Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Food Craving 3 : Puding Prune

Dah lama tak pos entry makanan. Sejak dah masuk 8 bulan +++, rasa malas sangat nak masuk dapur. Adik kat dalam perut dah makin besar..ruang nak bermain pun makin sempit. Sekali Adik gerak, rasa nak termuntah pun ada. Tambah pulak bila si Abang Ali menyerang perut...huhuhuhu !!! Ada masa nak menangis rasanya bila dua-dua anak serang perut mama. Si Abang serang dari luar, while si Adik serang dari dalam. Adik belum keluar lagi, tapi si Abang dah ajak main. Tak apa lah..asalkan anak-anak mama happy dan aktif, sakit sikit pun mama bleh tahan.

Ok enough about my pregnancy. Entry kali ni nak cerita pasal PUDING PRUNE yang saya buat last week. Disebabkan cuaca sekarang makin panas, saya pun buat la puding prune ni untuk Ali. Tapi budak ni..sesuap pun dia tak nak makan. Penat saya kejar dia satu rumah nak suapkan dia. Lagi seronok dia lari..kemudian tutup mulut dengan tangan. Akhirnya saya terpaksa akur...agaknya budak ni memang tak nak puding prune. At the end, terpaksa la saya yang habiskan.

Bagi saya, rasa puding ni lemak-lemak masam. Sesuai sangat dengan selera saya yang suka benda masam. Tapi puding saya tak berapa menjadi (agaknya sebab ni la si budak kecik tu reject). Adunan agar-agar dan susu macam tak sebati. Memang puding prune macam ni ke atau ada silap saya? However, rasa puding ni masih mabeles.

PUDING PRUNE
Resipi Asal : Puding Prune dari Corat Coret Dapur Gee-Hut


Puding Prune yang tak berapa menjadi
Bahan - bahan

1 liter air
10 g agar-agar sebuk
250 g gula

Bahan A
2 biji telur
1 tin susu cair
20 biji prune (separuh dikisar dan separuh lagi dicincang halus)
esen vanilla


1. Masak agar-agar bersama air dan gula.
2. Satukan bahan-bahan A kecuali buah prune yang dicincang. Blend kan.
3. Masukkan adunan A bersama prune yang dicincang ke dalam campuran agar-agar. 
4. Masak sekejap.
5.. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan diluar sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

--- SELAMAT MENCUBA ---

Wednesday, September 4, 2013

Puding Coklat Untuk Ali

Dua hari lepas saya buat puding coklat untuk Amrsyar. Sejak dia dapat kaki, payah sungguh nak suap dia makan. Bila dia nampak saya datang dengan mangkuk nasi, dia akan lari. Tak terkejar saya dibuatnya. Macam-macam kerenah dia buat. Ada masa rasa macam nak marah, tapi sebab tak nak spoil kan masa makan dia, saya cuba tahan. 

Ok back to our pudding, sepatutnya puding ni dimakan bersama sos kastard. Tapi disebabkan sos kastard yang saya buat untuk puding roti dah habis, jadi saya bagi dia makan macam tu saja. Alhamdulillah..dia nak jugak makan. Itu pun cuma separuh dari bekas. Yang bakinya terpaksa la mamanya habiskan. Puding ni sedap..tak menyesal cuba. Cuma saya nasihatkan jangan pakai coco powder yang murah. Saya guna coco powder brand Van Houtten. Tak silap saya, saya pernah cuba resipi ni dengan menggunakan coco powder brand Tesco/Giant. Hasilnya agak kureeeng sikit. 

PUDING COKLAT

Bahan-bahan

10g serbuk agar-agar
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3 sudu besar susu pekat
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar serbuk koko (bancuh dengan air panas)
2 sudu besar tepung kastard (bancuh bersama 2 sudu besar air)
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla (saya tak masukkan)

1. Masak air bersama gula dan agar-agar.
2. Satukan susu segar, susu cair dan susu pekat dalam satu bekas. Masukkan dalam larutan agar-agar. Kacau sebati dengan api yang perlahan.
3. Masukkan serbuk koko dan esen vanilla. Kacau sebati. 
4. Masukkan tepung kastard dan mentega. Kacau sampai larut.
5. Tutup api. Tuang dalam bekas puding. Sejukkan di luar sebelum dimasukkan dalam peti ais.

Bagi yang nak makan bersama sos kastard, anda boleh rujuk resipi asal. Bagi saya dan Amrsyar puding ni saja dah cukup sedap especially makan waktu cuaca tengah panas. Nyaman je rasanya bila si puding lalu di tekak. 

