Friday, October 7, 2011

Olive Oil Lemon Cake

Salam
Malas nak tulis panjang-panjang. Just nak berkongsi recipe Lemon Cake sempat aku bake Rabu lepas. This is one of my favorite recipe even though the method quite complicated. Recipe asal aku dapat dari my senior masa study di Okayama dulu. Cupcake ni aku dah buat berkali-kali (coz I'am lemon cake lover), and Alhamdulillah semua menjadi. Rasa cake ni very lemony dan sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet (special to you En. Amri) since cake ni guna olive oil. Bagi yang suka lemon cake macam aku, boleh la mencuba.

Olive Oil Lemon Cake
Resipi asal : Zakiah's Fotopages

Lemon Cakes
Bahan-Bahan:

240 g tepung gandum
280 g gula
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
3 biji telur (asingkan kuning dan putih)
120 ml susu
120 ml extra virgin olive oil (minyak zaitun)
3 sudu besar jus lemon (boleh kurangkan kalau tak suka rasa lemon sangat)
2 susu besar parutan kulit lemon 

1. Krimkan kuning telur,gula,olive oil, lemon jus dan kulit lemon.
2. Masukkan susu.
3. Ayakkan tepung, baking soda dan baking powder. Masukkan dalam adunan dan kacau sebati.
4. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sampai bertanduk. Masukkan dalam adunan kek sedikit demi sedikit. Kacau guna senduk.
5. Bakar 180 C selama 15 minit (depends pada oven anda).

SELAMAT MENCUBA

Saturday, October 1, 2011

German Cookies Again !!!

... Salam ...
Entry kali ni tak nak tulis panjang berjela
Cuma nak kongsi "German Cookies" yang aku berjaya buat kali yang ke-2
Akhirnya German Cookies aku menjadi jugak macam cookies orang lain
Tapi kaki cookies aku still warna brown coz I like my cookies to be more crunchy
... Yaaaaaaaaaaaaaahooooooooooooo ...

Proud to preseny my German Cookies
Untuk recipe German Cookies sila rujuk di entry yang ini ----> German Cookies

Matematik, English, PSV

Owhhhhhh I'm freaking tired this week!!!! Penat melayan budak-budak umur 7 dan 8 tahun. But..I'm really enjoy it. Sekurang-kurangnya merasa jugak aku melayan kerenah budak-budak (walaupun ada yang over active). Nak tunggu melayan kerenah anak sendiri..hurmmmmmmm entah bila masa tu akan tiba. Tak apa la..I'm pretty sure He know what best for me and En. Amri.

Start from last week aku dah dapat jadual waktu mengajar yang tetap. Aku ajar Math tahun 1, English tahun 2 anddddddddddddddddddddddd PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL (PSV) tahun 1, 2 dan 3 (Since when they call this subject PSV?!!!!!!). AKU KENA AJAR PENDIDIKAN SENI?!!!!! Orang yang tangannya tak ada seni langsung kena ajar Pendidikan seni?!!!! Seingat aku, subject ini la yang paling aku benci masa sekolah dulu. Tapi sekarang ni, aku pulak kena jadi cikgu seni (kepada adik-adik blogger: SILA JANGAN MEMBENCI SEBARANG MATAPELAJARAN YE). Untuk minggu pertama ni, aku berjaya jugak mengajar kelas-kelas PSV. Actually untuk aku kelas PSV ni adalah salah satu cara untuk cikgu mengenal dan membina hubungan yang lebih baik dengan murid-murid sebab kelas PSV lebih relaks dan tak terlalu tertekan.

Hasil Seni Cikgu Putri
Kelas Math and English agak berat sikit untuk aku. Payah jugak nak mengajar murid-murid Tahun 1 Matematik. Lain yang aku suruh buat, lain yang murid-murid aku buat. Aku ingat lagi, masa hari pertama aku masuk kelas Math, aku suruh murid-murid introduce themselves. Masa tu seorang murid aku, buka tupperware dan makan mee goreng dalam kelas. Aduhaiiii nak marah pun ada. Tak apalah, agaknya murid aku tu tak mampu nak menahan godaan bau mee goreng mak dia masak (honestly aku pun jadi lapar jugak masa tu). Ada yang nak menambah 1 digit dan 1 digit pun tak boleh lagi. Kesian jugak. Tapi aku cuma dapat tolong semampu yang aku dapat sebab aku kena ajar 26 murid yang lain jugak. Aku harap mak bapak budak-budak ni dapat mengajar anak sendiri dekat rumah. Kalau nak harap cikgu mengajar kat sekolah, memang tak mampu. And budak-budak zaman sekarang ni suka MENIRU. Aku suruh buat latihan dalam buku kerja, almost all murid-murid aku meniru. At the end, aku bagi setiap murid soalan yang berbeza. Tergaru-garu kepala nak menjawab (padan muka). Hasilnya baru la aku tahu mana murid aku yang masih terkapai-kapai nak selesaikan penambahan dan penolakkan dalam bentuk lazim.

