Thursday, December 3, 2020

Scones

Assalamualaikum
Sejak musim PKPB kali ke-2 ni, rajin pulak Mama ke dapur. Last weekend sempat buat Scones diawal pagi. Dah lama berhajat nak breakfast dgn scones. Ini semua penangan drama Kampung People. Nak ke Cameron, udah tak boleh nak rentas negeri. Dok ushar kat FB, ada jugak iklan orang jual scones yang lalu lalang. Tapi ya ampun...harga mahainya. Jadi kita buat sendiri lah jawabnya. 
Kali ni kita buat scones comey-comey supaya senang Ali, Addeena dan Dinie makan. Suku adunan ni saya campurkan dengan coklat bar atas permintaan suami tercinta.
 
                          Scones

Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh garam
5 sudu besar butter yang sejuk (saya guna Buttercup)
1 biji telur (tinggalkan sikit untuk sapuan)
3/4 cawan susu segar sejuk (tinggal sikit untuk sapuan)
1/2 cawan gula castor
Coklat bar (cadbury, tanggo apa-apa pun ok)

1. Satukan tepung dan garam. 
2. Potong dadu butter yang sejuk. Gaulkan dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti. Jangan gaul sampai jadi doh yer. 
3. Masukan gula dan gaul lagi. 
4. Buat lubang ditengah, tuangkan susu dan telur. Gaul lagi sampai semua bahan sebati.
5. Kalau suka boleh masukan coklat cip. 
6. Saya tak suka uli dan tekap. So saya cuma bulatkan adunan macam bola kecik then penyekkan sikit. Buat dua. Kemudian cantumkan macam burger. Jangan tekan kuat sangat. Biar ada garisan kat tengah supaya senang kita nak pisahkan untuk letak jem. Rupa scones memang hodoh sikit tapi bak kata senior saya scones suppose to be ugly.
7. Kemudian masukan dalam loyang acuan muffin/cupcake. Lapik dulu dengan papercup muffin/cupcake yang nipis. Sapukan campuran telur dan susu atas scones tadi.

 8.  Bakar 180 C selama 20 minit atau sampai scones masak. Scones saya comey-comey. Jadi dalam 15 ke 20 minit dah cukup. 
9. Bila dah masak boleh makan scones dengan jem butter atau cream cheese. Makan saja pun sedap. 



Monday, November 23, 2020

Brownies All Chocolate Heaven

Alhamdulillah saya berpeluang lagi mencuba resipi baru minggu lepas. Kali ni saya cuba buat Brownies pula. Actually dah banyak kali saya buat brownies cikedut dengan menggunakan pelbagai resipi. Banyak jugak tips yang saya dapat untuk hasilkan kedutan dipermukaan atas brownies. Ada yang menjadi dan ada yang tak. Ada yang cakap kena guna pure butter tapi mahaiii la pulak. Ada yang cakap kena regangkan pintu oven lepas bakar brownies. Tapi tips yang paling saya rasa berguna untuk hasilkan kedutan tu ialah guna kepingan coklat yang berkualiti atau yang tinggi kandungan coklat. 

Untuk brownies kali ni saya guna bahan-bahan bajet macam Buttercup dan serbuk coklat tiada jenama (yg di repack semula oleh kedai). Cuma untuk kepingan coklat saya guna yang mahal sikit jenama Van Houten. Alhamdulillah...brownies menjadi seperti mana yang sepatutnya. Ada kedutan di atas, bahagian tepi yang berkerak sedikit dan bahagian dalam yang agak basah (tapi bukan tak masak yer). 


Brownies All Chocolate Heaven by 1001 Aneka Resipi Kek

Bahan A
200g dark chocolate compound coin jenama Van Houten 
75g Buttercup
Bahan B
1 biji telur
50g gula perang
Esen vanilla
Bahan C
60g tepung naik sendiri
15g serbuk koko (any brand pun OK)

1. Cairkan bahan A. Guna double boiler pun OK, guna microwave pun OK. Saya cuma panaskan periuk then masukan buttercup. Bila buttercup dah cair saya masukan coklat coin. Then kacau sampai cair. 
2. Pukul bahan B sampai rata. Just pukul pakai whisk tak perlu guna mixer. Then campukan bahan A dan B. Kacau pakai senduk.
3. Campurkan bahan C. Saya campurkan masa timbang. Lagi senang. Dan saya tak ayak pun.
4. Masukan bahan C ke dalam adunan coklat sedikit demi sedikit sambil kacau guna kaedah kaup balik. Kacau rata jer. Tuang dalam loyang.
5. Panaskan oven 150 C selama 10 minit ( yang ini saya tak follow resipi asal). Bakar adunan selama 40 minit bergantung pada oven. Kalau risau brownies hangus boleh try set 30 minit dulu then tambah masa sampai brownies masak. 

