Tuesday, November 8, 2011

Cheese Tart (Strawberry Jam Filling )

Salam
Sapa nak makan CHEESE TART, sila angkat tangan !!!!!!!!!!!!!!!! Kalau nak merasa cheese tart Pn. Putri mai la datang rumah. Tapi minta maaf lah ye pastri tart aku ni kureeeeng cantik sikit. Maklum lah this was my 1st attempt. Masa tinggal di Semenanjung dulu, kalau tetiba ter"craving" nak makan cheese tart, aku just terbang drive ke Jusco. Tapi di Sabah ni tiada Jusco (Tesco pun tarak). So nak tak nak kena lah belajar buat sendiri. Kalau tak sedap pun tak apa, masih puas hati sebab hasil air tangan sendiri.
Alhamdulillah....my 1st attempt buat cheese tart ni menjadi juga. Hasil eksperimen dapur aku masih boleh dimakan. Cuma tart aku jadi agak manis...maybe sebab aku letak filling strawberry jam. Resipi untuk pastri tart dan cheese filling aku ambil dari owner yang berbeza coz aku cuma nak guna bahan-bahan yang ada kat dapur (En. Amri dah keluarkan perintah berkurung). Untuk dapat markah lebih, aku sudukan strawberry jam ke atas cream cheese. Bagi yang tak suka manis, boleh la kurangkan gula kalau ada intention nak letak filling jam. But kalau tak letak filling pun tak apa...masih sedap. Ok lah here is the recipe:

STRAWBERRY JAM CHEESE TART

Strawberry Jam Cheese Tart
Pastri
Resipi Asal : Cheese Tart oleh Yani

Bahan-bahan

70g    butter (aku guna Buttercup saja)
50g    gula halus
1 biji  kuning telur
110g  tepung gandum
15g    almond powder (tak letak pun sebab tak ada)
esen vanilla

1. Pukul butter sampai lembut. Tambahkan gula dan pukul lagi sampai putih.
2. Masukkan kuning telur dan kacau (guna sudu) sampai sekata.
3. Tambah esen vanilla dan kacau lagi.
4. Ayakkan tepung gandum dan almond powder dan masukkan dalam adunan.
5. Uli adunan dan jadikan bentuk bulat. Balut dengan plastik wrap.
6. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam.
7. Selepas 2 jam, keluarkan dari peti sejuk. Sapukan bekas acuan muffin dengan butter dan taburkan sedikit tepung.
8. Bulatkan doh jadi bola kecil dan tekan ke dalam acuan muffin tadi (cara ini untuk orang yang pemalas macam saya. Kalau nak pastri tart yang cantik boleh ikut resipi asal ya).
9. Bakar 170 C selama 10 minit (bergantung kepada oven dan saiz crust anda).


Cheese Filling
Resipi Asal : Cheese Filling oleh EryneJasmine


Bahan-bahan

125g   cream cheese
1/4 cawan + 1 sudu besar  gula aising
1/4 cawan  whipping cream
1/2 sudu teh esen vanila
Strawberry Jam 


1. Pukul cream cheese dan gula sampai sebati.
2. Masukkan esen vanila dan whipping cream.
3. Teruskan memukul sampai adunan jadi berkrim.
4. Isikan adunan ke dalam pastri tart tadi. 
5. Sudukan strawberry jam ditengah-tengah.
6. Bakar 170 C selama 10 hingga ke 15 minit.
7. BIARKAN SEJUK DULU SEBELUM MAKAN...NANTI MELECUR LIDAH.


!!!!!! SELAMAT MENCUBA !!!!!!

9 comments:

  1. ni offer hebat2 ni ada lagi tak...? ucu dtg bawak bakul tau nak ambik ....hehehe...

    ReplyDelete
  2. offer ni sentiasa ada tp cuma available pd yg dtg ke rumah saya..mai la terbang ke sabah ucu..

    ReplyDelete
  3. cubalah dalila..saya pun x sangka rupanya senang nak buat tart ni

    ReplyDelete
  4. rajinnya buat :)

    tak nak buat
    tolong pos ke jb boleh hehe :D

    ReplyDelete
  5. buat sebab teringin nak makan tart banyak2
    kalau pos sampai ke JB alamatnya masam la cheese tu nanti

    ReplyDelete
  6. rajinnya....nak cuba buat tapi nak blueberry...hihihi

    ReplyDelete