Thursday, June 9, 2011

Saya Cuma Ahli BAKAT Picisan

Aaaaaaaahhhhh!!! Penatnya!!!!!

Sejak Selasa, aku busy sikit dengan persiapan untuk Majlis Ramah Mesra Bersama Isteri Menteri Pertahanan. Untuk tahun ni, rasanya ini la acara terbesar bagi kami BAKAT 5 Briged sebab kedatangan isteri menteri pertahanan turut ditemani oleh isteri panglima-panglima tentera darat yang lain.Walaupun penglibatan aku cuma kecik (setakat membantu pasukan koir BAKAT men"sumbang"kan lagu), tapi rehearsal untuk majlis tersebut memang memenatkan. Selasa dan rabu, pagi petang, malam..kami balun rehearsal. Kering jugak la anak tekak aku everytime balik rumah lepas latihan koir.

Tarian Bollywood. Kalau aku yang disuruh menari rasanya
tak jadi gelek Bollywood, tapi jadi
GULING BOLLRWOOD
Actually penglibatan aku dalam majlis ni pun secara mengejut. Sepatutnya aku tak payah join pun tak apa coz En Amri tengah berkursus di PD selama 1 bulan. Tapi disebabkan sekarang ni musim cuti sekolah, ramai ahli-ahli BAKAT yang bercuti. Maka muka aku ni la yang terpaksa menjadi bidan terjun untuk pasukan koir. Sedih pulak tengok bilangan ahli pasukan koir macam pasukan nasyid. Nak tak nak..join la jugak. Walaupun suara aku tak sesedap mana, tapi cuma ini je yang aku mampu nak sumbangkan. Daripada aku disuruh bergelek atas pentas, baik aku join koir. Suara sumbang pun tak apa, nyanyi ramai-ramai.

Its me, PutRi!!! Penyumbang suara pasukan koir
Baru tadi usai majlis..semua orang tarik nafas lega. Walaupun ada jugak cacat-cela sikit, but owh come on!!! Kami semua bukan penyanyi atau penari profesional. Kami cuma isteri-isteri tentera. Alhamdulillah tetamu VIP yang datang semua memahami. Yang paling penting everybody have fun (walaupun ada masa aku agak boring sampai layan sudoku. Ampun pengerusi BAKAT. Jangan marah saya). 

Ok la..need to go. I'm really tired.

-(*~*) PuTRi-

Monday, June 6, 2011

Muffin Pandan

Sejak En Amri pergi kursus d PD selama 1 bulan, hidup aku jadi sunyi sikit. Ramai yang tanya "Kenapa tak nak balik kampung?". En Amri tak pernah halang aku balik Perak, tapi aku rasa biar la aku tunggu dia disini...at our home. Baru la rasa macam an army wife (actually aku suka duduk sini sebab aku bebas nak buat apa aja yang aku suka...hehehehehe).

So untuk mengisi masa lapang aku (yang memang hari-hari lapang) disamping untuk memulangkan balik pinggan mangkuk Kak Yati (jiran sebelah rumah yang selalu hantar makanan), petang semalam aku selamat buat muffin pandan dengan jayanya. This was my first attempt and it end up really delicious. Kalau ikut resipi kena guna pandan paste, but sebab aku tak tahu mana nak cari pandan paste, so aku gantikan dengan daun pandan yang dimesin bersama santan. Time baking, satu rumah aku bau pandan. Texture muffin ni pun lembut dan gebu. Tapi muffin aku tak merekah macam muffin tuan punya resipi ni. Here are the recipe:

MUFFIN PANDAN 

Muffin Pandan versi Puan Putri

Bahan-bahan :

200gm self rising flour 
1/2 tsp garam
120gm gula castor 
200ml santan (aku guna yang dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur                   
5-8 helai daun pandan (depends pada tahap kehijaun yang anda nak)


Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc (aku tak letak pun sebab kat rumah tak ada)

Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 

3. Blend daun pandan bersama santan. Tapiskan.
4. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemuabahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
5. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya. 
6. Bakar selama 20minit (depends pada jenis oven anda)

untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di blog tuan punya resipi--> http://irmadilondon.blogspot.com/2009/06/resepi-muffin-pandan.html 

Kepada tuan punya resipi, terima kasih banyak-banyak diatas resipi yang simple but delicious dan minta maaf saya meng"edit" resipi anda sana sini mengikut kesesuain bahan yang ada dalam dapur saya. Kepada En Amri, "Balik nanti Lin buatkan untuk By yer..tapi By cuma boleh makan 1 biji je sebab ingredients muffin ni amat la kurang seswai untuk By yang tengah diet"

-*v*- PutrI-

Friday, June 3, 2011

Tolong Fahami Saya !!!!