English darjah 2 pun sama...peel murid-murid amat la memeningkan kepala aku especially comprehension. Kalau suruh baca "story" tu, bebudak ni amat la malas nak membaca. Tapi bila aku bacakan dan translate in Malay, bebudak pulak main dan bersembang macam nak pecah kelas. So, terpaksa lah aku berleter macam mak nenek dan menjerit macam tarzan dalam kelas. Baru la...bebudak ni nak pay attention dekat aku. Huhhhh..hasilnya...bila tiba waktu balik sekolah, suara aku pun dah hilang. Sampai rumah, aku jadi macam beruang kutub (luckily En. Amri ada di penempatan operasi). Penat dehhhh jadi cikgu tahap 1 ni sebenarnya. But still it won't change my mind to become a teacher.

Owh..after bekerja ni, aku ada 1 lagi masalah besar...which is BAKAT. Actually kalau ikut hati, aku malas sangat nak aktif BAKAT. After insiden yang jadi antara aku dan Pengerusi BAKAT unit En. Amri time farewell event Datin Jawahir July yang lepas, aku jadi negative pulak dengan BAKAT (aku rasa tak perlu aku cerita insiden apa..but senang cerita aku di"kambing hitam"kan walaupun kulit aku sawo matang). But, En. Amri ada minta pada aku untuk turun BAKAT. Aku buat dengar tak dengar saja. Entah la...kalau terbuka hati aku untuk turun nanti, aku turun laaaa.... 

Ok lah...aku nak start buat frame gambar dari kotak untuk PSV tahun 3.

Tuesday, September 20, 2011

Cikgu Putri !!!!!!

"Cikgu, ayam ni nak warna apa?"
"Cikgu, nak pergi tandas!"
"Teacher, may I go toilet?"
"Cikgu, soalan ni nak buat macam mana?"

Sejak semalam hidup aku diceriakan dengan soalan-soalan di atas oleh mulut-mulut comel. Pening kepala jugak melayan penanya-penanya soalan. Sometime I just make my own answer. Hentam saja apa yang patut.


Actually since semalam, aku start kerja sebagai GURU GANTI di SK Kem Lok Kawi (sekolah dalam kem ni jerrrrr). After 3 days aku memerah otak memikior nak jadi engineer atau nak jadi cikgu..at last aku decided untuk jadi cikgu. Walaupun guru ganti ni cuma sampai bulan November, tapi aku rasa ini lah yang terbaik untuk aku. InsyaAllah pilihan ni dapat membantu untuk mencapai impian aku nak jadi seorang pendidik. Maybe betul, aku pernah buat silap dulu bila aku pilih untuk ambil course engineering tapi aku sentiasa berdoa agar diberi peluang ke-2...dan aku anggap ini satu permulaan.

Aku kena ajar darjah 1, 2 dan 3. Hari pertama masuk kelas...aku dah sakit tekak sebab menjerit banyak sangat. Kids nowdays bukan senang nak control. Masa cikgu tengah mengajar pun boleh berjalan sana sini. Bila suruh duduk, duduk la sekejap...1 minit lepas tu mula berjalan balik. Berbeza dengan masa aku sekolah rendah dulu. Kalau cikgu tengah mengajar, semua murid meniskus (perkataan sastera la pulak) kat tempat masing-masing (pay attention ker tidak pada cikgu..lain kira). Tak berani nak bersuara pun. Itu belum kes murid yang menangis dalam kelas lagi. Yang peliknya, murid yang menangis tu bukan murid perempuan..tapi murid lelaki. Aduhaiiiiiiii....manja sungguh anak lelaki zaman sekarang. Murid perempuan pulak kuat bersembang..pot pet pot pet. Pantang aku terlepas pandang sikit..start la buat port. Bila suruh baca atau jawap, senyum-senyum (nasib comel-comel..sejuk jugak hati aku yang tengah panas). 

Tapi dalam pening kepala melayan "peel" murid-murid, semuanya terubat bila aku dengar "Cikgu, cikgu...".  Suara-suara comel tu terngiang-ngiang sampai ke rumah. Mungkin sebab itu la Abah enjoy be a teacher. Ada kenikmatan yang tersembunyi walaupun beban dan tekanan jadi cikgu tu amat besar. 

