Monday, August 15, 2011

Nak Balik Kampung Mana Raya ni?!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jumaat hari tu En. Amri balik rumah sambil tersenyum. 1 hari suntuk asyik senyum je laki aku ni. Pelik jugak. Bila aku tanya, dia cakap tak ada apa-apa. Tapi senyumnya sampai ke telinga. Time nak tidur, baru la dia mention..sebenarnya CO dah luluskan cuti raya dia. Dapat cuti 2 minggu pulak tu. Patut la happy semacam jer. Aku pun tumpang happy la jugak (walaupun sebenarnya aku tak ada apa-apa perasaan sebab aku tau isu ni akan mencetuskan 1 lagi problem baru).
Esoknya, aku ajak berbincang pasal plan raya kami tahun ni. Actually ini tahun pertama kami beraya bersama. Tahun lepas aku beraya di Kampar dan En. Amri beraya di Sabah. Memandangkan En. Amri dah 3 tahun tak balik raya, jadi aku dengan rela hati ikut dia beraya di Lumut (rumah parents En. Amri) untuk raya pertama. Then aku cadangkan petang raya 1st tu, kami balik Kampar (rumah parents aku). Tapi dia tak setuju sebab raya ke-2 dia plan nak beraya di Taiping (kampung ayah). Petang raya ke-2 baru dia nak balik Kampar. Mana aci... Aku pun nak jugak beraya dengan family aku. Along pun balik raya Kampar tahun ni. Tak best la..aku jer yang tak ada. 
Bincang punya bincang..at the end we came out with 1 solution. Raya 1st-Lumut, Raya 2nd-Taping, petang raya 2nd-balik Kampar dan hari-hari seterusnya ikut kepala aku nak pergi mana. Ok lah tu..dapat la aku spend masa lama sikit dengan Comot, si kucing diva kat Kampar.
Sebenarnya pening kepala bila cakap soal balik raya ni especially untuk newly wed macam kami. Kami yang dua-dua orang Perak pun boleh bertengkar bila bincang soal balik raya, ini kan pula couple yang sorang Johor sorang Perlis. Mau tak habis pinggan mangkuk baru. Tak sempat tunggu raya dah pecah jadi peluru time perang. Tapi, kalau ada tolak ansur insyaAllah jumpa la jalan penyelesaiannya nanti.
Ok la need to go now. Tak tau nak letak pic apa. Pic pinggan pecah berderai tak ada la pulak. Pic yang ini pun jadi la. Pic ni En. Amri sempat snap masa dia bawak aku pergi atas bukit konon-konon nak enjoy view pekan Kota Kinabalu sambil menunggu masa berbuka. 


En. Amri and Pn. Putri

!!! BYE BYE !!!

P/s : Lemang Perok dan ikan keli here I come. Tunggu aku 29hb ni !!!!!!!

1 comment:

  1. haha..part ni memang lawak.sama mcm ciksu.ciksu kedah suami kuala kangsar.

    ReplyDelete