Assalamualaikum
Akhir bulan lepas, kami sefamily attend sambutan birthday anak-anak PASTI. Jamuan makan dibuat secara port luck. Most of parents memang sangat supportive. Pelbagai menu ada dari nasi, pulut kuning, brownies, tart hingga lah ke aiskrim. Jangan tanya saya bawa juadah apa...sebab juadah saya simple simple jer..malu nak khabor.
Dalam banyak-banyak menu...saya terpikat dengan satu menu ni. Simple jer...tapi terliur sangat tengok...which is Roti Bawang Putih dengan Sos Bolognese. Selalu makan sos bolognese dengan spaghetti jer kan....kali ni makan dengan roti. Lain sikit....dalam hati nak cuba tapi perut dah sendat sangat time tu. Almaklumlah dalam rahim dah berpenghuni...so kapasiti perut dah jd makin kecik. Tak pa sayang....Mama redha.
Disebabkan asyik teringat-ingat menu roti cicah sos bolognese, so saya pun terpaksa lah masak sendiri. Tak susah pun nak buat sebab saya pakai sos Prego yang dalam tin. Untuk roti pun sama. Cuma beli roti baguatte @ roti perancis dan sapukan dengan garlic spread dan bakar. Simple kan!!!! Alhamdulillah...simple menu macam ni pun dah cukup untuk kenyangkan perut kami. Untuk resipi kali ni saya just bagi resipi sos bolognese jer la.
Sos Bolognese
Bahan-Bahan
1 tin sos traditional Prego (tin merah)
1/2 tin sos carbonara Prego (tin biru)
Daging cincang
Bawang merah, bawang putih dan halia
Cili kisar/cili boh
Tomato (kalau suka extra masam)
1 kiub daging (kalau tak suka, gantikan dgn garam)
Minyak zaiton
1. Tumis minyak zaiton bersama bawang-bawang dan halia.
2. Masukan cili kisar. Tumis sampai naik bau.
3. Masukan daging cincang. Goreng bagi masak sikit.
4. Masukan sos tradisional prego. Masukan sos carbonara prego. Gaul sebati dengan daging cincang.
5. Masukan kiub daging/garam.
6. Masukan tomato. Biarkan sampai daging masak dan sos jadi pekat.
Kenapa saya suka campurkan sos tradisional dan sos carbonara?!!!! Saja jer...sebab saya suka sos spaghetti saya pekat dan rasa lemak sikit. Tapi kalau rasa tak nak campur pun tak apa. Ini cara saya....
Kuah ni kalau tak habis boleh simpan dalam fridge. Nanti panaskan balik, boleh makan dengan spaghetti pulak. Huhuhu....jimat masa kan.