Wednesday, August 10, 2011

Happy Birthday To Me

Lama rasanya tak update blog ni. Lately aku busy sikit. Lot of things happened in my life..and they make me more matured. Dan peristiwa yang paling mematangkan aku was "ON 5 AUGUST BARU-BARU NI, AKU CELEBRATED MY 27TH BIRTHDAY". Dah tua kan aku ni...haaaaaaaiiiiih.. Umur makin bertambah every year, but masih banyak plans yang aku dah rancangkan masih belum execute. Well what can I say..hidup tak semestinya follow track yang kita dah buat dan rancangkan. Sometime kita akan terpesong ke kiri and sometime kita akan tersasar ke kanan. But, there are nothing to lose..coz everytime kita tersasar, mesti ada experiences baru yang kita kutip and that experiences will make we more matured. OK enough about cerita peningkatan umur aku.
Sempena Birthday aku yang ke 27, nothing special from my husband. Dia cuma belanja aku makan "ROTI BAKAR DAN WHITE COFFEE KAT OLD TOWN". Best kan hadiah birthday aku. Actually En Amri ajak aku berbuka di buffet Ramadhan dekat Palace Hotel, but perut aku ni amat la kecik. Kalau pergi buffet, aku cuma dapat makan around 30 minit je. After that, mula la tercungap-cungap. Nanti ada yang jadi mangsa kena dukung aku balik rumah. Hahahaha... 
Untuk birthday aku tahun ni, aku malas nak beli cake. Rasa jemu pulak dengan cake Secret Recipe. So, I decided to bake (not bake actually sebab aku tak bakar pun) make TIRAMISU. This was my first attempt buat Tiramisu guna cream cheese and whipping cream and the cake taste really good. Masa kat Jepun aku guna mascarpone cheese. Tapi dekat Malaysia ni teramat la susah nak mencari mascarpone cheese. Masuk 10 kedai kek pun belum tentu jumpa lagi mascarpone cheese. 

Resipi ni aku cilok dari web Myresipi tapi ada yang aku ubah sikit. Thank you kepada tuan punya resipi. 

TIRAMISU
Tiramisu hasil tangan Puan Putri


1 biji sponge kek (aku ganti dengan biskut lady finger)
250 ml whipping cream
200 ml cream cheese (aku guna 200gm cream cheese sebab cream cheese aku keras)
1/2 cawan gula (boleh lebihkan kalau nak manis coz cream cheese tu agak masam)
1 cawan air panas
1 sudu makan nescafe
serbok koko

1. Bancuh nescafe dengan air panas.
2. Satukan gula, whiping cream dan cream cheese. Pukul adunan sampai kembang.
3. Susunkan kek atas bekas (untuk 1st layer). Tuangkan 1/3 cawan nescafe atas kek.
4. Sapukan cream atas kek tadi.
5. Ulang langkah 3 dan 4 sampai adunan habis.
6. Ayak serbuk koko masa nak hidang.

En. Amri suka sangat tapi aku tak galakkan dia makan banyak sangat sebab Tiramisu ni guna cream cheese..not really good for his diet. Anyway it worth to give this recipe a try and HAPPY BIRTHDAY 27TH TO ME !!!!!!!





Thursday, July 21, 2011

My Venessa

Who is Vanessa?!! My daughter? My cousin? My best friend? Actually tak ada satu pun yang betul. But, Vanessa came into my life November last year. I still remember when my husband brought her back..it was night at that time. Lepas solat Maghrib dia paksa aku turun bawah rumah. Aku ingat orang tua tu dah buang tebiat..suruh aku turun time Maghrib. Rupanya nak tunjuk VANESSA pada aku.

