Setelah sekian lama tak mencuba resipi, akhirnya saya
gagahkan juga kaki tangan ke dapur rumah Mama. Since my Mama kurang suka @ tak
suka lansung mem”baking”, she kept her oven and hand mixer jauh ke dalam
kabinet. Jenuh saya menyelongkar dapur Mama mencari peralatan baking.
Akhirnya complete jugak semuanya.
The next day, ini lah hasilnya ……
Akhirnya berjaya jugak mem”baking” APPLE CRUMBLE CAKE. Resipi ni
saya dapat dari buku resipi yang saya beli dari jualan murah di AEON Kinta City
(tak sia-sia melabur RM10). Kek ni agak mudah nak buat. Bahan-bahan pun senang
nak cari. Cuma bagi yang tak suka manis, boleh kurangkan kuantiti gula.
Disebabkan saya cuma gunakan 1 biji apple, kek saya kurang rasa apple. Next
time saya akan gunakan 1 ½ biji apple. Kuantiti bahan-bahan untuk hasilkan
crumble boleh dikurangkan. Saya follow sukatan resipi crumble, tapi saya cuma
gunakan sebahagian saja dari adunan.
Ok enough kot membebel. Ini resipi Apple Crumble Cake :
Bahan-bahan
125 g butter
125 g gula
castor
3 biji telur
1 sudu kecil
esen vanilla
125 g cream
cheese
3 sudu besar
tepung jagung
200 g tepung
naik sendiri (self rising)
1 biji apple
Untuk
crumble
75 g butter
75 g serbuk
almond
75 g tepung
2 sudu besar
gula
1 sudu teh
serbuk kayu manis
1. Panaskan
oven 180 C. Leserkan baking pan dengan butter dan lapik dengan baking paper.
2. Pukul
butter dan gula sampai putih.
3. Masukkan
telur satu per satu. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan
cream cheese dan pukul sampai sebati.
5. Potong
apple menjadi dadu. Gaulkan apple dengan sedikit tepung sehingga semua apple
diselaputi tepung.
6. Ayak
tepung jagung bersama tepung naik sendiri. Masukkan dalam adunan butter sedikit
demi sedikit sambil dikacau menggunakan sudu.
7. Masukkan
apple dan kacau sehingga sebati sahaja.
8. Tuangkan
adunan dalam baking pan. Sediakan crumble.
9. Cairkan
butter (untuk crumble). Gaulkan semua
bahan-bahan kering untuk crumble. Tuangkan butter cair sedikit demi sedikit sambil gaul menggunakkan tangan
sehingga adunan menjadi sedikit berketul-ketul.
10. Taburkan
crumble di permukaan adunan kek.
11. Bakar selama
40 hingga 50 minit.
Selamat Mencuba