Saturday, May 24, 2014

Panduan Nak Daftar Kelahiran Baby

Lama dah tak meng"update" blog ni. Asyik dok update kat rumah satu lagi. Entry kali ni nak bagi tips pasal nak daftar kelahiran anak since ramai orang merungut kena datang 2 or 3 kali ke JPN sebab dokumen tak lengkap. Nampak sangat anda tak pernah baca borang pendaftaran kelahiran yang nurse bagi tu kan. Tau-tau isi nama anak..isi maklumat mak bapa kemudian terus ke JPN nak daftar anak. Banyak cantik...anda ingat petugas kaunter JPN tu duduk sebelah rumah anda ke nak tau bila anda nikah, anak no berapa, check perut kat mana. Tension wehh petugas kaunter bila mintak dokumen itu ini...tapi tak ada. So, meh sini saya nak bagitau dokumen apa yang perlu anda bawa sewaktu nak daftar baby :

1. Borang pendaftaran kelahiran anak (borang warna putih + hijau) dan Pengesahan kelahiran. Dua benda ni biasanya pihak hospital yang bagi time si Ibu nak keluar hospital. 

2. Buku check up perut si ibu. Kalau g check up klinik kerajaan bukunya warna pink. Kalau check up swasta biasanya dalam bentuk appointment kad. Kat bawah ni ada contoh rupa buku pink dan appointment kad hospital swasta. 

Buku rekod check perut ibu bagi hospital kerajaan @ buku pink

Contoh rekod temujanji check perut ibu bagi hospital swasta
3. Sijil nikah. Yaaaaaaaaaaaaaaa...yang ini selalu orang tak bawa. Kerap jugak urusan pendaftaran tergendala sebab sijil nikah tinggal kat rumah sedangkan si ibu berpantang kat kampung. Dah satu hal pulak nak kena balik rumah. Jadi..bila nak balik kampung untuk bersalin..mintak bawa sijil nikah sekali. Salinan sijil nikah tak diterima ye..

3. My Kad Suami Isteri. Bagi pasangan yang guna passport mintak bawa passport. 

4. Buku baby. Yang ini ada JPN mintak..ada yang tak. Jadi supaya anda tak payah berulang-alik, sila lah bawa. Ringan je pun. 

Contoh buku baby bagi yang buat rawatan di hospital kerajaan
Ok..kat sini nak bagi tips yang mungkin berguna :

1.  Kalau nak letak nama Muhammad..sila penuhkan ejaan MUHAMMAD bukan MOHD.
2.  Pastikan nama anak anda membawa maksud yang baik-baik. Bagi yang nak guna nama-nama Allah, mintak tolong pastikan maksud penuh nama anak anda dahulu. 
3. Alamat kat ruang maklumat isteri tu ialah alamat yang akan diletakkan dalam sijil lahir anak. Jadi sila fikir dulu sebelum isi. Ada orang nak letak alamat  rumah tempat tinggal, ada orang nak letak alamat kampung tempat berpantang. 
4. Tempoh pendaftaran : 1 - 14 hari - free. 14 - 42 hari - kena bayar RM 5. 42 hari dan seterusnya..sila ke kaunter JPN. Ni payah sikit nak terang kat sini. Jadi..sila lah daftar anak anda secepat mungkin. 
5. Untuk borang pendaftaran kelahiran dan pengesahan kelahiran..tolong pastikan no IC dan nama si ibu tu betul. Sometime pihak hospital tersalah tulis. Jadi, tak pasal-pasal anda kena pergi balik ke hospital untuk pembetulan.
6. Please don't argue pasal umur anda di sijil kelahiran anak. Umur tu dikira ikut bulan. Kalau tahun tu anda sepatutnya 30 tapi anak lahir sebelum birthday anda, umur yang tertera di sijil lahir anak anda adalah 29 tahun. 