Kalau guna kepingan coklat yang tinggi kandungan coklat, InsyaAllah lapisan kedut tu akan jadi. Happy Baking 💕💕💕

Nota kaki :
Ini rupa dark coklat compound coin yang saya guna. Saya beli pek yang 1kg dalam RM 16 +++. Kalau ikut resipi asal guna dark coklat Beryls. 

Sunday, November 22, 2020

Butter Cake Versi Bajet

Assalamualaikum

Udah lama sangat tak update blog ni. Sejak dah jadi Mama 3 anak, udah lupe pasal blog ni. Anak yang bongsu dekarang dah 2 tahun..jadi adalah masa sikit nak update. Kali ni nak up resipi Butter Cake versi bajet. Sebab apa bajet?!!! Sebab kek ni cuma pakai fat spread jenama Farmcows yang murah tapi still rasa macam butter cake yang guna butter mahal. 

Selama ni kalau buat butter kek mesti nak guna original butter macam Anchor atau Emborg. Selalunya paling murah harga butter ni ada la dalam RM 7 +++. Agak mahaiii sikit. Pernah jugak buat kek butter guna butterspread macam Farmcows atau Buttercup, tapi rasa kek tak akan sesedap yang guna butter ori.  

Since dah jumpa resipi ni...rasa lega sesangat. Kebetulan anak- anak memang penggemar butter cake....so after this Mama boleh buat butter cake bila anak request..tak payah nak beli butter mahal. Udah ada 3 orang anak ni kena pandai atur bajet.

Butter Cake by Iluminasi

250g majerin (1buku Farmcows)
1 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri
4 biji telur
1/2 cawan susu segar (Dutch lady, Nestle, marigold apa-apa brand pun Ok)
1 penutup esen vanilla

1. Pukul mantega dan gula sampai kembang. Kalau campuran dan jadi kuning cerah tu maknanya dah kembang lah. Lagi senang pakai mixer.
2. Masukan telur 1 per 1 sambil pukul. Then masukan esen vanilla. Pukul rata.
3. Masukan tepung berselang seli dengan susu sampai habis. Kacau pakai senduk atau sudu. Tak payah pakai mixer dah. 
4. Masukan dalam loyang. Tapi this time saya buat versi cupcake sebab anak- anak nak main deco kek. 
5. Panaskan oven 180 C selama 10 minit. Dan bakar kek sampai masak. Masa bergantung pada oven. Masa saya buat guna loyang ambik masa dekat sejam jugak. Bila buat versi cupcake saya bakar dalam 30 minit. 

Senangkan??!!! Selamat mencuba 💝💝💝



Tuesday, April 24, 2018

Food Craving : Roti Bawang Putih Dengan Sos Bolognese

Assalamualaikum
Akhir bulan lepas, kami sefamily attend sambutan birthday anak-anak PASTI. Jamuan makan dibuat secara port luck. Most of parents memang sangat supportive. Pelbagai menu ada dari nasi, pulut kuning, brownies, tart hingga lah ke aiskrim. Jangan tanya saya bawa juadah apa...sebab juadah saya simple simple jer..malu nak khabor.

Dalam banyak-banyak menu...saya terpikat dengan satu menu ni. Simple jer...tapi terliur sangat tengok...which is Roti Bawang Putih dengan Sos Bolognese. Selalu makan sos bolognese  dengan spaghetti jer kan....kali ni makan dengan roti. Lain sikit....dalam hati nak cuba tapi perut dah sendat sangat time tu. Almaklumlah dalam rahim dah berpenghuni...so kapasiti perut dah jd makin kecik. Tak pa sayang....Mama redha.

Disebabkan asyik teringat-ingat menu roti cicah sos bolognese, so saya pun terpaksa lah masak sendiri. Tak susah pun nak buat sebab saya pakai sos Prego yang dalam tin. Untuk roti pun sama. Cuma beli roti baguatte @ roti perancis dan sapukan dengan garlic spread dan bakar. Simple kan!!!! Alhamdulillah...simple menu macam ni pun dah cukup untuk kenyangkan perut kami. Untuk resipi kali ni saya just bagi resipi sos bolognese jer la.

