Wednesday, October 1, 2014

Minum Petang : Lemon Cupcakes

Lagi sekali saya muncul kembali setelah sekian lama menyepikan diri. Kali ni nak share resipi pulak. Lately mood mem'baking' dah mula kembali. Ali dan Adik dah besar jadi Mamanya dah boleh mula baking. Seronok.... Tapi yang sedihnya En Amri tak tinggal dengan kami. Jadi tak ada orang nak habiskan hasil air tangan saya. 

Last week saya cuba buat Lemon Cupcakes. Tiba-tiba tekak teringin nak makan something yang masam dan manis. Saya masuk dapur dan cari bahan-bahan. Alhamdulillah...since semua bahan dah ada, jadi saya pun mulakan projek mem'baking'. Mak su dan Opah jaga Ali dan Adik. Tapi sekali sekala Ali datang dapur tanya Mama "Cupcake..cupcake?". Tak sabar hero Mama ni nak makan cupcake.

Resipi asal saya ambil dari Blog Nennie Kuzaifah. Saya separuhkan kuantiti bahan dan guna tepung naik sendiri. Hasilnya....super delicious. Kek lembut and very lemony. Suka sangat. Tapi dua budak kecik ni tak berapa nak suka. Ali makan 2 biji while Adik cuma makan....tak pasti berapa sebab dia share dengan saya, Mak su dan Opah (everytime kami makan dia mintak). Apapun bagi saya resipi ni memang terbaik dan wajib dikongsi.


Bahan-bahan

130g tepung naik sendiri
100g gula castor (lebihkan kalau suka manis)
115g butter (suhu bilik)
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon
perahan air lemon dari 1 biji lemon

1. Panaskan oven 180 darjah.
2. Pukul gula dan butter sampai putih.
3. Masukkan sebiji demi sebiji telur sehingga sebati.
4. Masukkan parutan kulit lemon dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan perahan air lemon. Gaul dengan menggunakan sudu.
6. Masukkan dalam paper cup dan bakar selama 20 - 25 minit.

Mudah kan. Untuk mendapatkan kek yang lembut dan gebu, saya nasihatkan anda gunakan butter (bukan mentega atau buttercup atau lepa susu). Disebabkan saya nak cepat, saya cuma paipkan whipping cream yang dalam silinder. Hehehe....sejak dah ada anak..semua mau instant.

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, July 8, 2014

Program Sekilo Budi

Last week CC bagi beg kain warna purple dekat semua orang di office. As a new worker tercengang-cengang jugak mati kutu nak buat apa dengan beg purple tu.
 Lepas CC cakap beg tu untuk PROGRAM SEKILO BUDI. Lagi la saya jadi blur... sungguh tak faham. Terpaksa menagih penerangan dari kawan sebelah.

Rupanya program sekilo budi ni program beramal. Beli la apa barang makanan yang kering dan tahan lama masukkan dalam beg purple tu. Yang penting, barang-barang tersebut mesti lebih sekilo. Program ni dianjurkan oleh Majlis Daerah Kampar. Nanti beg-beg tersebut akan diserahkan pada Majlis.Daerah dan akan diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan. 

Baru la saya faham. Hihihi...seronok jugak program ni.Selalu orang minta duit derma je. Tapi kali ni...kita sendiri yang beli barang yang kita nak dermakan.

Tak kesah la...so ini la yang saya mampu bagi. Harap-harap sumbangan saya dapat membantu sesiapa yang memerlukan.


Mari lah kita beramal sementara masih berada di bulan Ramadhan. 

Saturday, May 24, 2014

Panduan Nak Daftar Kelahiran Baby

Lama dah tak meng"update" blog ni. Asyik dok update kat rumah satu lagi. Entry kali ni nak bagi tips pasal nak daftar kelahiran anak since ramai orang merungut kena datang 2 or 3 kali ke JPN sebab dokumen tak lengkap. Nampak sangat anda tak pernah baca borang pendaftaran kelahiran yang nurse bagi tu kan. Tau-tau isi nama anak..isi maklumat mak bapa kemudian terus ke JPN nak daftar anak. Banyak cantik...anda ingat petugas kaunter JPN tu duduk sebelah rumah anda ke nak tau bila anda nikah, anak no berapa, check perut kat mana. Tension wehh petugas kaunter bila mintak dokumen itu ini...tapi tak ada. So, meh sini saya nak bagitau dokumen apa yang perlu anda bawa sewaktu nak daftar baby :

1. Borang pendaftaran kelahiran anak (borang warna putih + hijau) dan Pengesahan kelahiran. Dua benda ni biasanya pihak hospital yang bagi time si Ibu nak keluar hospital. 

