Thursday, January 24, 2013

CVC : Chocolate Valvet Cake - ada ker?!!

Salam Maulidur Rasul

Cuti-cuti ni seronok jugak kalau kita try resipi baru kan. Boring jugak tekak ni if asyik ulang resipi yang sama. Niat dihati nak buat Red Velvet Cake (RVC), tapi bila dah start ber"dancing" kat dapur baru saya sedar.. ALAMAK RED COLORING TAK ADA !!!!!! So instead of RVC, saya terpaksa tukar jadi CVC - Chocolate Velvet Cake. Walaupun saya ada terbaca yang apabila coco powder mix dengan cuka akan hasilkan warna merah, but bila saya satukan semua bahan, adunan still warna coklat. Hurmmmmm...anyway rasa dia still marbeles. Mr. Amri ulang alik makan. Suka bebenor dia CVC saya.

Untuk resipi CVC  ni saya tak ikut sangat resipi asal. Ada bahan yang saya terpaksa gantikan dengan bahan-bahan yang ada didapur ni. Since ada baby Amrsyar, kaki agak terikat sikit. Dah tak boleh nak keluar beli grocery sesuka hati. So, here is the recipe :

Red Velvet Cake




1/4 cawan Butter (saya gantikan dengan planta)
3/4 cawan Gula
1 biji Telur
1/2 cawan Buttermilk (saya gantikan dengan 1/2 sudu besar cuka dan tuangkan susu sampai jadi 1/2 cawan)
 1 sudu besar Pewarna Merah (saya tak letak coz tak ada)
1/2 sudu teh Esen Vanila
3/4 sudu teh Baking Soda
1 1/2 sudu teh Cuka
1 cawan Tepung
2 1/2 sudu besar Serbuk Koko
1//2 sudu teh Garam

1. Panaskan oven 175 C.
2. Pukul butter dan gula sampai kembang.
3. Masukkan telur, buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
4. Masukkan aking soda dan cuka.
5. Campurkan tepung, serbuk koko dan garam.Masukkan dalam adunan. Gaul sekadar sebati.
6. Masukkan dalam cup dan bakar selama 20 ke 25 minit.

Cream Cheese Frosting

1/4 pek Cream Cheese
1 sudu besar Butter (saya guna Buttercup)
1/4 cawan Gula Aising
sedikit esen vanila

1. Krimkan cream cheese dan butter.
2. Masukkan esen vanila. 
3. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil dipukul.
4. Simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila nak paipkan atas kek. 

8 comments:

  1. Salam maulidur rasul putri..sedapnya kek ni..siap resipi lagi..nanti leh ler cuba buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la buat intan..saya ni degil sikit x suka follow resipi sangat

      Delete
  2. urm..sedapnyer...betoi ka sedaaapp?!!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo masak dgn kasih sayang, lupa garam dan gula pun jd sedap encik yie

      Delete
  3. ..My favourite ni..nak order la nanti kalau saya balik KK..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..akak x pandai uat lagi la
      ini pun eksperimen x jadi

      Delete