Ok la..need to sleep now. Since start mengajar ni, badan aku cepat sangat penat. Balik kerja around pukul 1 tengahari, aku terus cari bantal. Entah lah..maybe penat melayan kerenah muri-murid yang pelbagai. Apapun aku enjoy with my life now as "CIKGU PUTRI". Untuk para guru ingat la "Sesungguhnya anda teramat bertuah kerana menjadi insan yang terpilih untuk menjadi cikgu. Disamping berpeluang dapat pahala free yang berterusan, anda juga dapat banyak faedah dari kerajaan. Jadi hargai lah kerjaya anda. Kalau tak mau jadi cikgu..serah la pada kami-kami yang mengharap sangat untuk dipanggil CIKGU".

TATA

Friday, September 16, 2011

My New Life

Lamanya tak update blog ni. Since 29 Sept, aku dan En. Amri balik beraya for 2 weeks. Beraya sakan kami tahun ni. Tapi penat jugak la sebab asyik ulang alik between Kampar dan Lumut. Nasib kami sama-sama orang Perak. Maunya sorang Johor sorang lagi Perlis.... menangis poket kami nak ulang alik Then on 9hb kami selamat balik ke Sabah. Masa on da way nak ke transit di MINDEF, staff dari Vast Meridian call aku untuk interview on Monday.
So on Monday, aku pun pergi untuk interview di Vast Meridian tanpa mengharap apa-apa pun. I was extremely shocked when they offered me the job on the spot. Actually aku dah tak berminat nak jadi engineer. Bagi aku impian untuk jadi engineer dah aku tanam dalam-dalam selepas 2 bulan aku datang ke Sabah. Di sini degree engineering tak berapa laku. They more demanding for HR or Business or Retail degree. But, maybe dah takdir aku untuk jadi engineer. Tak kira berapa dalam aku tanam impian tu dan tak kira berapa pantas aku berlari, aku masih tak boleh lari dari jadi engineer. After berfikir selama berhari-hari, akhirnya aku terpaksa terima kenyataan yang aku kena jadi engineer. Kalau bukan kami (students engineering) yang jadi engineer, sapa lagi nak buat kerja engineering dan develop Malaysia (patrioritik la pulak). Tak apa lah...ini saja cara yang aku boleh balas jasa orang Malaysia yang support aku belajar 5 tahun dulu. 
So, selepas almost 10 bulan menganggur (orang Sabah kata mengangkang), I was hired by Vast Meridian on last Tuesday. Project yang bakal aku handle is "installing fibre optic in whole Sabah". Untuk tahun ni, kami nak cover bandar KK, then akan di teruskan ke Tawau. Kerja ni agak pening dan memenatkan sebab kena deal dengan banyak pihak for their permission untuk kami intsall cable in their property and kena travelling untuk tengok kawasan. Baru 2 hari kerja, aku dah kena turun site. Rasa nak tercabut kepala lutut aku berjalan dari Api-Api Centre till ke Gaya Street (sila search di google map). Tapi tak apa la..baru terasa halal duit gaji yang bakal aku terima. 
Owh lupa nak cerita about keadaan di rumah. Since aku dah  start kerja dan tak ada banyak masa untuk buat house keeping, En. Amri banyak tolong aku. Tak sangka ringan jugak tangan pak cik. Setakat basuh baju, sidai baju, angkat baju dan wash dish tu boleh la aku harapkan dia. Lunch kami tadi pun was prepared by him. Sedap ke tak sedap aku sental saja .Apa yang mama cakap memang betul..lelaki ni bila bini dah kerja automatically akan pandai berdikari. Aku harap keadaan ni akan berterusan. 
Ok la need to go. Aku dah janji nak masak kuew tiaw goreng dekat En. Amri malam ni. Kalau esok ada masa aku update blog ni lagi. 