2. Buku check up perut si ibu. Kalau g check up klinik kerajaan bukunya warna pink. Kalau check up swasta biasanya dalam bentuk appointment kad. Kat bawah ni ada contoh rupa buku pink dan appointment kad hospital swasta. 

Buku rekod check perut ibu bagi hospital kerajaan @ buku pink

Contoh rekod temujanji check perut ibu bagi hospital swasta
3. Sijil nikah. Yaaaaaaaaaaaaaaa...yang ini selalu orang tak bawa. Kerap jugak urusan pendaftaran tergendala sebab sijil nikah tinggal kat rumah sedangkan si ibu berpantang kat kampung. Dah satu hal pulak nak kena balik rumah. Jadi..bila nak balik kampung untuk bersalin..mintak bawa sijil nikah sekali. Salinan sijil nikah tak diterima ye..

3. My Kad Suami Isteri. Bagi pasangan yang guna passport mintak bawa passport. 

4. Buku baby. Yang ini ada JPN mintak..ada yang tak. Jadi supaya anda tak payah berulang-alik, sila lah bawa. Ringan je pun. 

Contoh buku baby bagi yang buat rawatan di hospital kerajaan
Ok..kat sini nak bagi tips yang mungkin berguna :

1.  Kalau nak letak nama Muhammad..sila penuhkan ejaan MUHAMMAD bukan MOHD.
2.  Pastikan nama anak anda membawa maksud yang baik-baik. Bagi yang nak guna nama-nama Allah, mintak tolong pastikan maksud penuh nama anak anda dahulu. 
3. Alamat kat ruang maklumat isteri tu ialah alamat yang akan diletakkan dalam sijil lahir anak. Jadi sila fikir dulu sebelum isi. Ada orang nak letak alamat  rumah tempat tinggal, ada orang nak letak alamat kampung tempat berpantang. 
4. Tempoh pendaftaran : 1 - 14 hari - free. 14 - 42 hari - kena bayar RM 5. 42 hari dan seterusnya..sila ke kaunter JPN. Ni payah sikit nak terang kat sini. Jadi..sila lah daftar anak anda secepat mungkin. 
5. Untuk borang pendaftaran kelahiran dan pengesahan kelahiran..tolong pastikan no IC dan nama si ibu tu betul. Sometime pihak hospital tersalah tulis. Jadi, tak pasal-pasal anda kena pergi balik ke hospital untuk pembetulan.
6. Please don't argue pasal umur anda di sijil kelahiran anak. Umur tu dikira ikut bulan. Kalau tahun tu anda sepatutnya 30 tapi anak lahir sebelum birthday anda, umur yang tertera di sijil lahir anak anda adalah 29 tahun. 

Itu saja rasanya info yang saya dapat sharekan bersama. Kalau ada yang silap..mohon maaf dan diberi pencerahan. Akhir kata : Bila dapat borang pendaftaran kelahiran anak dari hospital, sila ambil sedikit masa untuk baca isi kandungan borang tersebut.

Sunday, January 12, 2014

Persedian Untuk Tukar MyKad

Sorry lama dah mengabaikan blog ni. Dah lama saya tak update apa-apa entry kat sini. Since saya mula bekerja, masa terluang tak banyak. Kalau ada pun, saya lebih suka gunakan untuk merehatkan badan (@ tido). Rutin harian saya agak ketat, 8-5 : kerja..5-9 : spend masa dengan anak-anak, 9-11 : siapkan apa yang patut dan 11-6 : ZzzZzzZz . Weeekend....hanya untuk anak-anak. Saya salute pada working mummy yang sanggup kerja on weekend.

