taubat. Mungkin sejak terima berita gembira ni, aku ada terlalai dan hanyut dalam kegembiraan. Agaknya Allah hantar dugaan ini untuk bangkitkan aku daripada kelalaian tersebut. Aku mula muhasabah diri..banyakkan membaca Al-Quran (walaupun ada masa tersekat-sekat sebab hati tengah sebak). Alhamdulillah..Allah berikan sedikit ketenangan dan sekarang aku sudah boleh tersenyum kembali.
Family banyak membantu aku sejak 2 hari yang lepas. Abah dan Mama lakukan banyak benda untuk cheer me up. Ramai yang excited bila aku khabarkan yang aku akan bersalin di Perak. Mak cik aku dah mula plan nak beli baby cot, walaupun aku cakap tak perlu sebab aku insyaAllah akan tinggal di Perak cuma untuk 2 bulan selepas bersalin. Tapi mak cik aku jawab "Duit aku, bukan duit hang. Suka hati aku la nak beli baby cot kat anak hang" (sorry la family aku kalau bercakap antara kami, ayat memang keras sikit). Aku nak tergelak pun ada. My parents in laws pun excited jugak. Mak siap pesan pada Mama, tak payah cari orang mengurut aku lepas bersalin sebab dia akan datang untuk mengurut aku. Air selusuh pun tak payah suruh orang buat sebab Ayah boleh buatkan. Terhibur jugak la hati aku. Rupanya ramai yang gembira nak sambut kelahiran anak aku di Perak. Cuma En Amri saja yang sedih. Aku pun tak tahu macam mana nak pujuk dia (sebab selalunya dia yang pujuk aku). Aku cuma boleh cakap..insyaAllah untuk anak ke-2 nanti kita buat preparation sambut baby sama-sama.
Buat masa ni, aku masih mengharap agar En Amri akan ada disisi aku waktu aku bersalin nanti, walaupun peluang tu tak banyak. Aku lakukan solat hajat agar harapan aku dimakbulkan. Aku harap En Amri diberi peluang untuk lihat anak kami lahir dan azan /iqamahkan anak kami sendiri since dia tak ada peluang untuk berada dengan aku waktu tempoh mengandung. Harap semua tu boleh tebus kembali rasa bersalah dia pada anak kami. Pada anak dalam kandungan ni, aku selalu cakap yang Babah bukan sengaja tinggalkan dia disini. Babah ada tanggungjawab pada negara (aku rasa macam hidup zaman sebelum merdeka bila cakap ayat macam ni). Babah kena cari rezeki yang halal untuk kami satu keluarga. Aku harap anak ni faham dan bila lahir, dia akan sayangkan Babah dia.
Terima kasih untuk Kak Ros, Kak Kamsiah, Mummy Shakira dan teman-teman blogger yang simpati dengan kisah aku. Nasihat kalian ada benarnya. Dugaan ini cuma satu dugaan yang kecil untuk aku hadapi. Walaupun pedih, tapi sebagai isteri dan bakal ibu..aku kena lebih tabah. InsyaAllah ada kehidupan yang lebih baik menanti kami dimasa hadapan.
akk~wlpun sy muda lagi~hihi x patut cmpur hal2 org dewasa huhu sy just harap akk brsabar eh~~hihi jauh di mata tapi dekat di hati kan :D hihi sorry eh kalau tindakan sy ney kurang sopan :)
ReplyDeleteX apa dik.baca untuk ambil pengajaran.memang jauh dimata..alhamdulillah tempat tu ad coverage telefon.boleh juga lepas rindu.its ok..sekurang-kurangnya akak tau ada yg berminat nk baca cerita akak.thank u dear
Deletealhamdulillah...sgt suka entry neyh...keep it up!...sy doakan smoga semua selamat hingga melahirkan nnt. ^__^
ReplyDeleteThank u mummy shakira..insyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan dan saya selamat sehingga bersalin nanti ;-)
Deletesalam sis..
ReplyDeletesedih je baca nie..
sis kena kuat sis..xpe..pasti ada hikmahnya..
yg penting sis positif je..jgn pk negative2 nie..
moga selamat melahirkan baby yg sihat dan comel sis..
thank u dear..
DeleteinsyaAllah sis dapat bertahan sampai bersalin..cuma tinggal 3 bulan lagi ni
thank u doakan sis ya
salam kak. semoga smuanya baik2 saja yea. tahniah tk lama lgi dapat baby. yg penting kak jga ksihatan elok2 tau. sorang ibu mesti kuat :)
ReplyDeletealhamdulillah najiha..semuanya dlm keadaan baik.cuma tinggal 2 bulan lebih jer lagi.doakan akak dan bb selamat : )
Delete