So yesss..Vanessa is my car. I don't know why..but I got the feeling that car is a girl. Because setiap pagi, bila aku nak start enjin and dia buat perangai..aku terpaksa pujuk dia..sometime I even sing a song for her. "Vanessa is a good girl, dun give me any trouble" (Luckily aku sorang jer time drive. Kalau tak, sah aku dah masuk hospital mental sekarang)

Selasa lepas aku bawak Vanessa pergi bengkel sebab dia dah start buat bunyi yang menyakitkan telinga (sampai anak jiran aku pun kuar rumah bila aku keluarkan Vanessa dari car park). First aku bawak dia pergi Pusat Service Proton sebab memang selalunya bila dia meragam aku akan bawak dia pergi sana. After abang Pusat Service check...dia confirm yang Vanessa's problem is her TIMING BELT. Bila aku dengar TIMING BELT, dah tau dah...berlubang besaq la poket aku hari ni. So, dia mintak RM 580 untuk tukar timing belt dengan set sekali. MAK Aiiiiiiii......Mahalnya!!!!!! Fikir punya fikir and after call 3 orang lelaki terpenting dalam hidup aku (En Amri, Abah and Along), last sekali aku decided nak cari bengkel lain...coz para penasihat aku cakap..biasanya tukar timing belt around RM 120 ke RM 250.

So aku terus pergi pekan Putatan. 1st bengkel yang timbul dalam otak aku was BUMISA. Kenapa BUMISA? Sebab bengkel ni sebelah Giant and enjin kereta aku pernah mati dan tak mau hidup balik, betul-betul depan bengkel ni. Abang-abang bengkel ni la yang tolong tolak kereta aku masuk bengkel diaorang then check. Last-last baru tau..rupanya masa nak start enjin balik, aku tak tukar gear Neutral. Hehehehehe..stupid right. But yeah...abang-abang bengkel ni memang really kind. So aku cuba tanya bengkel ni berapa untuk tukar  timing belt. Abang bengkel cuma mintak RM 245 tapi brand belt tak dikenali. But belting boleh tahan sampai 100 ribu KM. Ok la tu..harga separuh daripada yang Pusat Service Proton mintak. So I let them operate my Vanessa.
Venessa ku di"operate"

Hari ni alhamdulillah..Vanessa dah tak buat bunyi pelik-pelik lagi. So aku tak payah la cakap sorang-sorang lagi dalam kereta. But dalam kepala otak aku sekarang dah terfikir plan-plan untuk panjangkan hayat timing belt Vanessa. Here are the plan:
1. En. Amri selepas ini, sila pergi kerja pakai motor ye.. Kalau hujan jer boleh pakai Vanessa.
2. Puan Putri jangan gatai kaki nak keluar pekan tiap-tiap hari bila En Amri outstation.
3. Cepat-cepat matikan enjin bila dah sampai destinasi. And if menunggu orang tak payah la hidup kan enjin. Pergi la cari parking dan matikan enjin kereta sebab walaupun kereta tak bergerak dan meter tak berjalan tapi selagi enjin dihidupkan belting akan tetap berputar. Itu sebab ada kereta yang walaupun tak sampai 100 ribu KM lagi, tapi timing belt dah ada problem.

Untuk tukar timing belt yang seterusnya aku ingat nak beli timing kit dari semenanjung. Sampai sini just mintak abang pomen tolong tukar saja.

OK GTG. Petang ni ada BAKAT and aku kena jadi Stage Manager la pulak. I'll story about it later. Bye