Itu saja rasanya info yang saya dapat sharekan bersama. Kalau ada yang silap..mohon maaf dan diberi pencerahan. Akhir kata : Bila dapat borang pendaftaran kelahiran anak dari hospital, sila ambil sedikit masa untuk baca isi kandungan borang tersebut.

Sunday, January 12, 2014

Persedian Untuk Tukar MyKad

Sorry lama dah mengabaikan blog ni. Dah lama saya tak update apa-apa entry kat sini. Since saya mula bekerja, masa terluang tak banyak. Kalau ada pun, saya lebih suka gunakan untuk merehatkan badan (@ tido). Rutin harian saya agak ketat, 8-5 : kerja..5-9 : spend masa dengan anak-anak, 9-11 : siapkan apa yang patut dan 11-6 : ZzzZzzZz . Weeekend....hanya untuk anak-anak. Saya salute pada working mummy yang sanggup kerja on weekend.

Ok...melalut sudah. Entry kali ni just nak share tips bagi sesiapa yang ingin menukar MyKad. Since kerajaan perkenalkan MyKad baru yang ada dua gambar tu, ramai yang ingat kerajaan mewajibkan semua rakyat tukar kepada MyKad baru. Tapi buat masa ni JPN belum terima apa-apa arahan. So, kepada anda-anda yang masih belum tukar...jangan la risau sebab KERAJAAN TAK WAJIBKAN PUN ANDA MENUKAR MYKAD. Ramai yang datang tukar sebab risau kena denda. Actually yang wajib tukar MyKad tu cuma dua golongan je 1) Kalau anda masih gunakan IC yang tak ada cip..maka anda wajib tukar kepada MyKad baru 2) Sekiranya anda sudah berumur 18 tahun ke atas, anda wajib tukar kepada MyKad baru sebelum umur anda 25 tahun (kalau dah 25 tahun keatas, kena denda ye). Kalau anda dah berumur 25 tahun keatas  tapi masih guna MyKad yang anda buat sebelum umur anda 18 tahun, saya nasihatkan anda tukar secepat yang boleh. 



Sekarang ni, nak tukar MyKad dah semakin canggih dan cepat. Tak perlu bawa gambar sendiri. Anda cuma perlu bawa :
1) RM10
2) Diri anda
3) MyKad yang sedang anda gunakan
Biasanya proses menukar MyKad dikaunter JPN cuma ambil masa tak sampai 20 minit (bergantung kepada public yang ada). Kalau cap ibu jari anda tak rosak dan sepadan, MyKad boleh siap dalam masa 3 minggu atau sebulan. Tapi kalau cap jari ada masalah..mungkin ambil masa sebulan lebih untuk MyKad anda siap. Kalau anda ke JPN yang ada mesin pencetak MyKad, lagi cepat.

Ini tips yang saya nak bagi sebagai persediann sebelum anda ke JPN untuk buat MyKad baru.
1) Pakai baju  gelap. Background untuk gambar MyKad tu warna putih. Jadi, kalau anda pakai baju warna cerah (putih, biru air, peach, kuning air), petugas kaunter akan suruh anda pakai kot yang saiznya belum tentu sepadan dengan anda. Jadi, siap pakai baju warna gelap (merah, hitam, navy blue, coklat gelap) dari rumah. Bagi yang bertudung pun sama. Jangan pakai tudung warna cerah or tudung yang ada sulam manik dan labuci atas kepala. Percaya la cakap saya, nanti gambar MyKad anda tak cantik sebab manik dan labuci tu akan pantulkan cahaya kamera.

2) Bagi yang warnakan rambut, sila gelapkan warna rambut anda. Sama kes macam no 1, background MyKad tu warna putih. Kalau rambut anda warna cerah, gambar anda memang pelik sikit. Bagi pak cik-pak cik yang rambut memang dah sedia putih, sila pakai songkok atau kopiah gelap. Songkok dan kopiah boleh dipakai semasa urusan tangkap gambar. Kalau topi tak boleh yer... Tapi kalau tak kesah....biar je rambut tu kekal putih dalam gambar...lagi nampak semulajadi.

