Tuesday, August 23, 2011

German Cookies

Sana sini orang sibuk tulis pasal "German Cookies". Sedap sangat ke? Kalau judge dari rupa bentuk cookies ni tak ada la special. But, kenapa ramai sangat blogger yang suka and said they are addicted to this cookies. 
Sebab terlalu curious nak tahu apa rasa cookies ni..I decided to bake this cookies today. And honestly I have to admit..I already become one of them. I'M ADDICTED TO GERMAN COOKIES. 
Cookies yang aku buat tak se"comel" cookies yang blogger lain buat. Aku tak tahu kat mana salah sebab adunan cookies aku jadi lembik sangat. Nasib Kak Zarin bagi tips suruh sejukkan dalam peti sejuk about 15 minutes. Lepas keluarkan dari peti sejuk senang sikit aku nak bulatkan jadi bola. Untuk mencantikkan cookies ni, aku letak sikit coloring sugar. Rasa cookies ni memang sedap...rangup and melting in your mouth (macam iklan M&M pulak).Tapi disebabkan oven aku ada problem sikit (En. Amri nak oven baru boleh?!!!!), jadi bahagian bawah cookies jadi coklat sikit (nasib tak hitam). Aku ingat nak simpan untuk raya, tapi nampak gayanya tak sempat tunggu raya dah habis (sebab dah addicted kan). Tak apa la..untuk cookies yang aku bake kali ni aku nak makan puas-puas. Balik cuti raya nanti, aku buat lagi (kalau rajin la ye!!!).

Ok here is the recipe yang aku cilok dari blog Kak Zarin. Thank you for the recipe.

GERMAN COOKIES

German Cookies
Bahan-bahan :


125g butter - lembutkan (aku guna buttercup je)
40g gula aising - ayak
125g potato starch - ayak
80g tepung cake - ayak (aku guna tepung gandum)


1. Pukul butter dan gula sampai kembang. 
2. Masukkan potato starch dan tepung yang dah diayak. Kacau dengan senduk sampai adunan jadi lembut. Kalau adunan lembik (macam aku punya hasil eksperimen), sejukkan dalam peti sejuk about 10 ke 15 minit.
3. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan 170C selama 15 minit (atau sampai kaki cookies dah jadi brown).


Simple kan!!! So apa lagi, sila angkat bowl dan mixer anda dan start mengukies ya!!!!

No comments:

Post a Comment