Salam All
Lamanya tak letak entry baru!! Lately hidup aku berubah 180 darjah. Kenapa?!!!!! Hurmmmmm I'm not ready to share the story yet...but the time will come. Ok lah cuma tinggal 1 minggu saja lagi before OUR 2TH WEDDING ANNIVERSARY. 25 hb December ni cukup 2 tahun kami kahwin. Rasa macam sekejap saja. Sepanjang 2 tahun kami bergelar hubby and wife..boleh tahan banyak jugak dugaan. Betul kata Ucu, dugaan selepas berkahwin memang lagi hebat dari alam bercinta. Masa bercinta semuanya indah. Yalah mana tak indah kan..pegi dating kita mesti pakai perfume, make up cantik-cantik, pakai baju lawa-lawa, kentot pun sembunyi-sembunyi. Tapi bila dah duduk serumah, makan seperiuk, tido setilam....bangun tido dah bau air liur basi dia, celik mata nampak jerawat batu dia (tak kan tidur pun nak pakai concealer and foundation), duduk rumah pun pakai T-shirt dan seluar track jer hari-hari, kentot dia pun dah jadi macam alarm clock kita pagi-pagi (AMARAN : PENYATAAN DIATAS TIDAK MERUJUK KEPADA KAMI). Baru nampak baik dan buruk si dia kan. Itu la sebab orang tua-tua pesan kalau nak pilih pasangan bukan yang cantik, lawa dan bergaya..cukup kalau yang buat kita senang dan tenang bila pandang dia.
Ok enough marapu tak tentu pasal. Hurmmm..aku tak ada rancangan apa-apa pun untuk anniversary kami tahun ni. Nak baking...terasa malas sangat (sekarang ni lunch pun En Amri beli dekat kedai). Last year En. Amri hadiahkan aku gelang tangan..but this year, aku tak mintak apa-apa pun dari dia sebab aku rasa kami dah dapat hadiah terbaik yang kami nanti-nantikan dari Allah (I'll story about it later). Tapi aku ada mention dekat En Amri yang tekak aku ni teringin nak makan Salmon Spaghetti dekat restoran Italy di Damai. Tengok lah kalau pak cik tu rajin nak bawa. Harapan aku untuk anniversary tahun ni :
1. Semoga tahun depan kami dapat sambut ber-3 pula. InsyaAllah...
2. Semoga En Amri sihat tubuh badan supaya dia boleh kerja keras lagi untuk kami satu family.
3. Semoga gaji En Amri naik lagi tahun depan.
4. SEMOGA ALLAH RAHMATI RUMAHTANGGA DAN KELUARGA KAMI.
Need to go now... Orang gaji LG dah panggil suruh aku sidai baju. Bye Bye!!!!!
P/s untuk En Amri (if you read this) : Lin tak nak apa-apa but if you insist.. I don't mind terima rantai dari Habib. Harga emas tengah turun BTW.
No comments:
Post a Comment