3) Bagi yang ada rambut jenis fesyen tutup dahi, pastikan rambut depan anda tak tutup kening. Gambar di MyKad anda perlu nampak kening. 

4) Untuk baju, pls pakai yang ada lengan. Berkolar atau tak, ikut suka anda. Setengah JPN tak terima baju yang tak ada kolar. So untuk keselamatan, better pakai baju yang ada kolar. Kalau nak gambar anda cantik, pakai baju yang kolarnya warna gelap.

5) Bagi lelaki yang pakai aksesori macam rantai, subang dan etc...tanggalkan la kejap sewaktu nak bergambar untuk MyKad anda. Kalau tak boleh nak tanggal, pakai baju yang ada kolar supaya anda boleh sembunyikan rantai tersebut. Kalau subang, no choice..terpaksa tanggalkan jugak. 

6) Bagi yang bercermin mata, ada kemungkinan petugas kaunter akan minta anda tanggalkan cermin mata sewaktu nak tanngkap gambar sebab cermin mata anda akan pantulkan cahaya kamera. Hasilnya mata anda tak dapat dilihat dengan jelas. Jadi, untuk kebaikkan anda dimasa depan, patuhi saja arahan petugas kaunter.

Itu saja tips yang saya boleh bagi pada anda yang bercadang nak tukar MyKad.

Sunday, November 10, 2013

Online Shopping di E-mum Shop

Disebabkan saya dalam pantang, dan terpaksa bercuti dari tugas masak memasak, entry kali ni nak cerita pasal pengalaman saya shopping online di E-mum Shop. Actually ini kali ke-2 saya ber"shopping" disini. Service pihak E-mum amat cepat walaupun balasan email untuk pertanyaan dijawab dengan kurang mesra. Harga barang kat sini, biasa-biasa saja. Sewaktu pembelian kali pertama saya beli breast pump, untuk kali ke-2 ni.. saya beli breast pad, bottle stroge dan plastic bag storage untuk simpan EBM (housewife pun kena ada stok  EBM).
Bagi para ibu-ibu yang mencari BP atau barang kelengkapan untuk menyokong penyusuan susu ibu, sila la menjengok ke E-MUM SHOP. Untuk ke page kedai, sila klik-> E-MUM SHOP



Sunday, October 27, 2013

Dapur Puan Tanah Sedang Bercuti

Dengan ini diumumkan dapur saya sedang bercuti disebabkan saya tengah berpantang. Alhamdulillah saya selamat lahirkan baby girl pada 11 Oct 2013 di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Selama tempoh berpantang, saya tak dapat nak bereksperimen di dapur dan post entry resipi. But dun worry, saya akan cuba post entry pasal benda lain (bajet blog aku banyak readers la....perasan!!!!!!).

Sebagai penutup entry...enjoy gambar ahli baru family kami :
NUR ADDEENA SAFIYYA BT AMRI


Doakan semoga Addeena membesar jadi anak yang sihat,aktif, bijak dan yang paling penting...anak yang beriman pada Allah.

Wednesday, September 25, 2013

Mini Muffin With Chocolate Topping Untuk Ali

Last week saya sempat me"mupin" untuk si abang. Plan asal nak buat muffin blueberry tapi bila bukak peti sejuk..rupanya sang blueberry dah kecut-kecut. Nampak sangat saya dah lama tak baking. Then saya korek lagi peti sejuk..mencari jem strawberry. Nasib kureeeng baik jugak...jem strawberry baru saja habis. Disebabkan dah bancuh adunan baru sedar tak ada inti nak letak kat dalam muffin, saya terus je bakar. Malas nak fikir dah... After siap dibakar, my lil sis @ Mak Su Nana volunteer nak buat topping coklat. Bagus sungguh adikku ini.

