Wednesday, November 13, 2013
Sunday, November 10, 2013
Online Shopping di E-mum Shop
Disebabkan saya dalam pantang, dan terpaksa bercuti dari tugas masak memasak, entry kali ni nak cerita pasal pengalaman saya shopping online di E-mum Shop. Actually ini kali ke-2 saya ber"shopping" disini. Service pihak E-mum amat cepat walaupun balasan email untuk pertanyaan dijawab dengan kurang mesra. Harga barang kat sini, biasa-biasa saja. Sewaktu pembelian kali pertama saya beli breast pump, untuk kali ke-2 ni.. saya beli breast pad, bottle stroge dan plastic bag storage untuk simpan EBM (housewife pun kena ada stok EBM).
Bagi para ibu-ibu yang mencari BP atau barang kelengkapan untuk menyokong penyusuan susu ibu, sila la menjengok ke E-MUM SHOP. Untuk ke page kedai, sila klik-> E-MUM SHOP
Bagi para ibu-ibu yang mencari BP atau barang kelengkapan untuk menyokong penyusuan susu ibu, sila la menjengok ke E-MUM SHOP. Untuk ke page kedai, sila klik-> E-MUM SHOP
Sunday, October 27, 2013
Dapur Puan Tanah Sedang Bercuti
Dengan ini diumumkan dapur saya sedang bercuti disebabkan saya tengah berpantang. Alhamdulillah saya selamat lahirkan baby girl pada 11 Oct 2013 di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Selama tempoh berpantang, saya tak dapat nak bereksperimen di dapur dan post entry resipi. But dun worry, saya akan cuba post entry pasal benda lain (bajet blog aku banyak readers la....perasan!!!!!!).
Sebagai penutup entry...enjoy gambar ahli baru family kami :
NUR ADDEENA SAFIYYA BT AMRI
Doakan semoga Addeena membesar jadi anak yang sihat,aktif, bijak dan yang paling penting...anak yang beriman pada Allah.
Wednesday, September 25, 2013
Mini Muffin With Chocolate Topping Untuk Ali
Last week saya sempat me"mupin" untuk si abang. Plan asal nak buat muffin blueberry tapi bila bukak peti sejuk..rupanya sang blueberry dah kecut-kecut. Nampak sangat saya dah lama tak baking. Then saya korek lagi peti sejuk..mencari jem strawberry. Nasib kureeeng baik jugak...jem strawberry baru saja habis. Disebabkan dah bancuh adunan baru sedar tak ada inti nak letak kat dalam muffin, saya terus je bakar. Malas nak fikir dah... After siap dibakar, my lil sis @ Mak Su Nana volunteer nak buat topping coklat. Bagus sungguh adikku ini.
Disebabkan muffin ni untuk si budak kecik, saya buat versi mini muffin. Senang sikit Ali nak pegang dan gigit. Alhamdulillah... Ali suka muffin yang mama masak. Lepas satu-satu dia makan. Tapi budak kecik ni lagi suka muffin yang tak ada topping. Elok lah dia tak suka manis..jimat skit gula kami. Akhirnya ada juga air tangan saya yang dia suka.
Mini Muffin With Chocolate Topping
Resipi Asal Muffin : Blueberry Jam Muffin oleh Yani
Mini Muffin with Chocolate Topping |
Bahan-bahan (+- 40 biji mini muffin)
70 g butter
60 g gula
1 biji telur
2-3 titik esen vanilla
4 sudu besar susu segar
100 g tepung
1 sudu kecil baking powder
70 g butter
60 g gula
1 biji telur
2-3 titik esen vanilla
4 sudu besar susu segar
100 g tepung
1 sudu kecil baking powder
1. Pukul butter sampai jadi krim. Masukkan gula dan pukul sampai putih.
2. Masukkan telur dan kacau. Masukkan esen vanilla dan susu segar. Kacau sebati.
3. Ayak tepung dan baking powder. Masukkan tepung ke dalam adunan butter dan kacau menggunakan sudu.
4. Masukkan adunan ke dalam bekas muffin.
5. Bakar 180 C selama 20 ke 25 minit.
Chocolate Topping
Bahan-bahan
Serbuk koko
Susu Pekat
Butter
1. Cairkan butter guna kaedah double boiling.
2. Masukkan susu pekat dan serbuk koko, Kacau sebati.
---- SELAMAT MENCUBA ----
Thursday, September 19, 2013
Food Craving 3 : Puding Prune
Dah lama tak pos entry makanan. Sejak dah masuk 8 bulan +++, rasa malas sangat nak masuk dapur. Adik kat dalam perut dah makin besar..ruang nak bermain pun makin sempit. Sekali Adik gerak, rasa nak termuntah pun ada. Tambah pulak bila si Abang Ali menyerang perut...huhuhuhu !!! Ada masa nak menangis rasanya bila dua-dua anak serang perut mama. Si Abang serang dari luar, while si Adik serang dari dalam. Adik belum keluar lagi, tapi si Abang dah ajak main. Tak apa lah..asalkan anak-anak mama happy dan aktif, sakit sikit pun mama bleh tahan.
Ok enough about my pregnancy. Entry kali ni nak cerita pasal PUDING PRUNE yang saya buat last week. Disebabkan cuaca sekarang makin panas, saya pun buat la puding prune ni untuk Ali. Tapi budak ni..sesuap pun dia tak nak makan. Penat saya kejar dia satu rumah nak suapkan dia. Lagi seronok dia lari..kemudian tutup mulut dengan tangan. Akhirnya saya terpaksa akur...agaknya budak ni memang tak nak puding prune. At the end, terpaksa la saya yang habiskan.
Bagi saya, rasa puding ni lemak-lemak masam. Sesuai sangat dengan selera saya yang suka benda masam. Tapi puding saya tak berapa menjadi (agaknya sebab ni la si budak kecik tu reject). Adunan agar-agar dan susu macam tak sebati. Memang puding prune macam ni ke atau ada silap saya? However, rasa puding ni masih mabeles.