Salam All,
Pejam celik dah 5 bulan aku switch my career form an engineer to a "housewife" (housewife ok..not menganggur). Honestly, I'm extremely happy with my career now. No more dateline, no more stress, no more tears (macam shampoo jonhson baby la pulak) bila experiment failed. Aku rasa hidup aku lebih tenang. Alhamdulillah, sejak jadi housewife aku ada banyak masa untuk diluangkan masa menghadap-Nya. Kalau dulu, aku tercari-cari masa untuk baca Quran. Bangun pagi lepas solat subuh..nak pegang Al-Quran pun tak sempat dah kena kejar van Intel. Balik kerja pukul 6 petang..basuh baju then lepak-lepak tengok TV. Lepas solat Isyak, baru nak buka Al-Quran, tapi mata pun dah jadi kuyu. Huhuhuhu..kadang-kadang sebab terlalu penat..isyak pun tak sempat, aku dah hanyut atas katil. Haiiiiiiiiiih, agaknya berapa banyak la dosa-dosa yang aku dah kumpul. Harap masih ada pengampunan untuk aku dari Nya.

THE GREATEST MOMENT IN MY LIFE
Aku bersyukur sangat sebab Allah masih sayangkan aku. Bagi aku peluang untuk sedar dari kesibukkan mengejar dunia. Jangan salah anggap. Aku bukan nak pengaruh you all berhenti kerja dan jadi housewife macam aku. Cuma, mungkin waktu aku kerja dulu aku tak pandai nak seimbangkan antara dunia dan akhirat. Jadi bila Allah bukakan pintu hati aku untuk resign dan ikut Amri tinggal di Sabah...aku bersyukur sangat. Walaupun dari segi kewangan, aku agak kurang stabil (terpaksa merendahkan sedikit taste shopping), tapi aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Aku dekat dengan Amri. Hari-hari dapat tengok senyuman senget dia, dapat terpaksa dengar dia melepaskan bom butana tiap-tiap pagi, dapat jaga makan minum dia dan paling penting kami dapat saling membimbing antara satu sama lain daripada hanyut dengan kenikmatan dunia. 

Tapi, tak semua orang bahagia dengan keputusan yang aku pilih. Ada jugak suara-suara sumbang yang mengata dibelakang atau menyindir depan-depan. Ada yang kata aku bodoh sebab belajar sampai ke Jepun, balik Malaysia dapat kerja yang elok-elok, tapi aku sanggup tinggalkan semua tu demi seorang lelaki (Hello!! That man is my husband and I have been waiting for 9 YEARS to be with him ). Tak apa lah. Orang boleh kata apa saja yang orang nak. Tapi bagi aku, ini keputusan yang terbaik. Aku sanggup tinggalkan semua tu sebab aku nak anak-anak aku dan Amri dapat nikmati kehidupan yang terbaik yang macam pernah aku dan Amri nikmati masa kanak-kanak dulu. Maybe dengan career aku sekarang, aku tak mampu nak hantar anak-anak aku ke sekolah private yang terbaik, tak mampu nak register anak ke pusat tuisyen yang terbaik..tapi sekurang-kurangnya aku dapat berikan anak-anak aku zaman kanak-kanak yang terbaik. Aku nak anak-anak aku membesar dengan adanya both of their parents at their side. Aku nak aku dan Amri kenal siapa anak-anak kami, dan anak-anak kami kenal siapa kami. I want we live as a family under one roof. Although my reason sound like rubbish but, bagi aku itu yang terbaik untuk kehidupan kami sekeluarga. Lagipun aku bukan tak kerja terus, cuma aku masih menvari-cari pekerjaan yang membolehkan aku dan Amri dapat besarkan anak-anak kami bersama. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku akan kerja balik (So, JPA..jangan risau yer. Saya tak akan sia-sia kan biasiswa yang anda berikan pada saya).

Ada jugak suara sumbang yang kata "what if, if one day suami aku berubah hati, tak ke aku rasa terkilan sebab tinggalkan career". Well if thats happens, aku hanya berserah pada Dia. InsyaAllah Dia akan tunjukkan aku jalan. Buat masa ni, aku cuma boleh berdoa minta benda-benda macam tu dijauhkan dari kehidupan kami. Itu semua risiko perkahwinan. Kalau tak berani ambil risiko, jangan kahwin.

Ok..need to go now. My baby Waja kena bawa ke "klinik" kereta sebab belting aircond dah mula keluarkan bunyi tikus. BYE BYE

-(*Y*) PuTRi-