Monday, July 18, 2011

Kerja Oh Kerja

Its has been almost half year aku jadi full time housewife. Sometime bila kena tinggal sorang-sorang macam sekarang, teringin nak kerja balik. Teringat balik masa kerja kat Intel dulu. Bangun pukul 6 pagi and siap-siap pergi kerja, pukul 7 van datang ambil. Kalau aku lambat bangun, nanti minta Hui Yin tolong ambilkan (rindu pulak dekat minah sepet tu). Then pukul 11.45, aku dan Hui Yin akan pergi lunch (walaupun lunch hour start pukul 12). Balik pukul 5 petang (kalau Chris mintak tolong, terpaksa  kerja sampai pukul 8 or 11 malam). Sampai rumah kepala otak dah rasa macam nak pecah, badan rasa penat dan hati rasa sarat dengan stress. And esoknya, bermula lagi routine yang sama...till weekend..boleh la release tension sikit. 
Bila fikir tu semua balik...hehehehe..macam tak sanggup den nak korje macam dulu. Rambut pun banyak yang luruh..almost botak kat depan ni disebabkan stress yang tak dapat dilepaskan. I know, stress is one part of working lifestyle...but aku cuma harap, bila penat dan stress...balik kerja..sampai rumah aku dapat hilangkan semua tu. I really hope I can find a job here. But.....till sekarang...penat dah print dan pos resume, satu kerja pun tak mau melekat. Mungkin ada kelemahan dari pihak aku...but yang pasti for engineering degree holder memang susah nak cari kerja di Sabah. Kebanyakkan job vacancy disini demand for business or HR field of study + they want Sabahan bah!!!!!
Aku pernah attend interview di Cosmopoint College as Eksekutif Hal Ehwal Pelajar. Dalam job requirement dia tulis degree in any filed. So, aku pun apply and berjaya dijemput menghadiri interview. The interview was held in English, so interviewer tak aspects aku orang semenanjung until she asked me "When you came back to Sabah?". Adoi yaaaaa!!!!!! Aku pun terpaksa la mengaku, I'm not Sabahan. Aku baru pindah Sabah ikut husband. After that everything become bitter and sour. So, sebelum 3 bulan, aku dah tau apa keputusan interview tu. 
And rite now, I still unemployed. Kalau di Semenanjung, ramai antara kita merungut bila job requirement asked for "can speak mandarin or chinese". But, kita still ada banyak lagi pilihan company lain yang nak hire pekerja tak kira kaum. Disini pulak, aku terpaksa struggle dengan job requirement yang mahukan orang Sabah juga. Cuma syarat tu tak dinyatakan secara terang-terangan. Sakit hati?!!!!! Memang terasa didiskriminasikan sangat. Tapi apa boleh buat...dah hidup ditempat orang. Sabar saja la...
Sometime terfikir jugak nak balik semenanjung dan cari kerja disana. Tapi, rasanya tak sanggup nak tinggalkan Amri dekat sini. Apa guna aku kahwin kalau cuma dapat jumpa hubby aku 4 or 5 kali setahun. Better kami tak payah habis duit beribu-ribu untuk kahwin. So, sekarang aku redha dan serahkan urusan ni pada Allah saja. Yang aku boleh buat just keep sending my resume and apply for job. 
Untuk insan-insan diluar sana yang mengalami nasib macam aku, ini ada sepotong tafsir ayat Al-Quran yang mungkin boleh jadi pengubat hati:

"Ketetapan Allah pasti datang, maka jangan lah kamu meminta agar dipercepatkan datangnya. Maha suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan." - An-Nahl ayat 1.

p/s : Baca surah An-Nahl teringin pulak nak makan madu..Hehehehehe!!!!!

Thursday, July 14, 2011

Semalam Ialah Hari Yang Masam

Semalam ialah hari yang tersangat masam. Kalau ikut hati rasa nak pengsankan diri 1 hari. Sometime rasa benci bila kita kena paksa buat something yang membazir masa dan tak datangkan faedah. Now I know why some people hate BAKAT. Kadang-kadang manusia ni bila dah ada pangkat (actually husband dia yang berpangkat so automatic dia pun dapat la kuasa), dia akan jadi alpha tentang perasaan dan kemahuan orang lain.
OK senang cerita, aku bengang sebab kena paksa turun jadi penonton LATIHAN TARIAN pada almost every night pukul 8 malam (until pukul berapa pun aku tak tahu) sampai 24hb 7 ni. Aku tak terlibat pun sebab memang tak ada bakat..tapi dipaksa jadi penonton untuk bagi sokongan moral pada penari. Tak cukup lagi ke 3 orang instructors yang bridged hired untuk ajar penari tu menari (gaji instructors tu pun nanti masuk mess bill laki aku jugak)? Kenapa perlu sangat sokongan dari isteri-isteri pegawai yang lain? Perlu ke aku bazirkan masa yang sepatutnya aku spend dengan En. Amri dekat rumah? Derhakakah aku kalau aku membantah something yang aku fikir tak logik dan tak rasional langsung? 
Tapi bila orang kuat dah bising-bising (dengar cerita sampai mengamok), aku turun jugak malam tadi walaupun dengan muka masam macam buah mampelam muda. Kebetulan En Amri ada meeting, jadi tak ada la rasa bersalah sangat pada dia. But, still aku rasa tak berbaloi pun turun jadi penonton. Sebab lepas balik dari latihan tu, mata rasa mengantuk sangat and badan pun rasa layu semacam je. Aku packing barang En Amri pun macam nak tak nak. Kesian Pak cik tu..entah complete ke tak barang dia nak pegi latihan menembak. Dan malam ni aku bercadang nak derhaka lagi, sebab amat la tidak seswai buat latihan tarian pada Khamis malam Jumaat. Walaupun masa latihan dibuat selepas masjid kat depan dewan tu habis tahlil dan yassin...tapi still aku rasa bersalah nak pergi. Nanti dalam kubur malaikat tanya aku "WAHAI PUTRI, KENAPA ANDA BOLEH TURUN JADI PENONTON LATIHAN TARIAN TAPI TAK BOLEH NAK PERGI MAJLIS TAHLIL DAN YASSIN DEKAT MASJID ?". Nak pergi dua-dua..tak mampu la pulak badan aku ni. 