Ok enough about my pregnancy. Entry kali ni nak cerita pasal PUDING PRUNE yang saya buat last week. Disebabkan cuaca sekarang makin panas, saya pun buat la puding prune ni untuk Ali. Tapi budak ni..sesuap pun dia tak nak makan. Penat saya kejar dia satu rumah nak suapkan dia. Lagi seronok dia lari..kemudian tutup mulut dengan tangan. Akhirnya saya terpaksa akur...agaknya budak ni memang tak nak puding prune. At the end, terpaksa la saya yang habiskan.
Bagi saya, rasa puding ni lemak-lemak masam. Sesuai sangat dengan selera saya yang suka benda masam. Tapi puding saya tak berapa menjadi (agaknya sebab ni la si budak kecik tu reject). Adunan agar-agar dan susu macam tak sebati. Memang puding prune macam ni ke atau ada silap saya? However, rasa puding ni masih mabeles.
PUDING PRUNE
Bahan - bahan
1 liter air
10 g agar-agar sebuk
250 g gula
Bahan A
2 biji telur
1 tin susu cair
20 biji prune (separuh dikisar dan separuh lagi dicincang halus)
esen vanilla
--- SELAMAT MENCUBA ---
1 liter air
10 g agar-agar sebuk
250 g gula
Bahan A
2 biji telur
1 tin susu cair
20 biji prune (separuh dikisar dan separuh lagi dicincang halus)
esen vanilla
1. Masak agar-agar bersama air dan gula.
2. Satukan bahan-bahan A kecuali buah prune yang dicincang. Blend kan.
3. Masukkan adunan A bersama prune yang dicincang ke dalam campuran agar-agar.
4. Masak sekejap.
5.. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan diluar sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.
--- SELAMAT MENCUBA ---
Tuesday, September 10, 2013
Rindunya Pada Si Kasut Tinggi
Ari-ari post entry makanan je. Hari ni kita post entry kasut. Huhuhu... Al-kisah kali ni saya mengidam nak pakai kasut tinggi la pulak. Pelik jugak preggy kali ni. A few weeks ago, masa mengemas rak kasut, saya terpandang kasut ni...
Kasut tinggi yang dirindui |
Still cantik berkilat-kilat lagi kan? Actually usia kasut ni dah almost 2 tahun bersama saya. Tapi, saya masih belum ada peluang nak sarungkan di kaki. Kasut ni saya beli waktu preggykan Ali Amrsyar. Plan asal nak berkasut tinggi balik lepas Ali Amrsyar dah boleh berjalan. Tapi Allah ada perancangan lain untuk saya. Bila Ali Amrsyar dah boleh jalan, saya pulak tengah preggykan adik 7 bulan (dah sarat). Jadi terpaksa lah saya simpan kembali kasut ni ke dalam rak. Harap-harap tahun depan bila adik dah mula jalan, boleh la saya sarungkan kasut ni untuk kali pertama setelah sekian lama ia bersarang dalam rak kasut.
Wednesday, September 4, 2013
Puding Coklat Untuk Ali
Dua hari lepas saya buat puding coklat untuk Amrsyar. Sejak dia dapat kaki, payah sungguh nak suap dia makan. Bila dia nampak saya datang dengan mangkuk nasi, dia akan lari. Tak terkejar saya dibuatnya. Macam-macam kerenah dia buat. Ada masa rasa macam nak marah, tapi sebab tak nak spoil kan masa makan dia, saya cuba tahan.
Ok back to our pudding, sepatutnya puding ni dimakan bersama sos kastard. Tapi disebabkan sos kastard yang saya buat untuk puding roti dah habis, jadi saya bagi dia makan macam tu saja. Alhamdulillah..dia nak jugak makan. Itu pun cuma separuh dari bekas. Yang bakinya terpaksa la mamanya habiskan. Puding ni sedap..tak menyesal cuba. Cuma saya nasihatkan jangan pakai coco powder yang murah. Saya guna coco powder brand Van Houtten. Tak silap saya, saya pernah cuba resipi ni dengan menggunakan coco powder brand Tesco/Giant. Hasilnya agak kureeeng sikit.
PUDING COKLAT
Bahan-bahan
10g serbuk agar-agar
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3 sudu besar susu pekat
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar serbuk koko (bancuh dengan air panas)
2 sudu besar tepung kastard (bancuh bersama 2 sudu besar air)
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla (saya tak masukkan)
1. Masak air bersama gula dan agar-agar.
2. Satukan susu segar, susu cair dan susu pekat dalam satu bekas. Masukkan dalam larutan agar-agar. Kacau sebati dengan api yang perlahan.
3. Masukkan serbuk koko dan esen vanilla. Kacau sebati.
4. Masukkan tepung kastard dan mentega. Kacau sampai larut.
5. Tutup api. Tuang dalam bekas puding. Sejukkan di luar sebelum dimasukkan dalam peti ais.
Bagi yang nak makan bersama sos kastard, anda boleh rujuk resipi asal. Bagi saya dan Amrsyar puding ni saja dah cukup sedap especially makan waktu cuaca tengah panas. Nyaman je rasanya bila si puding lalu di tekak.
Monday, August 26, 2013
Ali Mangsa Buli Mak Su
Semalam buka FB, terkejut tengok gambarr Ali Amrsyar dalam FB adik saya. Ya Allah!!! Bila masa pulak si budak kecik ni jadi budak perempuan. Siap bergaya dengan shawl dan handbag.
Ini sah-sah kerja Mak Su dia. Actually my sister memang suka buli Ali pun. Kalau tinggalkan si Ali dengan dia, memang ada je gambar yang akan buat saya pecah perut. Tapi kan..bagi Ali, Mak Su dia ada lah The Best Aunty in The World. Asal nampak je kereta saga merah Mak Su sampai depan rumah, dia dah terjoget-joget depan pintu. Dah ada adik nanti, agak-agaknya yang mana satu Mak Su nak layan. Nasib ko lah Nana ....
