Monday, November 23, 2020

Brownies All Chocolate Heaven

Alhamdulillah saya berpeluang lagi mencuba resipi baru minggu lepas. Kali ni saya cuba buat Brownies pula. Actually dah banyak kali saya buat brownies cikedut dengan menggunakan pelbagai resipi. Banyak jugak tips yang saya dapat untuk hasilkan kedutan dipermukaan atas brownies. Ada yang menjadi dan ada yang tak. Ada yang cakap kena guna pure butter tapi mahaiii la pulak. Ada yang cakap kena regangkan pintu oven lepas bakar brownies. Tapi tips yang paling saya rasa berguna untuk hasilkan kedutan tu ialah guna kepingan coklat yang berkualiti atau yang tinggi kandungan coklat. 

Untuk brownies kali ni saya guna bahan-bahan bajet macam Buttercup dan serbuk coklat tiada jenama (yg di repack semula oleh kedai). Cuma untuk kepingan coklat saya guna yang mahal sikit jenama Van Houten. Alhamdulillah...brownies menjadi seperti mana yang sepatutnya. Ada kedutan di atas, bahagian tepi yang berkerak sedikit dan bahagian dalam yang agak basah (tapi bukan tak masak yer). 


Brownies All Chocolate Heaven by 1001 Aneka Resipi Kek

Bahan A
200g dark chocolate compound coin jenama Van Houten 
75g Buttercup
Bahan B
1 biji telur
50g gula perang
Esen vanilla
Bahan C
60g tepung naik sendiri
15g serbuk koko (any brand pun OK)

1. Cairkan bahan A. Guna double boiler pun OK, guna microwave pun OK. Saya cuma panaskan periuk then masukan buttercup. Bila buttercup dah cair saya masukan coklat coin. Then kacau sampai cair. 
2. Pukul bahan B sampai rata. Just pukul pakai whisk tak perlu guna mixer. Then campukan bahan A dan B. Kacau pakai senduk.
3. Campurkan bahan C. Saya campurkan masa timbang. Lagi senang. Dan saya tak ayak pun.
4. Masukan bahan C ke dalam adunan coklat sedikit demi sedikit sambil kacau guna kaedah kaup balik. Kacau rata jer. Tuang dalam loyang.
5. Panaskan oven 150 C selama 10 minit ( yang ini saya tak follow resipi asal). Bakar adunan selama 40 minit bergantung pada oven. Kalau risau brownies hangus boleh try set 30 minit dulu then tambah masa sampai brownies masak. 

Kalau guna kepingan coklat yang tinggi kandungan coklat, InsyaAllah lapisan kedut tu akan jadi. Happy Baking 💕💕💕

Nota kaki :
Ini rupa dark coklat compound coin yang saya guna. Saya beli pek yang 1kg dalam RM 16 +++. Kalau ikut resipi asal guna dark coklat Beryls. 

No comments:

Post a Comment