Saturday, August 27, 2011

Roti Jala dan Kari Ayam

Semalam aku masak KARI AYAM untuk berbuka sebab nak habiskan ayam dalam peti sejuk. Kalau boleh nak kosongkan peti sejuk sebab rumah kami kerap black out (maklum lah kuaters lama..entah bila kerajaan nak bagi peruntukkan untuk repair atau buat kuaters baru). Masa belajar di Jepun dulu, kami (student Malaysia di Okayama) pernah jual Roti Jala di satu food exhibition. Untung sangat-sangat. Modal tak ada lah besar sangat tapi kami jual 3 keping roti jala + kari ayam = 300 yen = RM 9. Hahahaha..untungkan. Jual murah sangat nanti orang Jepun tak mau beli pulak. Tapi bagi orang Jepun 300 yen tu kecik saja nilainya.
Ok back to main story, disebabkan belakang aku sakit (akibat shopping  1/2 hari dengan Kak Yati), so aku just buatkan adunan Roti Jala saja. Selebihnya En. Amri yang tolong men"jala"kan. Hasilnya...boleh la..ada yang jadi macam roti jala tapi ada jugak yang jadi macam lempeng kuning. Tak apa lah..sekurang-kurangnya ringan jugak tangan pak cik ni turun dapur. Alhamdulillah...

Ok ini hasil kerja kami suami isteri :

ROTI JALA DAN KARI AYAM

Hasil tangan En. Amri menjala dimalam hari

Roti Jala

1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan air (kurang/tambah ikut kepekatan adunan)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam dan gula

1. Masukkan semua bahan dalam blender, dan blend sampai bercampur. 
2. Panaskan kuali, tuangkan minyak sedikit. Masukkan adunan dalam acuan roti jala dan boleh la mula men"jala".
3. Tunggu roti jala garing sikit. Lipat roti ikut suka hati anda.

Kari Ayam

5 potong isi ayam
4 biji bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
4 sudu besar serbuk kari ayam (boleh kurangkan)
garam dan gula
1 tangkai daun kari
kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga (buang biji)

1. Tumis bahan yang ditumbuk bersama daun kari, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Masukkan pes kari dan masak sampai garing.
3. Masukkan sedikit air. Biar mendidih kemudian masukkan ayam.
4. Masukkan sedikit lagi air. 
5. Perasakan dengan garam dan gula

Note : Kalau nak lemak boleh masukkan santan (En. Amri on diet so kami tak berapa guna santan dalam masakkan kami). Boleh juga masukkan ubi kentang kalau ada. Sukatan diatas cukup-cukup untuk 1 orang gemok dan 1 orang kurus makan.

!!!! SELAMAT MENJALA !!!!

Kari Udang

I'm counting the day now!!!!!!!!!!! Cuma tinggal 3 hari saja lagi untuk kami BALIK KAMPUNG OOOOO BALIK KAMPUNG. Tak sabar nak balik Perak, sampaikan aku dah lupa bila last time aku beli barang basah. Rasanya 2 minggu yang lepas kot (hehehehe..biasala "M" syndrome). So dalam peti sejuk cuma tinggal 2 potong ayam dan 6 ekor udang. ALAMAK!!!! Nak masak apa untuk berbuka nanti?!!!!! Huhuhuhu..Sebab lauk yang tinggal pun tak banyak so terpaksa la aku meng"kari"kan saja 6 ekor udang tu. Kalau buat sambal tumis (favorite En. Amri) nanti alamatnya lekat celah gigi je laaa. 
This was my 1st attempt masak KARI UDANG. Akhirnya merasa jugak makan kari udang air tangan sendiri. Kalau time kerja dulu, bila teringin nak makan kari udang, aku just pecut ke kedai mamak yang berderet belakang rumah sewa aku. Dah duduk Sabah ni, terpaksa la masak sendiri sebab rasa masakan orang Sabah memang berlainan sikit dengan selera kita. 

So here is the recipe yang telah dicuba dan diubah suai sedikit mengikut barang yang ada dalam dapur aku :

KARI UDANG

Resipi Asal : Kari Udang oleh tulip77

Sorry gambar kurang jelas sebab snap time nak berbuka
Bahan-bahan:

1 batang serai (titik)
6 ekor udang harimau (buang kepala dan bersihkan)
3 sudu besar pes kari ikan/udang
5 sudu besar pati santan
1 tangkai daun kari
3 biji cili padi (tumbuk)
1 cm kunyit hidup (tumbuk)
3 biji bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 biji tomato

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk dan daun kari.
2. Masukkan pes kari dan masak sampai berbau.
3. Masukkan sedikit air diikuti santan. Biar mendidih.
4. Masukkan udang diikuti garam. Kalau kuah pekat sangat, sila tambahkan air.
5. Masukkan tomato dan biar mendidih selama beberapa minit.

Walaupun resipi aku tak ikut resipi asal (sebab kekurangan barang didapur), tapi hasilnya tak mengecewakan perut En. Amri. Laju jer dia makan time berbuka. Cuma aku kesian sebab udang yang ada cuma 6 ekor saja. Kalau udang lagi banyak mesti dia puas makan.

!!!! TATA !!!!