Lama rasanya tak update blog ni. Lately aku busy sikit. Lot of things happened in my life..and they make me more matured. Dan peristiwa yang paling mematangkan aku was "ON 5 AUGUST BARU-BARU NI, AKU CELEBRATED MY 27TH BIRTHDAY". Dah tua kan aku ni...haaaaaaaiiiiih.. Umur makin bertambah every year, but masih banyak plans yang aku dah rancangkan masih belum execute. Well what can I say..hidup tak semestinya follow track yang kita dah buat dan rancangkan. Sometime kita akan terpesong ke kiri and sometime kita akan tersasar ke kanan. But, there are nothing to lose..coz everytime kita tersasar, mesti ada experiences baru yang kita kutip and that experiences will make we more matured. OK enough about cerita peningkatan umur aku.
Sempena Birthday aku yang ke 27, nothing special from my husband. Dia cuma belanja aku makan "ROTI BAKAR DAN WHITE COFFEE KAT OLD TOWN". Best kan hadiah birthday aku. Actually En Amri ajak aku berbuka di buffet Ramadhan dekat Palace Hotel, but perut aku ni amat la kecik. Kalau pergi buffet, aku cuma dapat makan around 30 minit je. After that, mula la tercungap-cungap. Nanti ada yang jadi mangsa kena dukung aku balik rumah. Hahahaha...
Untuk birthday aku tahun ni, aku malas nak beli cake. Rasa jemu pulak dengan cake Secret Recipe. So, I decided to bake (not bake actually sebab aku tak bakar pun) make TIRAMISU. This was my first attempt buat Tiramisu guna cream cheese and whipping cream and the cake taste really good. Masa kat Jepun aku guna mascarpone cheese. Tapi dekat Malaysia ni teramat la susah nak mencari mascarpone cheese. Masuk 10 kedai kek pun belum tentu jumpa lagi mascarpone cheese.
Resipi ni aku cilok dari web Myresipi tapi ada yang aku ubah sikit. Thank you kepada tuan punya resipi.
TIRAMISU
Resipi Asal : http://www.myresipi.com/top/detail/736
Tiramisu hasil tangan Puan Putri |
1 biji sponge kek (aku ganti dengan biskut lady finger)
250 ml whipping cream
200 ml cream cheese (aku guna 200gm cream cheese sebab cream cheese aku keras)
1/2 cawan gula (boleh lebihkan kalau nak manis coz cream cheese tu agak masam)
1 cawan air panas
1 sudu makan nescafe
serbok koko
1. Bancuh nescafe dengan air panas.
2. Satukan gula, whiping cream dan cream cheese. Pukul adunan sampai kembang.
3. Susunkan kek atas bekas (untuk 1st layer). Tuangkan 1/3 cawan nescafe atas kek.
4. Sapukan cream atas kek tadi.
5. Ulang langkah 3 dan 4 sampai adunan habis.
6. Ayak serbuk koko masa nak hidang.
En. Amri suka sangat tapi aku tak galakkan dia makan banyak sangat sebab Tiramisu ni guna cream cheese..not really good for his diet. Anyway it worth to give this recipe a try and HAPPY BIRTHDAY
No comments:
Post a Comment