Friday, August 23, 2013
Food Craving 2 : Puding Roti Bersama Kuah Kastard
Ini kes mengidam lagi. Agaknya tekak saya dah boring dengan menu raya, tiba-tiba je tekak ni teringin nak makan PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD. Bila dah dikatakan mengidam tu, means tak boleh nak tangguh-tangguh lagi dah. Sebaik saja Ali Amrsyar tido, saya terus masuk dapur. After almost 1 jam ber"pong pang" di dapur, ini lah hasilnya :
Puding Roti Bersama Kuah Kastard |
Sorry lah gambar puding roti ni agak kurang menyelerakan sikit sebab saya snap sebaik saja habis bakar. Masa ni tekstur puding agak lembik lagi. Esoknya waktu nak makan untuk kali yang ke-2, tekstur dan rasa dia lagi sedap. My toddler siap boleh habiskan sepotong lagi. Apa yang saya suka sangat pasal puding ni, bila makan part yang over baked sikit. Rasa crunchy + sos kastard yang agak pekat = heaven.
Puding Roti Bersama Sos Kastard
Resipi Asal : Puding Roti Bakar oleh Hana's Family
Bahan-bahan
Untuk Puding
7-8 keping roti
* 500 ml susu segar
* 4 sudu besar gula halus
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
Untuk Puding Roti
1. Satukan bahan-bahan bertanda *. Kacau rata.
2. Koyakkan roti dan rendam dalam campuran bahan bertanda *. Rendam seketika sampai roti menyerap campuran tadi.
3. Masukkan separuh kismis dan butter yang dicairkan. Gaul rata.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan baki kismis. Tekan sedikit kismis dengan menggunakkan sudu.
5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit (saya bakar selama 40 minit. Ikut oven masing-masing).
Untuk Sos Kastard
1. Satukan susu cair, air dan gula. Panaskan atas api yang perlahan.
2. Masukkan tepung kastard, Terus kacau sampai sos menjadi pekat.
Thursday, August 1, 2013
Biskut Raya Yang Menyentuh Jiwa
Raya cuma tinggal kurang dari 10 hari. Semangat nak membuat kuih raya dah mula datang. Tapi sekarang ni pergerakkan saya agak terbatas dengan Amrsyar yang makin aktif dan baby dalam perut yang makin membesar. Kalau ikut kan hati memang nak buat berjenis-jenis biskut raya, tapi nampak gayanya tahun ni saya cuma dapat buat 2 jenis saja.
Biskut raya kali ni saya ambil dari resipi arwah mak cik saya. Masa arwah ada, every years memang dia akan buat sekurang-kurangnya 4 jenis biskut raya. Ini salah satu dari biskut yang arwah tak pernah lupa buat. Nama asal biskut ni Biskut Buah Pingggang sebab acuan biskut ni bentuk buah pinggang. Tapi, disebabkan kat rumah saya tak ada acuan bentuk buah pinggang saya gunakan acuan bentuk love dan bagi nama BISKUT CORNFLAKES - MARIE. Rasanya boleh tahan rangup juga sebab ada campuran cornflakes dan biskut marie.
Bila makan, teringat kat arwah mak cik yang dah 5 tahun tinggalkan kami. Arwah tak kawin dan tak ada anak. Jadi arwah memang rapat sangat dengan anak-anak sedara. Arwah meninggal disebabkan breast cancer. Masa arwah sakit, kami (anak-anak sedara) banyak jaga arwah. tak pernah kami biarkan arwah bermalam di hospital tanpa berteman sebab kami tahu setiap kali habis rawatan kimo, memang azab sangat. Arwah akan jadi lembik dan kerap muntah. Nak ke toilet perlukan teman. Masa arwah pergi, saya masih di Jepun. Terkilan sebab tak dapat tengok arwah kali terakhir tapi saya puas hati sebab dapat jaga arwah setiap kali balik cuti semester.
Eh..ok la. Cukup-cukup la saya melayan perasaan. Ni resipi biskut kali ni :
Biskut Cornflakes - Marie
Bahan-bahan
250g mentega
3/4 cawan gula castor
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan + 2 sudu besar tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan serbuk biskut marie (blender dulu baru sukat)
1 cawan serbuk conrnflakes (blender dulu baru sukat)
1 biji kuning telur.
sedikit putih telur
1. Pukul mentega bersama gula sampai kembang.
2. Masukkan kuning telur.
3. Satukan semua tepung, serbuk biskut marie dan 1/2 cawan serbuk cornflakes. Gaul rata.
4. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit. Uli guna tangan.
5. Canai dan terap guna acuan.
6. Sapukan sedikit putih telur dan taburkan sedikit seruk cornflakes atas biskut.
7. Bakar 10 hingga ke 15 minit.
Friday, July 12, 2013
Food Craving 1 : Biskut Sarang Semut
Baru awal Ramadhan, saya dah start post entry biskut raya. Puasa pun belum tentu penuh lagi. Sorry ya. Tujuan asal saya buat BISKUT SARANG SEMUT kali ni bukan untuk raya. Tapi disebabkan MENGIDAM. Hihihihi...Yes I'm pregnant with my second baby rite now (ikuti cerita sepenuhnya disini). Minggu ni dah masuk 27 weeks +++ . Actually saya sendiri tak pasti berapa usia kandungan saya yang sebenar coz tiada tarikh last period dan saya cuma scan baby bila kandungan dah mencecah 20 weeks (kes pregnant tapi tak sedar sampai baby dah menguit-nguit dalam perut). So, walaupun usia baby masa scan 20 weeks tu tak berapa accurate, doctor decided to rely on that. Anyways, perkembangan baby @ adik positif dan aktif. Doakan semoga adik sehat dan selamat hendaknya. Dalam hati, terbit rasa bersalah yang amat sangat sebab tak sedar kewujudan adik selama 5 bulan pertama. Perkembangan Abang (dah start kena panggil abang) Amrsyar? Owhhhh !!!!! He can walk run already dan ada 4 batang gigi (2 atas dan 2 bawah). Kerjanya tiap hari kejar orang sambil asah gigi-gigi dia. Jenuh saya suruh dia berhenti sebab nyilu. I guess that is his hobby currently.