Friday, August 23, 2013

Food Craving 2 : Puding Roti Bersama Kuah Kastard

Ini kes mengidam lagi. Agaknya tekak saya dah boring dengan menu raya, tiba-tiba je tekak ni teringin nak makan PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD. Bila dah dikatakan mengidam tu, means tak boleh nak tangguh-tangguh lagi dah. Sebaik saja Ali Amrsyar tido, saya terus masuk dapur. After almost 1 jam ber"pong pang" di dapur, ini lah hasilnya :

Puding Roti Bersama Kuah Kastard
Sorry lah gambar puding roti ni agak kurang menyelerakan sikit sebab saya snap sebaik saja habis bakar. Masa ni tekstur puding agak lembik lagi. Esoknya waktu nak makan untuk kali yang ke-2, tekstur dan rasa dia lagi sedap. My toddler siap boleh habiskan sepotong lagi. Apa yang saya suka sangat pasal puding ni, bila makan part yang over baked sikit. Rasa crunchy + sos kastard yang agak pekat = heaven. 

Puding Roti Bersama Sos Kastard

Bahan-bahan

Untuk Puding
7-8 keping roti 

* 500 ml susu segar 

* 4 sudu besar gula halus
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis

Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Untuk Puding Roti
1. Satukan bahan-bahan bertanda *. Kacau rata. 
2. Koyakkan roti dan rendam dalam campuran bahan bertanda *. Rendam seketika sampai roti menyerap campuran tadi.
3. Masukkan separuh kismis dan butter yang dicairkan. Gaul rata.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan baki kismis. Tekan sedikit kismis dengan menggunakkan sudu.
5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit (saya bakar selama 40 minit. Ikut oven masing-masing).

Untuk Sos Kastard
1. Satukan susu cair, air dan gula. Panaskan atas api yang perlahan.
2. Masukkan tepung kastard, Terus kacau sampai sos menjadi pekat.

Friday, August 12, 2011

Puding Custard Cocktail Berkuah

Ms Putri datang lagi dengan resipi yang dicilok dari internet. Actually aku dah lama buat puding ni..dah habis masuk perut dan dah selamat diprocess menjadi urea dalam loji pembentungan. Ok straight to the point.. Awal Ramadhan hari tu tekak aku ni teramat la teringin nak makan puding custard. Cari punya cari resipi (susah giler nak cari resipi ni), akhirnya jumpa jugak. Mula-mula ingat nak buat puding jer, tapi disebabkan En. Amri suka makan puding yang berkuah..so terpaksa la merajinkan diri sikit. 

Untuk buat puding ni, lenguh jugak tangan aku mengacau adunan custard dan susu sampai pekat sebab puding ni tak guna serbuk agar-agar. Bila dah kacau lama-lama, adunan puding ni akan pekat sendiri. Untuk kuah puding pun sama, kena kacau sampai pekat sikit. Nasib tak tercabut tangan aku ni. Kalau tak tiap-tiap hari En. Amri kena berbuka dengan lauk bazaar Ramadhan (alasan malas nak masak).

And here is the recipe :

PUDING CUSTARD COCKTAIL BERKUAH

Can you spot the pudding?
Bahan-bahan :
Puding :
1 cawan Tepung Custard
1 cawan Susu Cair
3 cawan Air
8 sudu besar Gula
1 sudu besar Butter/Majerin
1 sudu kecil Esen Vanilla

Kuah : 
600 ml Susu Cair
200 ml Air
1/2 cawan gula (lebihkan kalau suka manis)
3 sudu besar Tepung Custard + sedikit Air
1 tin kecil Fruit Cocktail

Untuk Puding
1. Dalam 1 periuk, campurkan semua bahan-bahan untuk puding kecuali tepung custard. 
2. Masukkan tepung custard sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tepung custard larut dan tidak berketul.
3. Kacau berterusan diatas api yang kecil sampai likat (selamat melenguhkan tangan anda)
4. Bila dah likat, masukkan adunan dalam acuan. Tunggu sampai suam then baru sejukkan dalam refrigerator.

Untuk Kuah
1. Satukan semua bahan-bahan kuah dalam periuk kecuali fruit cocktail.
2. Kacau sampai berwap.
3. Masukkan tepung custard.
4. Kacau sampai pekat sedikit (selamat melenguhkan tangan anda lagi ye). Biar suam dan simpan dalam refrigerator.


P/s : Masukkan puding kemudian curahkan kuah diatas puding. Hiaskan dengan fruit cocktail semasa nak hidang.
!!!!!!! Selamat Mencuba !!!!!!!