After berbulan-bulan tak mem"baking", akhirnya aku gagahkan jugak diri. Sebabnya tekak dah teringin, nak membeli kat bakery macam tak cukup-cukup (perut makin besar,selera pun turut sama besar). Lagipun cik Nana (my lil sister) mintak buatkan muffin untuk dia tappaw ke tempat kerja. Kesian jugak kat minah tu sebab tempat kerja dia tak ada tempat makan halal. Selepas mengorek-ngorek di blog milik Cik Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan , aku terliur dengan resipi Berry Cheese Muffin. Actually aku suka tengok gambar dalam blog Cik Mat Gebu tu..semua nampak super delicious. Paling aku suka tengok is set pinggan mangkuk Cik Mat Gebu ni. Dalam hati terfikir, bila la aku boleh ada set-set pinggan mangkuk macam ni. Maybe one day..after kami dah moving to Semananjung . InsyaAllah...
Ok enough dengan cerita aku. Lets story about this BLUEBERRY CHEESE MUFFIN yang aku berjaya buat dengan sedikit pengubahsuaian (ampun tuan punya resipi). Kalau ikut resipi asal, guna strawberry filling. Tapi disebabkan kat Tesco tak ada jual, so aku just letak Smucker Bluberry Jam. Muffin ni bagi aku quite senang nak buat and prep time pun kejap jer. Aku buat satu adunan..dapat 15 biji muffin size sederhana besar. Struktur dalam very soft and lembab skit, maybe sebab ada cream cheese. Walaupun dah simpan selama 1 hari, muffin ni still soft lagi. Anyway here is the recipe :
BLUEBERRY CHEESE MUFFIN
Resipi Asal : Berry Cheese Muffin by Dapur Tanpa Sempadan
My Blueberry Cheese Muffin |
Bahan-Bahan :
150 g cream cheese
150 g butter
110 g gula halus (boleh kurang kalau filling/jam terlalu manis)
3 biji telur
160 g tepung naik sendiri
sedikit esen vanila
sedikit esen vanila
Blueberry Jam
Cara Membuat
1. Panaskan oven 180 C.
2. Pukul butter dan cream cheese sampai putih. Masukkan gula.
3. Masukkan telur 1 per 1 dan terus pukul sampai kembang. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata guna spatula.
5. Sudukan ke dalam muffin cup hingga separuh.
6. Masukkan 1 sudu kecil blueberry jam dan sudukan sedikit lagi adunan muffin ke atas jam tadi.
7. Bakar selama 25 hingga 30 minit.
pepagi tengok mapin ada b/berry terus teringin nk buat...
ReplyDeleteBuat la ucu
DeletePagi2 sarapan muffin dgn kopi memang sedap..
amboi rajinnye put3....terliur gak tgk muffin. kros lama dah x membaking bagai sbb oven rosak. huhu!!!nak beli tuan rumah ckp nak ganti baru.lambettttt
ReplyDeleteSekali sekala membaking..tp oven kt rumah mak ni kecik..so boleh baking cupcakes je..
DeleteSabar la kak ros..insyaAllah tuan rumah ganti oven siap dgn breadmaker tu yg lambat skit tu..hihihi
tak pernah lagi baking membaking nie..takut x menjadi...membazir saja..^___^
ReplyDeletecuba la membaking dalam kuantiti sikit..insyaAllah tak membazir..lama-lama nanti siap boleh baking untuk jiran tetangga lagi
Delete