Sunday, August 2, 2015

Muffin Coklat Cream Cheese

Almost 1 month saya tak mengupdate blog. Life getting hectic bila anak-anak makin besar. Pantang saya lepa sikit ada saja projek yang Ali dan Adik buat. Paling teruk bila budak berdua ni bergaduh. Mula la si abang tolak adik, si adik gigit abang. Sudahnya saya terpaksa lupakan HP or tablet buat seketika. Apa-apa saja lah asalkan anak-anak membesar dengan sihat dan selamat. 

Last weekend, atas permintaan Ali yang asyik mintak kek, saya terpaksa merajinkan diri masuk dapur. Kalau ikut hati, raya-raya ni memang malas nak baking kek. Tapi anak punya pasal......buat jugak. Mula-mula nak buat cupcake tapi bila terpandang resipi muffin coklat kat kotak cream cheese yang saya beli...hurmmmmmm tergoda la pulak. So Ahad malam, saya start membaking muffin coklat kat dapur. Muffin ni guna cream cheese so texture muffin agak moist. Bagi yang suka muffin yang lebih rasa coklat saya cadangkan anda guna serbuk coklat Van Houten. Saya bawak muffin ni ke ofis, ramai yang cakap muffin ni memang pekat rasa coklat but not extremly sweet. Suka bila orang puji...terangkat punggung. Apapun yang penting Ali suka. Seronok bila balik kerja, Opah cakap Ali makan 2 ketul muffin. Lepas ni InsyaAllah Mama rajin lagi masuk dapur.

Bagi yang tertanya-tanya resipi muffin coklat ni, ini resipi dia.

MUFFIN COKLAT CREAM CHEESE


Sumber Resipi : Kotak Cream Cheese Emborg

Bahan-bahan

100g Butter
100g Cream Cheese
100g gula
1/2 sudu teh esen vanilla (terlupa letak)
1/8 sudu teh garam (terlupa letak jugak)
2 biji telur
75g tepung *
1/2 sudu teh baking powder * (saya guna tepung naik sendiri jadi tak letak)
50g serbuk coklat
100 g dark coklat (saya guna coklat makan Hershey's)

1. Pukul butter, cream cheese, esen vanilla dan gula sehingga jadi krim.
2. Masukan telur satu persatu. Pukul sehingga rata.
3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk coklat sebanyak 2x (saya tak ayak sebab nak cepat.) Gaul sebati bahan-bahan kering supaya sebati. Apabila sudah sebati, masukan bahan kering ke dalam adunan butter dan cream cheese tadi. Kacau rata.
4. Patahkan dark coklat kecil-kecil dan masukan dalam adunan muffin. Kacau rata dengan sudu.
5. Sudukan dalam muffin cup dan bakar 170 C selama 15 minit.

Done....sedap pun sedap...cuma muffin ni a little bit cossy for me. Buat untuk makan-makan boleh la....kalo untuk jual rasanya tak berbaloi. Cream cheese mahaiiiii !!!!!

Saturday, June 20, 2015

Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa

Sempena bulan Ramadhan ni, saya nak berkongsi pasal jenis-jenis ubat yang tidak membatalkan puasa. Al-maklum lah...puasa tahun ni saya kena ulang alik ambik darah di klinik kesihatan. Gambar ni saya dapat dari FB KKM. Semoga dapat jadi panduan untuk kita semua.



Sunday, May 3, 2015

Kerepek Jejari Ketam

Kudapan lagi !!! Seronok tengok Ali dan Adik krup krap krup krap. Mama pun jadi excited nak buat. Actually nak buat kudapan ni tak susah sangat cuma merenyah dan makan masa. Tapi bila dah malas sangat.....saya goreng je keropok yang beli kat kedai. Itu pun dah buat budak-budak tu seronok. 