Ok..tuan rumah dah tersasar jauh dari tajuk. Back to our Biskut Sarang Semut. Last week, saya memang mengidam sangat nak makan biskut ni. Siap suruh En Amri cari kat PD. Tapi, saya kecewa sangat-sangat sebab tak ada orang yang menjual. Maybe sebab biskut ni complicated sikit nak buat. Bukan semua orang rajin nak menyagat. So, nak tak nak..terpaksa lah masuk dapur dengan perut yang memboyot. Bahan-bahan biskut senang nak cari. Cuma bila part nak menyagat tu, saya jadi penat sikit. Saya buat 3 seisi menyagat untuk habiskan satu adunan ni. Sagat, bakar then tidur (harap-harap bil elektrik tak tinggi bulan ni). Alhamdulillah akhirnya selesai jugak misi Biskut Sarang Semut. Setiap kali habis membakar, saya terus makan. So at the end, saya cuma dapat satu tupperware kecik untuk dijadikan stok simpanan. Walaupun sturktur dalam biskut ni tak berapa nak jadi macam sarang semut, tapi still sedap. Rasanya satu adunan ni habis masuk perut saya sorang je. Teruk kan preggy mommy ni.
BISKUT SARANG SEMUT
Resipi Asal : Biskut Sarang Semut dari dapur CikWan
Bahan-Bahan
120g gula castor
250g mentega
300g tepung gandum
120g tepung jagung
50g tepung kastard
1 biji kuning telur
sediikit esen vanilla
manik color / coklat rice
1. Pukul mentega dan gula sampai gebu.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard sedikit demi sedikit sambil dipukul.
3. Uli sehingga menjadi doh.
4. Sagat doh ke dalam mangkuk. (lebih senang kalau guna penyagat cheese).
5. Sudukan ke dalam paper cup.
6. Taurkan manik color/coklat rice.
7. Bakar pada suhu 180 C selama 15 hingga 20 minit.
<<<<< Selamat Mengukies >>>>>
Thursday, June 6, 2013
Apple Crumble Cake
Setelah sekian lama tak mencuba resipi, akhirnya saya
gagahkan juga kaki tangan ke dapur rumah Mama. Since my Mama kurang suka @ tak
suka lansung mem”baking”, she kept her oven and hand mixer jauh ke dalam
kabinet. Jenuh saya menyelongkar dapur Mama mencari peralatan baking.
Akhirnya complete jugak semuanya.
The next day, ini lah hasilnya ……
Akhirnya berjaya jugak mem”baking” APPLE CRUMBLE CAKE. Resipi ni
saya dapat dari buku resipi yang saya beli dari jualan murah di AEON Kinta City
(tak sia-sia melabur RM10). Kek ni agak mudah nak buat. Bahan-bahan pun senang
nak cari. Cuma bagi yang tak suka manis, boleh kurangkan kuantiti gula.
Disebabkan saya cuma gunakan 1 biji apple, kek saya kurang rasa apple. Next
time saya akan gunakan 1 ½ biji apple. Kuantiti bahan-bahan untuk hasilkan
crumble boleh dikurangkan. Saya follow sukatan resipi crumble, tapi saya cuma
gunakan sebahagian saja dari adunan.
Ok enough kot membebel. Ini resipi Apple Crumble Cake :
Bahan-bahan
125 g butter
125 g gula
castor
3 biji telur
1 sudu kecil
esen vanilla
125 g cream
cheese
3 sudu besar
tepung jagung
200 g tepung
naik sendiri (self rising)
1 biji apple
Untuk
crumble
75 g butter
75 g serbuk
almond
75 g tepung
2 sudu besar
gula
1 sudu teh
serbuk kayu manis
1. Panaskan
oven 180 C. Leserkan baking pan dengan butter dan lapik dengan baking paper.
2. Pukul
butter dan gula sampai putih.
3. Masukkan
telur satu per satu. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan
cream cheese dan pukul sampai sebati.
5. Potong
apple menjadi dadu. Gaulkan apple dengan sedikit tepung sehingga semua apple
diselaputi tepung.
6. Ayak
tepung jagung bersama tepung naik sendiri. Masukkan dalam adunan butter sedikit
demi sedikit sambil dikacau menggunakan sudu.
7. Masukkan
apple dan kacau sehingga sebati sahaja.
8. Tuangkan
adunan dalam baking pan. Sediakan crumble.
9. Cairkan
butter (untuk crumble). Gaulkan semua
bahan-bahan kering untuk crumble. Tuangkan butter cair sedikit demi sedikit sambil gaul menggunakkan tangan
sehingga adunan menjadi sedikit berketul-ketul.
10. Taburkan
crumble di permukaan adunan kek.
11. Bakar selama
40 hingga 50 minit.
Selamat Mencuba
Tuesday, May 21, 2013
Freebies from The Face Shop : T.O.P Girl Kit
Semalam, saya bawa Amrsyar jalan-jalan di Kinta City. Since babah dia sibuk dengan kursus di PD, so terpaksa la saya bawa budak ni keluar jugak. Kesian dia asyik terperap kat rumah. Baby umur 9 bulan pun kena tengok dunia luar jugak. Sambil jalan, saya sempat collect freebies dari The Face Shop.
Comey kan freebies ni. Dalam beg kertas ni ada 7 sample. Ada eye gel, masks, sun cream, bb cream dan cream. Kira berbaloi lah saya isi borang dan masuk peraduan untuk jadi model The Face Shop. Haaaaaaaaaaa jadi model !!! Actually niat masuk peraduan ni sebab nak freebies ni je. Tak ada sebarang niat atau harapan pun nak jadi model The Face Shop. Umur dah nak masuk 30 an opsssssss 20 an, anak dah sorang, harapan nak jadi model dah tertutup.