So untuk memaniskan balik hari yang masam semalam, aku baked STRAWBERRY JAM MUFFIN. Sebab aku tak ada mood, jadi bentuk muffin aku pun tak berapa cantik. En Amri cakap macam cendawan. Walaupun dah makan 2 biji muffin yang manis, semalam masih hari yang masam untuk aku. 

STRAWBERRY JAM MUFFIN  

For En Amri: Thank u very much sebab tak pernah paksa saya turun BAKAT and sorry banyak-banyak kalau anda kena denda sebab kepala batu saya. Really SOOOOOORY BABY!!!!!!

Thursday, June 9, 2011

Saya Cuma Ahli BAKAT Picisan

Aaaaaaaahhhhh!!! Penatnya!!!!!

Sejak Selasa, aku busy sikit dengan persiapan untuk Majlis Ramah Mesra Bersama Isteri Menteri Pertahanan. Untuk tahun ni, rasanya ini la acara terbesar bagi kami BAKAT 5 Briged sebab kedatangan isteri menteri pertahanan turut ditemani oleh isteri panglima-panglima tentera darat yang lain.Walaupun penglibatan aku cuma kecik (setakat membantu pasukan koir BAKAT men"sumbang"kan lagu), tapi rehearsal untuk majlis tersebut memang memenatkan. Selasa dan rabu, pagi petang, malam..kami balun rehearsal. Kering jugak la anak tekak aku everytime balik rumah lepas latihan koir.

Tarian Bollywood. Kalau aku yang disuruh menari rasanya
tak jadi gelek Bollywood, tapi jadi
GULING BOLLRWOOD
Actually penglibatan aku dalam majlis ni pun secara mengejut. Sepatutnya aku tak payah join pun tak apa coz En Amri tengah berkursus di PD selama 1 bulan. Tapi disebabkan sekarang ni musim cuti sekolah, ramai ahli-ahli BAKAT yang bercuti. Maka muka aku ni la yang terpaksa menjadi bidan terjun untuk pasukan koir. Sedih pulak tengok bilangan ahli pasukan koir macam pasukan nasyid. Nak tak nak..join la jugak. Walaupun suara aku tak sesedap mana, tapi cuma ini je yang aku mampu nak sumbangkan. Daripada aku disuruh bergelek atas pentas, baik aku join koir. Suara sumbang pun tak apa, nyanyi ramai-ramai.

Its me, PutRi!!! Penyumbang suara pasukan koir
Baru tadi usai majlis..semua orang tarik nafas lega. Walaupun ada jugak cacat-cela sikit, but owh come on!!! Kami semua bukan penyanyi atau penari profesional. Kami cuma isteri-isteri tentera. Alhamdulillah tetamu VIP yang datang semua memahami. Yang paling penting everybody have fun (walaupun ada masa aku agak boring sampai layan sudoku. Ampun pengerusi BAKAT. Jangan marah saya). 

Ok la..need to go. I'm really tired.