Sos Bolognese


Bahan-Bahan
1 tin sos traditional Prego (tin merah)
1/2 tin sos carbonara Prego (tin biru)
Daging cincang
Bawang merah, bawang putih dan halia
Cili kisar/cili boh
Tomato (kalau suka extra masam)
1 kiub daging (kalau tak suka, gantikan dgn garam)
Minyak zaiton

1. Tumis minyak zaiton bersama bawang-bawang dan halia.
2. Masukan cili kisar. Tumis sampai naik bau.
3. Masukan daging cincang. Goreng bagi masak sikit.
4. Masukan sos tradisional prego. Masukan sos carbonara prego. Gaul sebati dengan daging cincang.
5. Masukan kiub daging/garam.
6. Masukan tomato. Biarkan sampai daging masak dan sos jadi pekat.

Kenapa saya suka campurkan sos tradisional dan sos carbonara?!!!! Saja jer...sebab saya suka sos spaghetti saya pekat dan rasa lemak sikit. Tapi kalau rasa tak nak campur pun tak apa. Ini cara saya....

Kuah ni kalau tak habis boleh simpan dalam fridge. Nanti panaskan balik, boleh makan dengan spaghetti pulak. Huhuhu....jimat masa kan.

Tuesday, April 10, 2018

Sup Daging Siam Express

Assalamualaikum
Dah lama bersiaran. Alhamdulillah...sekarang ni saya lebih banyak berehat sebab tengah sarat preggykan anak ke -3. Dapur Pn Putri masih lagi berasap, tapi jarang-jarang sebab sejak preggy ni ada masa ada tenaga boleh lah masak..ada masa saya just baring or tidur.
Since dah nak maduk 7 bulan ni, alahan dah beransur hilang tapi kaki pulak cepat lenguh. Kalau buat kerja berdiri lama sikit....kaki mula rasa membengkak dan lenguh. So semua kerja rumah pun kalo boleh nak express saja termasuk lah bab memasak. Jadi....kita guna apa saja perencah segera yang ada di pasaran. Yang terbaru saya cuba Perencah Sup Siam brand Adabi. Sup ni rasa masam-masam sikit. So bagi yang suka sup masam boleh try.
Untuk cara masak dan kuantiti masakan boleh rujuk pada bungkusan perencah. Saya pun follow jer...tapi ada lah buat penambahbaikan sikit sebab kalau follow resipi betul-betul rasa macam plain pulak sup saya.

Bahan-Bahan


1 paket sup siam adabi
Daging
Bawang merah, putih dan halia (tumbuk)
Celery
Tomato
Ubi kentang
1 kiub daging
air limau nipis
Bawang goreng

1. Tumis bawang merah, putih dan halia.
2. Masukan air ikut sukatan di bungkusan perencah. Masukan daging, ubi kentang dan perencah sup siam. Biar masak sampai daging empuk.
3. Masukan kiub daging. Biar rasa sebati.
4. Untuk sup rasa lebih masam, boleh tambah air limau nipis ikut citarasa tekak anda.
5. Masukan celery. Biar masak.
6. Akhir sekali masukan tomato. Saya tak suka tomato hancur sebab tu masukan last sekali.
7. Sebelum makan, taburkan bawang goreng.

Bagi yang nak sup rasa pedas, saya cadangkan anda ketuk cili padi dan masukan dalam sup time masak. Tapi kebiasaannya saya lebih suka buat kicap + cili padi. Bila nak makan, tambah jer kicap + cili padi ikut tahap kepedasan yang kita nak.

So far...sup yang saya buat ni belum pernah mengecewakan perut suami lagi. Alhamdulillah....suami makan siap bertambah. Senang dapat suami tak banyak kerenah..Tq En Amr..

Thursday, March 2, 2017

Scones....Cubaan Kedua

Assalamualaikum
Malam semalam cuba buat scones lagi. Last month dah try buat tapi resipinya tak berapa nak betul. Bentuk scones tu dah ada...tapi sconesnyer keras. Huhuhuhu....time buat tu pun dah tau sukatan tepung terlalu banyak. Itupun saya tak follow resipi tu betul-betul...kalau follow...agaknya scones saya jadi batu. Baling kat dinding pun dinding retak.