Kerepek jejari ketam ni saya buat dah lama dan banyak kali. Mula-mula buat saya letak garam. Lepas goreng...kerepek jadi masin. Kali ke-2 buat, saya goreng macam tu saja. Alhamdulillah...rasa masinnye sedang-sedang je. Selamat untuk jadi kudapan anak-anak. Opah pun suka. Kalo buat sepaket jejari ketam...esoknya dah habis. Punya la mendapat sambutan kerepek jejari ketam ni kat rumah kami.

Tapi dalam sedap makan, sebenarnya kerepek ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Timenak melerai jejari ketam tu..rasa macam nak menanges. Huhuhu.....nak mintak tolong kat Ali...nanti jadi lain pulak kerepek Mama. Nak resipi ?!!! Tak yah kot. Beli je jejari ketam kat kedai...carik kecik-kecik. Kemudian goreng dengan minyak banyak. Senangkan ?!!!!

Untuk yang berminat nak buat kerepek jejari ketam ni...ini tips dari saya :
1. kalo semangat rajin anda kurang, beli jejari ketam yang mahai. Saya dah pernah cuba jejari ketam yang mahal dan murah. Rasa macam yang mahal lagi mudah dah buka gulungan jejari ketam dan carik. Tapi kalo rajin dan tal ada gangguan...beli je yang murah. Rasanya sama je...

2. Kalo nak kerepek yang seragam warnanya...carik jejari ketam dalam saiz yang sama. Tapi tak perlu la pakai pembaris nak ukur saiz. Main agak-agak je. Kat jejari ketam tu kan ada garis, boleh budget saiz guna garis tu. Masa menggoreng pun ikut anak tekak sendiri. Macam saya...memamg saya suka garing sikit.

Ok....itu saja cerita saya. Kalo rajin masuk dapur saya update blog lagi.

Wednesday, April 22, 2015

Popia Nestum Horlicks

Mama rajin !!!!!! Lately saya terlebih rajin masuk dapur. Kali ni buat popia nestum horlicks untuk kudapan Ali dan Adik. Budak-budak ni memang suka kudap-kudapan. Dekat rumah mesti ada maruku dan segala jenis kerepek. Saya tak berani nak bagi junk food...risau anak-anak jadi obesiti.

Bila dah anak-anak suka, mamanya pun kena la merajinkan diri. Beberapa minggu lepas Opah ada belikan popia nestum dekat Sungai Petani. Tapi keras sangat..Adik tak boleh makan sebab budak kecik tu baru ada 4 batang gigi garham ( 2 atas 2 bawah ). Kesian...bila dia mintak...kami tak boleh bagi. So Ahad lepas saya buat POPIA NESTUM HORLICKS sendiri. Puas hati. Nak bagi Adik makan pun tak payah risau.


POPIA NESTUM HORLICKS
(sukatan ikut citarasa sendiri)

Kulit popia
Horlicks
Nestum
Gula
Tepung gandum
Air
Lidi

1. Blendkan nestum bersama horlicks sehingga halus macam tepung. Gaulkan adunan nestum-horlicks dengan gula.
2. Bancuh tepung gandum dengan gula hingga likat.
3. Gulung lidi dengan kulit popia. Dibahagian hujung kulit popia sapukan dengan bancuhan tepung gandum supaya kulit popia boleh melekat.
4. Tarik lidi keluar. Potong gulungan popia secara serong.
5. Goreng kulit popia sehingga kuning sikit. Angkat dan biarkan sekejap.
6. Gaul kulit popia tadi dengan adunan nestum-horlicks-gula sehingga rata.
7. Masukkan dalam bekas. Baki nestum-horlicks-gula tadi boleh dimasukkan dalam bekas sekali.

Senangkan.. Dengar macam senang tapi sebenarnya time nak gulung dan potong kulit popia tu merenyah sikit. Sakit tulang belakang sementara nak habiskan sepeket kulit popia.  Tapi bila teringatkan tangan kecik Adik yang minta...terus hilang sakit. Huhuhu.... besarkankuasa budak kecik ni. Sayang anak-anak Mama....

