Sunday, January 12, 2014

Persedian Untuk Tukar MyKad

Sorry lama dah mengabaikan blog ni. Dah lama saya tak update apa-apa entry kat sini. Since saya mula bekerja, masa terluang tak banyak. Kalau ada pun, saya lebih suka gunakan untuk merehatkan badan (@ tido). Rutin harian saya agak ketat, 8-5 : kerja..5-9 : spend masa dengan anak-anak, 9-11 : siapkan apa yang patut dan 11-6 : ZzzZzzZz . Weeekend....hanya untuk anak-anak. Saya salute pada working mummy yang sanggup kerja on weekend.

Ok...melalut sudah. Entry kali ni just nak share tips bagi sesiapa yang ingin menukar MyKad. Since kerajaan perkenalkan MyKad baru yang ada dua gambar tu, ramai yang ingat kerajaan mewajibkan semua rakyat tukar kepada MyKad baru. Tapi buat masa ni JPN belum terima apa-apa arahan. So, kepada anda-anda yang masih belum tukar...jangan la risau sebab KERAJAAN TAK WAJIBKAN PUN ANDA MENUKAR MYKAD. Ramai yang datang tukar sebab risau kena denda. Actually yang wajib tukar MyKad tu cuma dua golongan je 1) Kalau anda masih gunakan IC yang tak ada cip..maka anda wajib tukar kepada MyKad baru 2) Sekiranya anda sudah berumur 18 tahun ke atas, anda wajib tukar kepada MyKad baru sebelum umur anda 25 tahun (kalau dah 25 tahun keatas, kena denda ye). Kalau anda dah berumur 25 tahun keatas  tapi masih guna MyKad yang anda buat sebelum umur anda 18 tahun, saya nasihatkan anda tukar secepat yang boleh. 



Sekarang ni, nak tukar MyKad dah semakin canggih dan cepat. Tak perlu bawa gambar sendiri. Anda cuma perlu bawa :
1) RM10
2) Diri anda
3) MyKad yang sedang anda gunakan
Biasanya proses menukar MyKad dikaunter JPN cuma ambil masa tak sampai 20 minit (bergantung kepada public yang ada). Kalau cap ibu jari anda tak rosak dan sepadan, MyKad boleh siap dalam masa 3 minggu atau sebulan. Tapi kalau cap jari ada masalah..mungkin ambil masa sebulan lebih untuk MyKad anda siap. Kalau anda ke JPN yang ada mesin pencetak MyKad, lagi cepat.

Ini tips yang saya nak bagi sebagai persediann sebelum anda ke JPN untuk buat MyKad baru.
1) Pakai baju  gelap. Background untuk gambar MyKad tu warna putih. Jadi, kalau anda pakai baju warna cerah (putih, biru air, peach, kuning air), petugas kaunter akan suruh anda pakai kot yang saiznya belum tentu sepadan dengan anda. Jadi, siap pakai baju warna gelap (merah, hitam, navy blue, coklat gelap) dari rumah. Bagi yang bertudung pun sama. Jangan pakai tudung warna cerah or tudung yang ada sulam manik dan labuci atas kepala. Percaya la cakap saya, nanti gambar MyKad anda tak cantik sebab manik dan labuci tu akan pantulkan cahaya kamera.

2) Bagi yang warnakan rambut, sila gelapkan warna rambut anda. Sama kes macam no 1, background MyKad tu warna putih. Kalau rambut anda warna cerah, gambar anda memang pelik sikit. Bagi pak cik-pak cik yang rambut memang dah sedia putih, sila pakai songkok atau kopiah gelap. Songkok dan kopiah boleh dipakai semasa urusan tangkap gambar. Kalau topi tak boleh yer... Tapi kalau tak kesah....biar je rambut tu kekal putih dalam gambar...lagi nampak semulajadi.

3) Bagi yang ada rambut jenis fesyen tutup dahi, pastikan rambut depan anda tak tutup kening. Gambar di MyKad anda perlu nampak kening. 

4) Untuk baju, pls pakai yang ada lengan. Berkolar atau tak, ikut suka anda. Setengah JPN tak terima baju yang tak ada kolar. So untuk keselamatan, better pakai baju yang ada kolar. Kalau nak gambar anda cantik, pakai baju yang kolarnya warna gelap.

5) Bagi lelaki yang pakai aksesori macam rantai, subang dan etc...tanggalkan la kejap sewaktu nak bergambar untuk MyKad anda. Kalau tak boleh nak tanggal, pakai baju yang ada kolar supaya anda boleh sembunyikan rantai tersebut. Kalau subang, no choice..terpaksa tanggalkan jugak. 

6) Bagi yang bercermin mata, ada kemungkinan petugas kaunter akan minta anda tanggalkan cermin mata sewaktu nak tanngkap gambar sebab cermin mata anda akan pantulkan cahaya kamera. Hasilnya mata anda tak dapat dilihat dengan jelas. Jadi, untuk kebaikkan anda dimasa depan, patuhi saja arahan petugas kaunter.

Itu saja tips yang saya boleh bagi pada anda yang bercadang nak tukar MyKad.