!!!! Salam Peeps !!!!
Happy Friday!!!! Seronok er?? Bagi yang bekerja, esok dah boleh rehat-rehat. Best kan!!! Lately, aku malas nak update blog ni..coz bz survey barang baby. Quite expensive jugak la barang baby sekarang ni. Since I'm not working and cuma mengharapkan gaji En. Amri..jadi aku ingat nak mula beli sikit-sikit dari sekarang. Parah jugak kalau nak tunggu 7 bulan baru nak start shopping barang baby. Mau luruh rambut laki aku (kalau rambut tu emas 999, boleh jugak aku gadai dekat Bank Rakyat).
Wednesday last week, as usual, aku attended routine check up at Hospital Kampar. Quite surprising coz BERAT AKU NAIK MENDADAK - 1.5 KG IN 2 WEEKS (sepatutnya aku cuma naik 0.5kg per months). Well, aku mengaku yang since my pregnancy masuk bulan yang ke-4, aku memamng kuat makan especially roti and biskut (and Pepsi too). Pulse, people around me asyik kata perut aku tak nampak-nampak and they ask me to eat more. Jadi aku pun makan la lebih. So, sebagai akibatnya, waktu check up dengan nurse, nurse refer aku pada doctor sebab masalah peningkatan berat mendadak. Dan doctor pulak mintak aku datang hari Jumaat untuk ambil UJIAN GDM coz dia suspect aku kena kencing manis (korang ingat student je ker kena ambil ujian).
Untuk ujian GDM, aku kena puasa dari Khamis malam till Jumaat pagi (10am to 8 am). Kejap saja..tapi derita la jugak sebab baby dalam perut asyik kick aku. Lapar agaknya. Kesian anak mama ni. Jumaat pagi around 8.30, nurse ambil darah untuk kali yang pertama. Then dia suruh aku minum AIR GULA. Aku ingat air gula ni sedap (dah nama pun air gula..mesti la manis..manis tu kan sedap). Tapi honestly, aku tak pernah bayangkan yang wujud jugak benda manis yang tak sedap langsung. Bayangkan kalau korang kena habiskan 1 mug air gula yang tepu. Nurse yang bertugas tu bagitau aku, sukatan gula yang digunakan tu sepatutnya boleh bancuh 1 jug air. PATUT LA TAK SEDAP. Dekat 1 jam jugak aku nak habis 1 mug air tu...itu pun terasa nak keluar balik. Aku tanya nurse tu, kalau aku termuntah macam mana. Dia cakap..senang jer..minum air gula lagi sekali. Nurse mintak aku datang pukul 10.30 pagi untuk ambil darah kali ke-2. Sementara menunggu 10.30 pagi, aku balik rumah and sambung tidur. Kalau aku tak tidur, memang confirm aku akan muntah. Around 10.20 pagi, aku dah terpacak depan bilik pemeriksaan..and mintak nurse ambik darah aku. Lepas hantar darah ke lab, aku terus keluar and UWEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEKKKKKKKKK. Ambik ko..1 jam aku menahan nak muntah. Terasa lega yang teramat sangat.
And semalam aku pergi ambil ujian GDM. Hasilnya AKU BEBAS KENCING MANIS (untuk masa ni). Hahahaha..lega la jugak...sebab aku asyik risau kalau kena kencing manis and bagi kesan pada baby. Bagi aku ujian GDM ni quite a night mare jugak lah. But, as I said before..apa pun aku sanggup harung demi baby dalam perut ni. So, from now..aku terpaksa jaga diet. Tak boleh nak makan lebih-lebih sangat. For those yang ada masalah underweight problem and bercadang nak pregnant, aku nasihatkan tambah lah berat badan before pregnant. Kalau tak, nanti jadi macam kes aku. Gatai pi tambah berat badan waktu pregnant..last-last kena minum air gula. Padan muka.
OK lah..suddenly aku terasa loya. Maybe teringat kenikmatan air gula tepu.
No comments:
Post a Comment