Ok la..for those yang berminat, sila buka akaun FB dan type Thefaceshop Malaysia and isi apa yang patut. Lepas tu, print out bukti anda dah sertai peraduan tersebut. After that, sila ke kaunter The Face Shop yang terdekat untuk collect freebies anda. Senangkan?!!!!
Sekian dahulu seisi "sharing is caring" untuk malam ini. Gud nite all.
Thursday, May 9, 2013
PRU13 : Dakwat Kekal dan Moral Kita
PRU 13 baru saja tamat, tapi kesannya masih terasa. Suasana di sekolah (rite now saya bertugas sebagai guru ganti), sudah agak reda dan beransur kembali kepada asal. Tiada lagi cikgu-cikgu berkumpul mengikut idealogi politik masing-masing. Ramai yang sudah boleh bertegur macam biasa. Cuma pelajar yang masih suka sembang-sembang politik. Tak padan dengan umur budak-budak sekarang. Suruh lukis poster, dibuatnya poster "Re-election". Adoi la adik-adik, jangan la campurkan politik dengan kerja sekolah.
Ok enough cakap kosong pasal PRU13. Actually entry kali ni saya nak sentuh sikit pasal isu dakwat kekal dan moral masyarakat kita. Sebagai isteri tentera, saya mengundi lebih awal dari tarikh PRU sebenar. Pada 30hb 4, saya selamat membuang undi di Kem Lok Kawi, Sabah. Calon yang saya pangkah...biar lah rahsia. Walaupun mengundi awal, kami pun macam semua orang juga, jari telunjuk sebelah kiri dicalitkan dengan dakwat kekal. Cuma warna yang digunakan ialah warna merah (mula-mula warna hitam, but lama-lama dia pudar jadi warna merah). Selepas dicalitkan, saya biarkan dakwat tersebut kering. Dan kemudian saya lalui hari-hari macam biasa..basuh baju, makan, mandi. Dakwat tersebut memang akan pudar dikulit, tapi warnanya masih ada dikuku. Sehingga ke hari PRU sebenar, kuku saya masih bewarna merah. Jadi saya assume, objektif sebenar SPR untuk menggunakan dakwat kekal dalam PRU13 tercapai. Dakwat tersebut memang dapat bertahan untuk tempoh 7 hari.
Walaupun tak cantik, tapi saya tak kesah |
Tapi saya agak kecewa dengan moral rakyat Malaysia yang cuba menghilangkan dakwat tersebut dalam tempoh terdekat. Saya lagi kecewa apabila yang melakukannya ialah pengundi awal yang rata-rata merupakan anggota tentera dan polis. Sebagai anggota pertahanan negara, apa lah sangat untuk biarkan jari tu bewarna sehingga ke hari PRU yang sebenar. Jika anda sanggup kobrankan nyawa pada negara, bukan susah sangat untuk hidup selama beberapa hari dengan jari telunjuk bewarna. Jadi saya tak faham kenapa mesti nak hilangkan warna tersebut dan kemudian kecoh-kecoh di FB or Twitter. Untuk apa? Adakah sebab sengaja nak mencari kesalahan SPR?!! Mintak maaf bagi yang terasa. Tapi sebagai individu, saya rasa tak wajar kita terus dan terus mencari kesilapan orang lain.
Tamat hari PRU13, keesokkannya saya kembali ke sekolah. Rata-rata cikgu yang mengundi bangga menceritakan cara mereka menghilangkan dakwat kekal tersebut. Ada yang gunakan petrol, ada yang terus lap dengan tisu sebaik saja dicalitkan, ada yang gunakan axion. Saya cuma mampu mendengar tapi dalam hati terdetik BANGGA SANGAT KAH BILA DAPAT LANGGAR ARAHAN? Bagi yang mengundi pada 5 Mei, kalau rasa dakwat tu menganggu sangat..apa lah salahnya biarkan dakwat tu at least sampai pusat undian ditutup. Kalau rasa nak bersihkan pun, tinggal la sikit kesan di kuku. Lepas tu nak bersihkan guna apa sekali pun tak apa. Nak potong jari telunjuk terus pun, tak salah. Susah sangat ke nak ikut arahan SPR. Sesekali terfikir juga, patut la pelajar sekarang susah nak terima arahan, kalau yang memberi arahan pun bangga bila dapat melanggar arahan. Maaf sekali lagi. Kenyataan ni bukan ditujukan untuk semua guru. Bapa saya pun bekas guru dan beliau tak ada masalah untuk hidup dengan jari telunjuk bewarna biru selama beberapa hari. Malah bangga sebab orang lain tahu beliau dah menunaikan tanggungkawab pada negara. Beliau sendiri akan tengok jari telunjuk anak-menantu (En Amri kena tanya kenapa jari dia tak ada warna. "Saya undi pos Abah") untuk pastikan yang kami dah mengundi.
Kesimpulannya (macam buat rumusan SPM pulak), pada saya objektif penggunaan dakwat kekal oleh SPR berjaya. Yang tak menjayakannya ialah bila wujudnya manusia-manusia yang suka melanggar arahan dan mencari kesalahan orang lain. Saya cuma seorang suri rumah (ada masa bertugas sebagai guru ganti). Peluang saya bekorban untuk negara tak banyak. Jadi bila diminta untuk kekalkan dakwat dijari selama beberapa hari, saya rasa ini peluang saya.
Untuk PRU14, maybe SPR boleh fikirkan cara lain untuk gantikkan dakwat kekal sebab rata-rata masyarakat Malaysia moralnya agak rendah - Bangga bila melanggar arahan. Macam seorang cikgu sekolah saya katakan, maybe SPR kena kapakkan kepala orang yang datang mengundi. Nak sangat tanda kekal, ambik kau..kekal terus tandanya sampai ke akhir hayat (sorry...just joking. Don't take it seriously).
