Tuesday, August 16, 2011

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting

Semalam tekak ni teringin sangat nak makan carrot cake. Kebetulan semua bahan dah ada. So apa lagi...aku pun mula la bereksperimen di dapur. Actually ni 2nd time aku buat Carrot Cake. 1st time buat masa di Kampar. But, tak jadi carrot cake..jadi cinnamon cake. Sebab aku terlebih letak cinnamon powder. Then cake tu jadi very dry. Kesian Abah terpaksa menghabiskan kek tu. 
But this time, the cake turn very well. Texture cake very moist and rich with carrot. Aku buat sikit saja sebab takut tak jadi. Hantar pada jiran sebelah separuh dan separuh lagi masuk perut En. Amri. Semangat aku tengok dia makan. Suka rupanya pak cik ni dengan Carrot Cake (tapi sombong tak mau ngaku). Balik raya ni boleh la aku try buat cake ni untuk Abah. (Bodek Abah sikit..Raya tahun ni kan ke orang kerja gomen dapat 1/2 gaji bonus)

Ok la here is the recipe:

CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING

Sorry for the very messy decorating

Bahan-bahan:
o
Carrot Cake
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 g gula castor
120 g gula perang
250 g self rising flour (ayak)
1/4 sudu kecil garam (ayak)
1/4 sudu kecil cinnamon powder (ayak)
1 1/2 cawan carrot (parutkan)
1 sudu besar susu pekat
kismis (ikut suka U)
ooooo

Cream Cheese Frosting
120 g gula icing
250 g cream cheese
120 g butter


Cara Membuat Cake:
1. Pukul telur dan gula sampai kembang.
2. Masukkan minyak. Sebatikan.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak. Gaulkan guna senduk.
4. Masukkan carrot dan gaul sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar 180C untuk 45 minit (depends pada oven anda).
ooooooo
Cara Membuat Cream Cheese Frosting:
1. Masukkan semua bahan dan pukul sampai sebati.
2. Sejukkan dalam peti ais. Sapukan atas kek semasa nak menghidang.

Lepas berbuka semalam badan aku rasa lemah sangat. Nasib baik En. Amri tolong buatkan Avocado Juice dan potongkan buah mampelam. Very refreshing!!! (Actually saja je buat-buat lemah, sebab nak merap En. Amri). THANK YOU BY.

!!! Bon Appetite !!!

No comments:

Post a Comment