Thursday, April 16, 2015

Tiramisu (Mascarpone Cheese)

After almost 2 months tak update blog, baru kali ni Pn Putri timbul kembali. Sejak tinggal dengan parents sendiri, saya memang dah jarang masuk dapur untuk masak. Mana tak nya...setiap hari Mama dah masakkan. Sekali-sekala bila En Amri balik, baru saya ke dapur. Itupun untuk buat kek or desert. Kalau masak untuk dinner dan lunch memang Mama yang masakan. Rindu dapur sendiri tapi buat masa ni...ini lah hidup kami. Sabar la untuk sedikit masa lagi.

Ahad yang lepas saya sempat buat Tiramisu. Kalau ikutkan ini kali ke-3 saya buat Tiramisu disepanjang hayat saya. Malas kan...tiramisu yang simple pun baru 3 kali buat. Kalau sebelum ni saya buat tiramisu guna cream cheese tapi kali ni buat guna mascarpone cheese. Actually saya terlebih excited bila jumpa mascarpone cheese kat Tesco. Tu yang buat tiramisu. Hahahaha... Time kat Jepun dulu senang nak jumpa mascarpone cheese...supa dekat rumah pun ada jual. Tapi kat Mesia...payah nak jumpa. Kat kedai kek pun blom tentu ada jual lagi. Tu yang jadi terlebeh excited bila terjumpa kat Tesco.

After bertung-tang didapur selama 30 minit...akhirnya ini lah hasilnya :


Condong macam menara condong..huhuhu. Bentuk memang tak firm (kalau nak firm bolehcari resipi yang pakai gelatin), tapi rasa marvelous. Apa beza tiramisu guna mascarpone cheese dan cream cheese ? Bagi saya tiramisu yang guna mascarpone cheese rasa lebih ber"cheese". Agaknya sebab tu orang puteh lebih suka guna mascarpone  cheese. Itu pendapat saya je.. Lain tekak, lain citarasanye... ye tak ?

Ini resipi Tiramisu Mascarpone Cheese. Walaupun simple, saya nak tulis jugak untuk rujukjan masa hadapan. Al-maklum lah dah tua....Pn Putri mudah lupa.

TIRAMISU MASCARPONE CHEESE

250g Mascarpone Cheese
200 ml Whipping Cream
Biskut Lady Finger secukupnya
1 cawan gula icing (kurangkan kalau tak suka manis)
esen vanila secukupnya
setengah cawan bancuhan kopi pekat
serbuk koko secukupnya

1. Satukan mascarpone cheese, whipping cream dan gula icing. Pukul semua bahan tersebut. Masukan esen vanilla. Pukul sekejap supaya esen vanila sebati dengan adunan.

2. Susun biskut lady finger secara mendatar di dalam bekas. Curahkan bancuhan kopi pekat ke atas susunan biskut.

3. Tuangkan adunan cheese ke atas susunan biskut tadi. Ratakan sehingga membentuk satu lapisan ( tebal ikut suka ).

4. Ayakkan serbuk koko di atas lapisan cream sehingga menutupi seluruh permukaan.

5. Ulang langkah 2 dan 3. Lepas langkah 3, jangan ayak serbuk koko. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

6. Bila nak makan, ayakkan serbuk koko sekali lagi diatas lapisan cheese. Saya lebih suka guna cara ni supaya lapisan cheese dan serbuk koko tak bercampur time kita simpan dalam peti sejuk.

Friday, February 13, 2015

Minum Pagi Apam Susu


Setelah lama menghilangkan diri, hari ini saya timbul bersama entry Apam Susu. Suddenly rajin pulak nak masuk dapur. Ini kes menang cabutan bertuah kat Pasaraya Minat bulan 1 hari tu...dapat hadiah steamer. Jadi saya pun nak cuba resipi baru disamping nak blajar guna steamer yg baru dapat. Bab-bab baca manual ni saya failed sikit.