Akhir entry, bagi yang terasa dengan teguran saya..saya minta maaf sangat-sangat. Maybe anda ada reason tersendiri. Ini cuma pandangan yang terlintas dalam fikiran saya.
Wednesday, April 10, 2013
Buffet Lunch @ Impiana Hotel, Ipoh
Salam All
Ada ker lagi readers blog ni? !!! Dah lama sangat tak melawat rumah ni. Since saya tinggal dengan my parents di Perak, saya dah jarang-jarang ke dapur. So tak ada resipi baru yang nak di"share"kan. Thats why saya selalu lepak di "rumah" satu lagi, berkongsi kisah hidup. Sorry ya !!!!
Entry kali ni bukan nak cerita pasal resipi. Last weekend, first time saya bawa my baby Amrsyar having buffet lunch kat hotel. Mula-mula tu risau jugak..kalau-kalau this boy buat hal. Since dia dah merangkak dengan lajunya, Amrsyar tak suka kena dukung or duduk diam. He keeps moving every seconds. Tapi, Alhamdulillah...dia tak banyak kerenah. Cuma kena bergilir-gilir jaga dia. Since En. Amri tak dapat join coz terlibat dalam "Hari Tentera Bersama Rakyat", so terpaksa lah Opah dengan Tok ambik alih tugas melayan kerenah si budak kecik ni. Dapat lah mama Amrsyar makan dengan tenang.
Menu buffet lunch di Impiana Hotel (previously know as Casuarina Hotel) tak banyak sangat. But, bagi family saya, kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel lain yang ada di Ipoh, buffet Impiana Hotel selalu jadi pilihan kami. If boring dengan rasa di Impiana kami akan ke Haritage. Buffet di hotel-hotel lain kami dah cuba..tapi hanya dua tempat ni saja yang tepati tekak kami. Saya tak sempat nak merasa semua (sebab perut kecik), but...masakkan dia not bad lah. Berbaloi dengan harga yang kita bayar. Antara semua menu yang ada tengah hari tu, yang saya paling suka ialah Apple Crumble. Dah lama tak dapat makan dessert puas-puas. I still remember when I was a student in Japan, ada hotel or cafe yang suka buat "Dessert Tabehodai" or "Dessert Buffet". Masa tu suka sangat-sangat sebab boleh makan dessert puas-puas. Pilihan dessert yang disediakan banyak pelbagai. Cuma kena berhati-hati coz ada yang tak halal. Tapi kali ni, walaupun pilihan dessert yang ada tak banyak..tapi cukup lah untuk memuaskan tekak saya. I wonder Ada tak hotel kat Perak yang buat Dessert Buffet ? Teringin nak pergi.
Ok la...dah cukup panjang entry kali ni. Dah sampai masa jari saya berhenti menekan keyboard. Akhir sekali sebagai pengganti gambar menu Buffet Lunch kami di Impiana Hotel..terima lah .....
................................
gambar gelagat tok dan opah melayan kerenah cucu yang aktif.
Amrsyar pun sibuk nak makan |
Cucu Manje !!!!! |
Saturday, March 16, 2013
RVC Again !!!!!
Atas permintaan best friend En Amri..saya mem"baking" RVC sekali lagi. This time RVC saya dah tak jadi CVC (Chocolate Valvet Cake) lagi. Awal-awal lagi saya dah beli red coloring. But warna merahnya tak la menyala sangat sebab saya tak berani letak banyak pewarna.
Still using the old recipe for both cake and cream cheese frosting. The texture, still moist macam valvet. Bagi saya if teksture RVC tak moist macam baldu, then that cake should not be called as Red Valvet Cake. But depends pada orang. Ada setengah yang suka RVC ni jadi macam sponge cake.
My 2nd time RVC |
Tuesday, February 12, 2013
Carrot Cake untuk Bekas Jiran
As-Salam
Bangun pagi, tengok luar...alahai mendungnya cuaca. Tak bersemangat saya nak mulakan hari ini. Semalam saya sempat ke rumah Kak Yati, bekas jiran sebelah rumah. Sekarang ni dia tengah sarat preggy dan menunggu hari nak deliver her 6th baby. Kak Yati ada mintak resipi carrot cake yang pernah saya buat. Luckily a few weeks a ago saya ada buat carrot cake using recipe from All Recipe. Recipe quite simple and the cake turn up very nice.
Teringat masa saya baru lekatkan Ali Amrsyar dulu. Masa tengah sidai baju saya tercium bau kari ayam Kak Yati (masa ni kami masih berjiran lagi). Tiba-tiba terus mengidam. Lepas En Amri balik kerja, I told him. The next day, Kak Yati ketuk pintu hantar kari ayam. Rupanya En Amri pergi cerita pada hubby Kak Yati, Mejar Azam yang saya mengidam kari ayam Kak Yati. Sangat lawak ok. Hubungan saya dengan family Kak Yati sangat rapat. Biasa la...bila hubby masing-masing rarely at home, kami jadi lebih banyak bergantung pada jiran tetangga. Saya selalu lepak rumah Kak Yati bila banggunan kami black out. Sometime bila En Amri kena out station, Kak Yati akan hantarkan lauk sebab dia tau saya tak akan masak that day. Kalau hari hujan dan saya tertidur, nanti Achik (anak ke 4 Kak Yati) akan ketuk pintu suruh angkat baju di ampaian. If hubby kami masing-masing kena out station, saya akan jadi driver bawa anak-anak Kak Yati keluar ke taman. Even masa saya sarat preggykan Amrsyar di Perak, kami masih berhubung. Atas budi bicara Mejar Azam, En Amri dapat balik Perak dan temankan saya sewaktu saya menunggu hari nak bersalin (lebih sebulan. Bukan semua pegawai dapat bercuti lama macam ni). But, since Kak Yati pindah ke quaters Mejar, saya dah kurang jumpa dia. Terasa sunyi duduk sini. Jiran baru saya baik jugak. But, wife nya bekerja. Jadi saya kurang rapat. But rajin jugak kami berbalas pinggan. Ada masa jiran baru saya akan hantarkan mee atau kuew teow goreng. Dan normally saya balaskan dengan kek atau puding. Seronok bila dapat tengok senyuman anak-anak jiran dapat kek. Sangat real dan ikhlas.