Ok...melalut sudah. Entry kali ni just nak share tips bagi sesiapa yang ingin menukar MyKad. Since kerajaan perkenalkan MyKad baru yang ada dua gambar tu, ramai yang ingat kerajaan mewajibkan semua rakyat tukar kepada MyKad baru. Tapi buat masa ni JPN belum terima apa-apa arahan. So, kepada anda-anda yang masih belum tukar...jangan la risau sebab KERAJAAN TAK WAJIBKAN PUN ANDA MENUKAR MYKAD. Ramai yang datang tukar sebab risau kena denda. Actually yang wajib tukar MyKad tu cuma dua golongan je 1) Kalau anda masih gunakan IC yang tak ada cip..maka anda wajib tukar kepada MyKad baru 2) Sekiranya anda sudah berumur 18 tahun ke atas, anda wajib tukar kepada MyKad baru sebelum umur anda 25 tahun (kalau dah 25 tahun keatas, kena denda ye). Kalau anda dah berumur 25 tahun keatas  tapi masih guna MyKad yang anda buat sebelum umur anda 18 tahun, saya nasihatkan anda tukar secepat yang boleh. 



Sekarang ni, nak tukar MyKad dah semakin canggih dan cepat. Tak perlu bawa gambar sendiri. Anda cuma perlu bawa :
1) RM10
2) Diri anda
3) MyKad yang sedang anda gunakan
Biasanya proses menukar MyKad dikaunter JPN cuma ambil masa tak sampai 20 minit (bergantung kepada public yang ada). Kalau cap ibu jari anda tak rosak dan sepadan, MyKad boleh siap dalam masa 3 minggu atau sebulan. Tapi kalau cap jari ada masalah..mungkin ambil masa sebulan lebih untuk MyKad anda siap. Kalau anda ke JPN yang ada mesin pencetak MyKad, lagi cepat.

Ini tips yang saya nak bagi sebagai persediann sebelum anda ke JPN untuk buat MyKad baru.
1) Pakai baju  gelap. Background untuk gambar MyKad tu warna putih. Jadi, kalau anda pakai baju warna cerah (putih, biru air, peach, kuning air), petugas kaunter akan suruh anda pakai kot yang saiznya belum tentu sepadan dengan anda. Jadi, siap pakai baju warna gelap (merah, hitam, navy blue, coklat gelap) dari rumah. Bagi yang bertudung pun sama. Jangan pakai tudung warna cerah or tudung yang ada sulam manik dan labuci atas kepala. Percaya la cakap saya, nanti gambar MyKad anda tak cantik sebab manik dan labuci tu akan pantulkan cahaya kamera.

2) Bagi yang warnakan rambut, sila gelapkan warna rambut anda. Sama kes macam no 1, background MyKad tu warna putih. Kalau rambut anda warna cerah, gambar anda memang pelik sikit. Bagi pak cik-pak cik yang rambut memang dah sedia putih, sila pakai songkok atau kopiah gelap. Songkok dan kopiah boleh dipakai semasa urusan tangkap gambar. Kalau topi tak boleh yer... Tapi kalau tak kesah....biar je rambut tu kekal putih dalam gambar...lagi nampak semulajadi.

3) Bagi yang ada rambut jenis fesyen tutup dahi, pastikan rambut depan anda tak tutup kening. Gambar di MyKad anda perlu nampak kening. 

4) Untuk baju, pls pakai yang ada lengan. Berkolar atau tak, ikut suka anda. Setengah JPN tak terima baju yang tak ada kolar. So untuk keselamatan, better pakai baju yang ada kolar. Kalau nak gambar anda cantik, pakai baju yang kolarnya warna gelap.

5) Bagi lelaki yang pakai aksesori macam rantai, subang dan etc...tanggalkan la kejap sewaktu nak bergambar untuk MyKad anda. Kalau tak boleh nak tanggal, pakai baju yang ada kolar supaya anda boleh sembunyikan rantai tersebut. Kalau subang, no choice..terpaksa tanggalkan jugak. 

6) Bagi yang bercermin mata, ada kemungkinan petugas kaunter akan minta anda tanggalkan cermin mata sewaktu nak tanngkap gambar sebab cermin mata anda akan pantulkan cahaya kamera. Hasilnya mata anda tak dapat dilihat dengan jelas. Jadi, untuk kebaikkan anda dimasa depan, patuhi saja arahan petugas kaunter.

Itu saja tips yang saya boleh bagi pada anda yang bercadang nak tukar MyKad.