Disebabkan muffin ni untuk si budak kecik, saya buat versi mini muffin. Senang sikit Ali nak pegang dan gigit. Alhamdulillah... Ali suka muffin yang mama masak. Lepas satu-satu dia makan. Tapi budak kecik ni lagi suka muffin yang tak ada topping. Elok lah dia tak suka manis..jimat skit gula kami. Akhirnya ada juga air tangan saya yang dia suka.


Mini Muffin With Chocolate Topping
Resipi Asal Muffin : Blueberry Jam Muffin oleh Yani

Mini Muffin with Chocolate Topping
Bahan-bahan  (+- 40 biji mini muffin)
70 g butter
60 g gula
1 biji telur
2-3 titik esen vanilla
4 sudu besar susu segar
100 g tepung 
1 sudu kecil baking powder

1. Pukul butter sampai jadi krim. Masukkan gula dan pukul sampai putih.
2. Masukkan telur dan kacau. Masukkan esen vanilla dan susu segar. Kacau sebati.
3. Ayak tepung dan baking powder. Masukkan tepung ke dalam adunan butter dan kacau menggunakan sudu.
4. Masukkan adunan ke dalam bekas muffin.
5. Bakar 180 C selama 20 ke 25 minit.

Chocolate Topping

Bahan-bahan
Serbuk koko
Susu Pekat
Butter

1. Cairkan butter guna kaedah double boiling. 
2. Masukkan susu pekat dan serbuk koko, Kacau sebati.

---- SELAMAT MENCUBA ----

Thursday, September 19, 2013

Food Craving 3 : Puding Prune

Dah lama tak pos entry makanan. Sejak dah masuk 8 bulan +++, rasa malas sangat nak masuk dapur. Adik kat dalam perut dah makin besar..ruang nak bermain pun makin sempit. Sekali Adik gerak, rasa nak termuntah pun ada. Tambah pulak bila si Abang Ali menyerang perut...huhuhuhu !!! Ada masa nak menangis rasanya bila dua-dua anak serang perut mama. Si Abang serang dari luar, while si Adik serang dari dalam. Adik belum keluar lagi, tapi si Abang dah ajak main. Tak apa lah..asalkan anak-anak mama happy dan aktif, sakit sikit pun mama bleh tahan.

Ok enough about my pregnancy. Entry kali ni nak cerita pasal PUDING PRUNE yang saya buat last week. Disebabkan cuaca sekarang makin panas, saya pun buat la puding prune ni untuk Ali. Tapi budak ni..sesuap pun dia tak nak makan. Penat saya kejar dia satu rumah nak suapkan dia. Lagi seronok dia lari..kemudian tutup mulut dengan tangan. Akhirnya saya terpaksa akur...agaknya budak ni memang tak nak puding prune. At the end, terpaksa la saya yang habiskan.

Bagi saya, rasa puding ni lemak-lemak masam. Sesuai sangat dengan selera saya yang suka benda masam. Tapi puding saya tak berapa menjadi (agaknya sebab ni la si budak kecik tu reject). Adunan agar-agar dan susu macam tak sebati. Memang puding prune macam ni ke atau ada silap saya? However, rasa puding ni masih mabeles.

PUDING PRUNE
Resipi Asal : Puding Prune dari Corat Coret Dapur Gee-Hut


Puding Prune yang tak berapa menjadi
Bahan - bahan

1 liter air
10 g agar-agar sebuk
250 g gula

Bahan A
2 biji telur
1 tin susu cair
20 biji prune (separuh dikisar dan separuh lagi dicincang halus)
esen vanilla


1. Masak agar-agar bersama air dan gula.
2. Satukan bahan-bahan A kecuali buah prune yang dicincang. Blend kan.
3. Masukkan adunan A bersama prune yang dicincang ke dalam campuran agar-agar. 
4. Masak sekejap.
5.. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan diluar sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

--- SELAMAT MENCUBA ---