Salam All
Ada ker lagi readers blog ni? !!! Dah lama sangat tak melawat rumah ni. Since saya tinggal dengan my parents di Perak, saya dah jarang-jarang ke dapur. So tak ada resipi baru yang nak di"share"kan. Thats why saya selalu lepak di "rumah" satu lagi, berkongsi kisah hidup. Sorry ya !!!!
Entry kali ni bukan nak cerita pasal resipi. Last weekend, first time saya bawa my baby Amrsyar having buffet lunch kat hotel. Mula-mula tu risau jugak..kalau-kalau this boy buat hal. Since dia dah merangkak dengan lajunya, Amrsyar tak suka kena dukung or duduk diam. He keeps moving every seconds. Tapi, Alhamdulillah...dia tak banyak kerenah. Cuma kena bergilir-gilir jaga dia. Since En. Amri tak dapat join coz terlibat dalam "Hari Tentera Bersama Rakyat", so terpaksa lah Opah dengan Tok ambik alih tugas melayan kerenah si budak kecik ni. Dapat lah mama Amrsyar makan dengan tenang.
Menu buffet lunch di Impiana Hotel (previously know as Casuarina Hotel) tak banyak sangat. But, bagi family saya, kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel lain yang ada di Ipoh, buffet Impiana Hotel selalu jadi pilihan kami. If boring dengan rasa di Impiana kami akan ke Haritage. Buffet di hotel-hotel lain kami dah cuba..tapi hanya dua tempat ni saja yang tepati tekak kami. Saya tak sempat nak merasa semua (sebab perut kecik), but...masakkan dia not bad lah. Berbaloi dengan harga yang kita bayar. Antara semua menu yang ada tengah hari tu, yang saya paling suka ialah Apple Crumble. Dah lama tak dapat makan dessert puas-puas. I still remember when I was a student in Japan, ada hotel or cafe yang suka buat "Dessert Tabehodai" or "Dessert Buffet". Masa tu suka sangat-sangat sebab boleh makan dessert puas-puas. Pilihan dessert yang disediakan banyak pelbagai. Cuma kena berhati-hati coz ada yang tak halal. Tapi kali ni, walaupun pilihan dessert yang ada tak banyak..tapi cukup lah untuk memuaskan tekak saya. I wonder Ada tak hotel kat Perak yang buat Dessert Buffet ? Teringin nak pergi.
Ok la...dah cukup panjang entry kali ni. Dah sampai masa jari saya berhenti menekan keyboard. Akhir sekali sebagai pengganti gambar menu Buffet Lunch kami di Impiana Hotel..terima lah .....
................................
gambar gelagat tok dan opah melayan kerenah cucu yang aktif.
Amrsyar pun sibuk nak makan |
Cucu Manje !!!!! |