Ok back to our carrot cake's story. Atas permintaan Kak Yati, pagi tadi saya mem"baking" CARROT CAKE. Untuk frosting pula, saya gunakan resipi frosting cream cheese Red Valvet Cake. Kek ni tak terlalu lembab atau kering. Tekstur agak fragile sikit. So kena berhati-hati masa memotong. Disebabkan my family is not a fan of carrot, saya kurangkan kuantiti parutan carrot. Bagi saya, kalau nak mem"baking" kek yang ber"frosting", ketebalan kek sangat penting. Untuk resipi kali ni, pan empat segi 7 x 7 inci agak sesuai. Kek jadi tak terlalu tebal. Cukup sekadar saya sapukan satu lapisan nipis cream cheese supaya rasa kek tak muak. Petang tadi, sebelum ke Giant Putatan, saya sempat hantar kek ni pada Kak Yati. Semoga baby dia tak akan meleleh air liur bila keluar nanti.
CARROT CAKE
Resipi Asal : Carrot Cake IIII from All Recipe
Bahan-bahan
2 biji telur
1/2 cawan + 2 sudu besar minyak (saya gantikkan dengan planta)
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil cinnamon powder
1 1/2 cawan parutan carrot (saya kurangkan kepada 5 or 6 sudu besar)
1. Panaskan oven 175 C.
2. Oleh sebab saya gunakan planta, saya pukul planta dan gula sampai kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Masukkan esen vanila.
5. Ayak tepung,baking powder, baking soda, cinnamon powder dan garam.
6. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan planta. Kacau rata guna sudu atau spatula.
7. Masukkan parutan carrot dan kacau rata.
8. Tuang dalam pan 7 x 7 inci dan bakar selama 30 ke 40 minit.
9. Letakkan frosting bila kek dah suam-suam kuku.
Friday, February 1, 2013
Lemony Lemon Cake
As-Salam
A few days ago, my big hero (En Amri la sapa lagi) asked me ... Kenapa dah lama tak ada kek or mupin? Hehehehe ... Jawapannyya mudah saja. Sebab baby Amrsyar dah pandai merangkak. Pantang lepa sikit jer..dia dah merangkak sampai ke hujung tilam. Sikit lagi kepala dia nak hentam lantai. Bahaya betoii !! Since dia dah pandai merangkak dan duduk, tidur siang pun sekejap-sekejap je. Tak sempat nak mem"baking".
But bila dah kena tegur dengan En Amri, pagi tadi berbekalkan semangat yang kental, saya memulakan projek baking saya. Disebabkan En Amri masih masih dan masih terlupa belikan fresh milk, so saya decide untuk baking kek yang sangat-sangat simple, which is Lemon Cake. Asal resipi ni dari Sicilian Orange Cake from blog Periuk Belanga Zarin. Saya dah try banyak kali resipi Sicilian Orange Cake ni. First time buat, saya follow resipi kak Zarin tu betul-betul. Jenuh saya parut kulit oren (masa ni masih berdua lagi). Second time, saya replace oren dengan 2 sudu besar Sunquick (waktu ni Amrsyar dah keluar. Semuanya mau instant). Hasilnya still yummy. Rasa macam makan kek oren kat kedai. Dan ini kali ke-3, saya guna pati lemon (masih intsant. Tak ada masa nak memerah lemon). The taste still yummy, but saya lebih suka yang perasa Sunquick.
Ok la enough membebel. Here is the recipe that you might wanna try :
Lemony Lemon Cake
Resipi Asal : Sicilian Orange Kek by Periuk Belanga Zarin
125 g butter
125 g gula
125 g tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar pati lemon (saya guna jenama Lazy Lemon)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1. Panaskan oven 170 C.
2. Pukul butter dan gula sampai putih. Masukkan telur satu per satu.
3. campurkan tepung, baking powder daan baking soda. Ayak.
4. Masukkan pati lemon ke dalam adunan butter. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan tepung ke dalam adunan butter. Kacau guna senduk/spatula.
6. Sudukan dalam acuan cup cake.
7. Bakar 20 ke 30 minit.
Senangkan??!!! Actually ini antara resipi kek yang paling senang dan simple. Bahan-bahan pun tak banyak. For those yang baru nak mula-mula berjinak dengan dunia baking-mem"baking" ni, boleh la cuba. Kalau tak jadi pun, tak ada la ralat sangat.
Wednesday, January 30, 2013
Hijau Hijau si Kek Pandan
As-Salam All
Sejak dua tiga hari yang lepas, saya tak ada masa nak mem"baking" apa-apa. Amrsyar meragam..tido siang pun kejap-kejap je. But this morning, Amrsyar well behaved. Belum suapkan breakfast dia dah tertidur sambil tengok kartun. So, apa lagi..cepat-cepat saya angkat hand mixer (En Amri belum mampu nak belikan bread maker) dan memulakan projek mem"baking" saya. Sejak semalam lagi saya dah terliur nak dengan Kek Pandan Mentega Kas Kas yang Cik Mat DTS tayang. But, saya tak letak poppy seeds sebab En. Amri tak makan. Saya cuma baking KEK PANDAN kosong saja. Anyway the taste super yummy dan masa tengah bakar dalam oven...sangat harum. This time saya hantar pada Kak Zie (jiran tingkat 1), since cuma kami berdua je yang housewife di blok ni...so saya confirm dia dapat bau kek pandan saya. Tak manis la pulak kalau tak hantar kan?!!!!
