Thursday, July 21, 2011

My Venessa

Who is Vanessa?!! My daughter? My cousin? My best friend? Actually tak ada satu pun yang betul. But, Vanessa came into my life November last year. I still remember when my husband brought her back..it was night at that time. Lepas solat Maghrib dia paksa aku turun bawah rumah. Aku ingat orang tua tu dah buang tebiat..suruh aku turun time Maghrib. Rupanya nak tunjuk VANESSA pada aku.

So yesss..Vanessa is my car. I don't know why..but I got the feeling that car is a girl. Because setiap pagi, bila aku nak start enjin and dia buat perangai..aku terpaksa pujuk dia..sometime I even sing a song for her. "Vanessa is a good girl, dun give me any trouble" (Luckily aku sorang jer time drive. Kalau tak, sah aku dah masuk hospital mental sekarang)

Selasa lepas aku bawak Vanessa pergi bengkel sebab dia dah start buat bunyi yang menyakitkan telinga (sampai anak jiran aku pun kuar rumah bila aku keluarkan Vanessa dari car park). First aku bawak dia pergi Pusat Service Proton sebab memang selalunya bila dia meragam aku akan bawak dia pergi sana. After abang Pusat Service check...dia confirm yang Vanessa's problem is her TIMING BELT. Bila aku dengar TIMING BELT, dah tau dah...berlubang besaq la poket aku hari ni. So, dia mintak RM 580 untuk tukar timing belt dengan set sekali. MAK Aiiiiiiii......Mahalnya!!!!!! Fikir punya fikir and after call 3 orang lelaki terpenting dalam hidup aku (En Amri, Abah and Along), last sekali aku decided nak cari bengkel lain...coz para penasihat aku cakap..biasanya tukar timing belt around RM 120 ke RM 250.

So aku terus pergi pekan Putatan. 1st bengkel yang timbul dalam otak aku was BUMISA. Kenapa BUMISA? Sebab bengkel ni sebelah Giant and enjin kereta aku pernah mati dan tak mau hidup balik, betul-betul depan bengkel ni. Abang-abang bengkel ni la yang tolong tolak kereta aku masuk bengkel diaorang then check. Last-last baru tau..rupanya masa nak start enjin balik, aku tak tukar gear Neutral. Hehehehehe..stupid right. But yeah...abang-abang bengkel ni memang really kind. So aku cuba tanya bengkel ni berapa untuk tukar  timing belt. Abang bengkel cuma mintak RM 245 tapi brand belt tak dikenali. But belting boleh tahan sampai 100 ribu KM. Ok la tu..harga separuh daripada yang Pusat Service Proton mintak. So I let them operate my Vanessa.
Venessa ku di"operate"

Hari ni alhamdulillah..Vanessa dah tak buat bunyi pelik-pelik lagi. So aku tak payah la cakap sorang-sorang lagi dalam kereta. But dalam kepala otak aku sekarang dah terfikir plan-plan untuk panjangkan hayat timing belt Vanessa. Here are the plan:
1. En. Amri selepas ini, sila pergi kerja pakai motor ye.. Kalau hujan jer boleh pakai Vanessa.
2. Puan Putri jangan gatai kaki nak keluar pekan tiap-tiap hari bila En Amri outstation.
3. Cepat-cepat matikan enjin bila dah sampai destinasi. And if menunggu orang tak payah la hidup kan enjin. Pergi la cari parking dan matikan enjin kereta sebab walaupun kereta tak bergerak dan meter tak berjalan tapi selagi enjin dihidupkan belting akan tetap berputar. Itu sebab ada kereta yang walaupun tak sampai 100 ribu KM lagi, tapi timing belt dah ada problem.

Untuk tukar timing belt yang seterusnya aku ingat nak beli timing kit dari semenanjung. Sampai sini just mintak abang pomen tolong tukar saja.

OK GTG. Petang ni ada BAKAT and aku kena jadi Stage Manager la pulak. I'll story about it later. Bye

No comments:

Post a Comment