Ahad lepas time Ali dan Adik dah tido, saya pun memulakan projek. Saya separuhkan semua bahan daripada resipi asal. Buat banyak-banyak nanti tak ada orang nak makan. Saya cuma guna warna hijau. Jadi dapat dua warna satu putih dan satu hijau. Tak rajin nak buat pelbagai warna. 

Ini resipi yang saya ambil dari internet. Nak tulis dari sumber mana pun tak tahu sebab resipi ni memang viral. 


Bahan-bahan

1 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovellete
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar minyak jagung
pewarna yang disukai (saya guna emulco warna hijau)

1. Panaskan steamer dalam 10 minit.
2. Putar telur, gula, ovellete dan esen vanilla. Putar sampai jadi putih.
3. Masukkan susu pekat dan putar sampai sekata.
4. Tambah minyak jagung dan putar lagi.
4. Masukkan tepung dan kaup balik guna senduk.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut beberapa jenis warna yang kita nak. Saya cuma bahagikan kepada 2 bahagian. Satu putih-tak letak warna dan satu lagi hijau-perasa pandan.
6. Sapukan butter pada loyang. Masukkan adunan ke dalam loyang berselang-seli.
7. Kukus adunan selama 30 minit atau sehingga masak. Tutup atas loyang dengan aluminium foil supaya air tak masuk ke dalam adunan.

Apam yang saya buat tak mengecewakan. Apam naik dan lembut. Ali tak sabar nak makan. Saya belum potong lagi, dia dah cubit sikit suap dalam mulut. Suka la tu... Tak pe...lepas ni Mama buat kek kukus coklat pulak ye...O

Wednesday, October 1, 2014

Minum Petang : Lemon Cupcakes

Lagi sekali saya muncul kembali setelah sekian lama menyepikan diri. Kali ni nak share resipi pulak. Lately mood mem'baking' dah mula kembali. Ali dan Adik dah besar jadi Mamanya dah boleh mula baking. Seronok.... Tapi yang sedihnya En Amri tak tinggal dengan kami. Jadi tak ada orang nak habiskan hasil air tangan saya. 

Last week saya cuba buat Lemon Cupcakes. Tiba-tiba tekak teringin nak makan something yang masam dan manis. Saya masuk dapur dan cari bahan-bahan. Alhamdulillah...since semua bahan dah ada, jadi saya pun mulakan projek mem'baking'. Mak su dan Opah jaga Ali dan Adik. Tapi sekali sekala Ali datang dapur tanya Mama "Cupcake..cupcake?". Tak sabar hero Mama ni nak makan cupcake.

Resipi asal saya ambil dari Blog Nennie Kuzaifah. Saya separuhkan kuantiti bahan dan guna tepung naik sendiri. Hasilnya....super delicious. Kek lembut and very lemony. Suka sangat. Tapi dua budak kecik ni tak berapa nak suka. Ali makan 2 biji while Adik cuma makan....tak pasti berapa sebab dia share dengan saya, Mak su dan Opah (everytime kami makan dia mintak). Apapun bagi saya resipi ni memang terbaik dan wajib dikongsi.


Bahan-bahan

130g tepung naik sendiri
100g gula castor (lebihkan kalau suka manis)
115g butter (suhu bilik)
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon
perahan air lemon dari 1 biji lemon

1. Panaskan oven 180 darjah.
2. Pukul gula dan butter sampai putih.
3. Masukkan sebiji demi sebiji telur sehingga sebati.
4. Masukkan parutan kulit lemon dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan perahan air lemon. Gaul dengan menggunakan sudu.
6. Masukkan dalam paper cup dan bakar selama 20 - 25 minit.

Mudah kan. Untuk mendapatkan kek yang lembut dan gebu, saya nasihatkan anda gunakan butter (bukan mentega atau buttercup atau lepa susu). Disebabkan saya nak cepat, saya cuma paipkan whipping cream yang dalam silinder. Hehehe....sejak dah ada anak..semua mau instant.

SELAMAT MENCUBA