Untuk resipi kali ini, saya "half" bahan dari resipi asal dan lakukan sikit changes. Saya gantikan susu dengan santan memandangkan En Amri selalu terlupa beli susu yang saya pesan. Untuk dapatkan warna hijau, saya gunakan daun pandan yang tumbuh subur diawah rumah.
Kek Pandan
Resipi Asal : Kek Pandan Mentega Kas Kas oleh Cik Mat DTS
125g mentega
100g gula
2 biji telur
125g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar santan pekat
5 helai daun pandan (blend bersama air dan tapis)
1. Panaskan oven 160 C.
2. Pukul mentega bersama gula sampai gula hancur.
3. Masukkan telur satu persatu.
4. Ayak tepung bersama baking powder.
5. Campurkan santan pekat dengan air pandan sehingga menjadi 50ml. Kalau air pandan tak cukup, tambah air masak.
6. Masukkan tepung berselang-seli dengan adunan santan bersama air pandan. Kacau guna spatula.
7. Tuangkan adunan dalam baking pan yang sudah dilapik dengan kertas.
8. Bakar selama 30 ke 40 minit. Ikut ragam oven masing-masing.
+++++ Selamat Mencuba +++++
Thursday, January 24, 2013
CVC : Chocolate Valvet Cake - ada ker?!!
Salam Maulidur Rasul
Cuti-cuti ni seronok jugak kalau kita try resipi baru kan. Boring jugak tekak ni if asyik ulang resipi yang sama. Niat dihati nak buat Red Velvet Cake (RVC), tapi bila dah start ber"dancing" kat dapur baru saya sedar.. ALAMAK RED COLORING TAK ADA !!!!!! So instead of RVC, saya terpaksa tukar jadi CVC - Chocolate Velvet Cake. Walaupun saya ada terbaca yang apabila coco powder mix dengan cuka akan hasilkan warna merah, but bila saya satukan semua bahan, adunan still warna coklat. Hurmmmmm...anyway rasa dia still marbeles. Mr. Amri ulang alik makan. Suka bebenor dia CVC saya.
Untuk resipi CVC ni saya tak ikut sangat resipi asal. Ada bahan yang saya terpaksa gantikan dengan bahan-bahan yang ada didapur ni. Since ada baby Amrsyar, kaki agak terikat sikit. Dah tak boleh nak keluar beli grocery sesuka hati. So, here is the recipe :
Red Velvet Cake
Resipi Asal : Red Valvet Cupcakes from AllRecipes
1/4 cawan Butter (saya gantikan dengan planta)
3/4 cawan Gula
1 biji Telur
1/2 cawan Buttermilk (saya gantikan dengan 1/2 sudu besar cuka dan tuangkan susu sampai jadi 1/2 cawan)
1 sudu besar Pewarna Merah (saya tak letak coz tak ada)
1/2 sudu teh Esen Vanila
3/4 sudu teh Baking Soda
1 1/2 sudu teh Cuka
1 cawan Tepung
2 1/2 sudu besar Serbuk Koko
1//2 sudu teh Garam
1. Panaskan oven 175 C.
2. Pukul butter dan gula sampai kembang.
3. Masukkan telur, buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
4. Masukkan aking soda dan cuka.
5. Campurkan tepung, serbuk koko dan garam.Masukkan dalam adunan. Gaul sekadar sebati.
6. Masukkan dalam cup dan bakar selama 20 ke 25 minit.
Cream Cheese Frosting
Resipi Asal : Cream Cheese Frosting by Janni
1/4 pek Cream Cheese
1 sudu besar Butter (saya guna Buttercup)
1/4 cawan Gula Aising
sedikit esen vanila
1. Krimkan cream cheese dan butter.
2. Masukkan esen vanila.
3. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil dipukul.
4. Simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila nak paipkan atas kek.
Monday, January 21, 2013
Whats for Breakfast : Apple Muffins
Setelah sekian lama tak mengupdate blog, here I come with my latest experiment ---- > Apple Muffins. Kenapa mupin lagi ? !!!! Actually sejak ada baby Amrsyar, saya dah jadi pemalas bangun pagi dan sekali gus malas nak prepare breakfast untuk En. Amri. Since En. Amri jenis yang tak suka heavy breakfast, jadi saya akan baking muffin or cake as his breakfast a nite before. So, esoknya saya dapat tidur nyenyak tanpa mengabaikan tanggungjawab saya as a wife. Senang kan?!!!!
Resipi Apple Muffin ni saya try dua kali. First saya separuhkan adunan dan letak crumble kat atas muffin. But, crumble nya tak berapa nak jadi. Instead of crunchy, crumble tu jadi chewy. So, second time I escaped the crumble..cuma buat muffin botak saja. But the taste dah cukup sedap bagi saya dan En Amri. Tak sempat nak snap pic, dah habis kami makan dan hantar ke rumah jiran.
Ok cut it short, here are some tips that might be usefull if you want to try this recipe :
- disebabkan saya guna red apple yang dah masak, saya kurangkan kuantiti gula sedikit.
- gaulkan apple dengan tepung yang dah diayak, sebelum masuk ke dalam adunan cair.
- kurangkan sikit kuantiti tepung. Bila adunan dah cukup pekat, saya stop campurkan tepung.
Apple Muffins
Resipi Asal : Apple Strudel Muffins by NMarie
2 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan butter
1 cawan gula putih
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan apple yang dikupas dan didadu
1. Campur dan ayak tepung, baking soda, baking powder dan garam.
2. Pukul butter, gula sampai rata. Masukkan telur satu per satu. Masukkan esen vanilla.
3. Gaulkan apple ke dalam adunan tepung. Masukkan adunan tepung bersama apple ke dalam adunan butter.
4. Sudukan dalam muffins cup.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 190 C selama 20 minit.
For me, saya suka tekstur muffins yang agak lembap dan rasa apple yang manis. Its a perfect breakfast to start your day. So apa lagi..mari kita meng"klung" "klang"kan dapur dan start me"mapin" untuk breakfast esok.
Subscribe to:
Posts (Atom)