Kali ni saya follow resipi En Mat Gebu. Tapi adalah derhaka sikit. Hehehe....mintak maaf ye. Resipi En Mat Gebu ni mudah..bahan pun tak banyak. Rasanya tak sampai 30 minit doh scones dah siap diuli. 30 minit tu pun...siap ada penganggu kecil @ Ali. Ada jer yang dia nak kacau....saya nak tuang susu..dia nak rasa susu....saya dah siap uli...dia nak rasa sikit tepung mentah tu. Alahai Imam kecil Mama ni....

Masa baking tak terlalu lama...around 20 minit. Scones saya hodoh sikit kejadiannya. Kalau ikut resipi En Mat Gebu doh scones ni kena canai dan tekap. Tapi kan...pencanai saya pun tak tau ke mana (last time nampak dalam kotak mainan anak soleh dan solehah saya ). Maka...saya pun buat ikut kretif sendiri. Saya gentel jadi bola sederhana besar..then canai kat atas tangan sendiri. Hahaha....awat la malas sangat sekarang ni.

Scones kali ni...saya sangat-sangat berpuas hati. Teksture rangup kat luar dan lembut kat dalam. Puas hati... So lepas ni kalau nak buat scones...saya akan guna resipi ni lagi. Cuma next time kita buat rupa dia molek-molek sikit ye.


SCONES 

Bahan-bahan

100g butter (dadu dan sejukan)
2 cawan tepung (self rising)
1 biji telur (asingkan 1 sudu kecil)
60 ml susu segar (simpan baki susu sikit)
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan gula castor (lebihkan kalau tak nak makan scones dengan jem)

1. Gaul tepung, gula dan butter dengan hujung jari sampai tekstur tepung bergumpal macam serbuk roti. Saya saran anda gaul dalam bekas yang besar.
2. Buat lubang ditengah tepung. Tuangkan telur dan esen vanilla. Gaul rata. Masukan susu segar sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh lembut. Kalau rasa doh lembik sangat..tambah tepung..kalau rasa keras sangat..tambah susu. Pandai-pandai la ye..
3. Baki 1 sudu kecil telur dan susu tadi dibancuh.
4. Uli doh jadi bola sederhana besar. Ambil 2 biji doh...cantumkan dan tekan atas tapak tangan. Taraaaaa dah jadi bentuk scones. Jangan tekan sampai scones jadi leper sangat sebab nanti doh akan mengembang. Tekan sikit-sikit je. Kalau nak ikut En Mat Gebu guna pencanai dan tekap guna acuan pun boleh...
5. Alas dulang pembakar dengan kertas. Taburkan sikit tepung atas dulang. Susun scones atas dulang.
6. Sapukan bancuhan telur dan susu tadi ke meliputi scones. Sapu guna berus ye..
7. Bakar guna suhu 190C sampai permukaan atas scones merekah atau perang sikit. 

Thursday, February 16, 2017

Scones...Cubaan Pertama

Assalamualaikum
Ini entry yang terperam lama. Cerita time musim hujan hari tu..tension baju tak kering-kering. So, Puan Putri pun melepaskan tension didapur. Time tu mood balik dari Cameron tak habis lagi....makanya terhasil lah scones. Actually this was my 1st attempt baking scones. Before this..dengar orang cakap buat scones ni mudah dan cepat..tapi tak berani nak cuba. Walaupun 1st attempt...nak kata 100% menjadi tu tak jugak..sebab scones saya jadi keras sikit..but still boleh dimakan. Ok lah tu..cuma nak share resipi kat sini..rasanya belum boleh lagi. Tunggu saya dah jumpa resipi yang betul-betul OK baru saya share. Sebab resipi scones yang saya guna kali ni..agak mengecewakan. Sukatan tepung yang diberi agak kurang. So kena pandai-pandai sendiri tambah tepung...tu yang scones saya jadi keras sikit. 

Scones ni sedap makan time musim hujan..time suasana sejuk-sejuk...feeling macam duduk Cameron. Saya makan dengan jem strawbetry, butter dan cream cheese. Tapi rasanya makan dengan cream cheese tu kurang sesuai sikit. Tak apa lah...next time kita try lagi. Doakan ye..scones ku menjadi di cubaan ke-2.