Lamanya tak update blog ni. Since 29 Sept, aku dan En. Amri balik beraya for 2 weeks. Beraya sakan kami tahun ni. Tapi penat jugak la sebab asyik ulang alik between Kampar dan Lumut. Nasib kami sama-sama orang Perak. Maunya sorang Johor sorang lagi Perlis.... menangis poket kami nak ulang alik Then on 9hb kami selamat balik ke Sabah. Masa on da way nak ke transit di MINDEF, staff dari Vast Meridian call aku untuk interview on Monday.
So on Monday, aku pun pergi untuk interview di Vast Meridian tanpa mengharap apa-apa pun. I was extremely shocked when they offered me the job on the spot. Actually aku dah tak berminat nak jadi engineer. Bagi aku impian untuk jadi engineer dah aku tanam dalam-dalam selepas 2 bulan aku datang ke Sabah. Di sini degree engineering tak berapa laku. They more demanding for HR or Business or Retail degree. But, maybe dah takdir aku untuk jadi engineer. Tak kira berapa dalam aku tanam impian tu dan tak kira berapa pantas aku berlari, aku masih tak boleh lari dari jadi engineer. After berfikir selama berhari-hari, akhirnya aku terpaksa terima kenyataan yang aku kena jadi engineer. Kalau bukan kami (students engineering) yang jadi engineer, sapa lagi nak buat kerja engineering dan develop Malaysia (patrioritik la pulak). Tak apa lah...ini saja cara yang aku boleh balas jasa orang Malaysia yang support aku belajar 5 tahun dulu.
So, selepas almost 10 bulan menganggur (orang Sabah kata mengangkang), I was hired by Vast Meridian on last Tuesday. Project yang bakal aku handle is "installing fibre optic in whole Sabah". Untuk tahun ni, kami nak cover bandar KK, then akan di teruskan ke Tawau. Kerja ni agak pening dan memenatkan sebab kena deal dengan banyak pihak for their permission untuk kami intsall cable in their property and kena travelling untuk tengok kawasan. Baru 2 hari kerja, aku dah kena turun site. Rasa nak tercabut kepala lutut aku berjalan dari Api-Api Centre till ke Gaya Street (sila search di google map). Tapi tak apa la..baru terasa halal duit gaji yang bakal aku terima.
Owh lupa nak cerita about keadaan di rumah. Since aku dah start kerja dan tak ada banyak masa untuk buat house keeping, En. Amri banyak tolong aku. Tak sangka ringan jugak tangan pak cik. Setakat basuh baju, sidai baju, angkat baju dan wash dish tu boleh la aku harapkan dia. Lunch kami tadi pun was prepared by him. Sedap ke tak sedap aku sental saja .Apa yang mama cakap memang betul..lelaki ni bila bini dah kerja automatically akan pandai berdikari. Aku harap keadaan ni akan berterusan.
Ok la need to go. Aku dah janji nak masak kuew tiaw goreng dekat En. Amri malam ni. Kalau esok ada masa aku update blog ni lagi.
No comments:
Post a Comment