Thursday, November 3, 2011

Healthy Avocado Juice

Salam 
Actually entry kali ni dah peram lama. Since last week my life quite busy menge"chek" papers exam bebudak. Aku ajar Math tahun 1 dan English tahun 2. Untuk paper Math boleh lah tahan coz its only involve numbers. Tapi bila check papers English tahun 2...nak pecah perut aku gelak (belum pecah lagi..cuma senak je). Lain yang aku ajar, lain yang dijawab. Aku ajar "Cikgu is Teacher in english", budak-budak ni tulis "teaman". Aku ajar "Bomba is fireman"...ada yang memandai sendiri pegi tulis "spiderman". Aduhaiiiiiiiii..hancus anak murid aku ni!!!!!!!!!!!!!!!! But, result bebudak ni not bad jugak lah. Itu yang buat hati aku berbunga sikit.
Ok enough pasal exams ni. Sekarang kita cerita pasal HEALTHY AVOCADO JUICE by En. Amri. Selalunya kalau buat jus avocado, En. Amri guna buah avocado, air dan susu pekat. But this time, dia nak bagi aku minum jus yang healthy sikit. Actually resipi ni dia dapat dari rancangan "5 Rencah 5 Rasa". Lepas tengok rancangan tu, terus dia offer nak buat jus avocado pada aku. Aku pun apa lagi..angguk berulang kali lah (Hehehehe!!!! Ambil kesempatan)

HEALTHY AVOCADO JUICE
Resipi Asal : Rancangan "5 Rencah 5 Rasa"

Healthy Avocado Juice by En. Amri

Bahan-Bahan  (sukatan bahan sila ikut anak tekak sendiri)

1 biji buah Avocado yang dah cukup masak/lembik (jangan ambil yg muda..nanti jus jadi pahit)
Susu Segar (En. Amri guna full cream milk sebab isteri dia belum cukup besar)
Honey secukup manis

1. Ambil isi buah avocado (kalau buah avocado tu dah cukup masak, ceduk jer isi dia guna sudu)
2. Masukkan susu dan honey.
3. Blendkan semua sekali. 
4. Jus akan jadi pekat. Kalau tak suka jus pekat, tambah air sikit.
5. Masukkan ais dan ready untuk di"serve" pada isteri tersayang.

"Simple"kan!!!!!! Rasa jus ni kurang lemak sikit berbanding dengan yang guna susu pekat. Then, ada rasa honey. Speaking of the taste..tekak aku jadi teringin nak minum jus avocado ni lagi. But, hari ni En. Amri terbang ke Kuching (ada meeting). So, terpaksa lah tekak aku ni menanti kepulangan dia esok. (Sorry ya En. Amri, I dun miss u. Saya cuma rindukan jus avocado anda)



No comments:

Post a Comment