-(*~*) PuTRi-

Monday, June 6, 2011

Muffin Pandan

Sejak En Amri pergi kursus d PD selama 1 bulan, hidup aku jadi sunyi sikit. Ramai yang tanya "Kenapa tak nak balik kampung?". En Amri tak pernah halang aku balik Perak, tapi aku rasa biar la aku tunggu dia disini...at our home. Baru la rasa macam an army wife (actually aku suka duduk sini sebab aku bebas nak buat apa aja yang aku suka...hehehehehe).

So untuk mengisi masa lapang aku (yang memang hari-hari lapang) disamping untuk memulangkan balik pinggan mangkuk Kak Yati (jiran sebelah rumah yang selalu hantar makanan), petang semalam aku selamat buat muffin pandan dengan jayanya. This was my first attempt and it end up really delicious. Kalau ikut resipi kena guna pandan paste, but sebab aku tak tahu mana nak cari pandan paste, so aku gantikan dengan daun pandan yang dimesin bersama santan. Time baking, satu rumah aku bau pandan. Texture muffin ni pun lembut dan gebu. Tapi muffin aku tak merekah macam muffin tuan punya resipi ni. Here are the recipe:

MUFFIN PANDAN 

Muffin Pandan versi Puan Putri

Bahan-bahan :

200gm self rising flour 
1/2 tsp garam
120gm gula castor 
200ml santan (aku guna yang dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur                   
5-8 helai daun pandan (depends pada tahap kehijaun yang anda nak)


Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc (aku tak letak pun sebab kat rumah tak ada)

Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 

3. Blend daun pandan bersama santan. Tapiskan.
4. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemuabahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
5. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya. 
6. Bakar selama 20minit (depends pada jenis oven anda)

untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di blog tuan punya resipi--> http://irmadilondon.blogspot.com/2009/06/resepi-muffin-pandan.html 

Kepada tuan punya resipi, terima kasih banyak-banyak diatas resipi yang simple but delicious dan minta maaf saya meng"edit" resipi anda sana sini mengikut kesesuain bahan yang ada dalam dapur saya. Kepada En Amri, "Balik nanti Lin buatkan untuk By yer..tapi By cuma boleh makan 1 biji je sebab ingredients muffin ni amat la kurang seswai untuk By yang tengah diet"

-*v*- PutrI-

Friday, June 3, 2011

Tolong Fahami Saya !!!!

Salam All,
Pejam celik dah 5 bulan aku switch my career form an engineer to a "housewife" (housewife ok..not menganggur). Honestly, I'm extremely happy with my career now. No more dateline, no more stress, no more tears (macam shampoo jonhson baby la pulak) bila experiment failed. Aku rasa hidup aku lebih tenang. Alhamdulillah, sejak jadi housewife aku ada banyak masa untuk diluangkan masa menghadap-Nya. Kalau dulu, aku tercari-cari masa untuk baca Quran. Bangun pagi lepas solat subuh..nak pegang Al-Quran pun tak sempat dah kena kejar van Intel. Balik kerja pukul 6 petang..basuh baju then lepak-lepak tengok TV. Lepas solat Isyak, baru nak buka Al-Quran, tapi mata pun dah jadi kuyu. Huhuhuhu..kadang-kadang sebab terlalu penat..isyak pun tak sempat, aku dah hanyut atas katil. Haiiiiiiiiiih, agaknya berapa banyak la dosa-dosa yang aku dah kumpul. Harap masih ada pengampunan untuk aku dari Nya.

THE GREATEST MOMENT IN MY LIFE
Aku bersyukur sangat sebab Allah masih sayangkan aku. Bagi aku peluang untuk sedar dari kesibukkan mengejar dunia. Jangan salah anggap. Aku bukan nak pengaruh you all berhenti kerja dan jadi housewife macam aku. Cuma, mungkin waktu aku kerja dulu aku tak pandai nak seimbangkan antara dunia dan akhirat. Jadi bila Allah bukakan pintu hati aku untuk resign dan ikut Amri tinggal di Sabah...aku bersyukur sangat. Walaupun dari segi kewangan, aku agak kurang stabil (terpaksa merendahkan sedikit taste shopping), tapi aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Aku dekat dengan Amri. Hari-hari dapat tengok senyuman senget dia, dapat terpaksa dengar dia melepaskan bom butana tiap-tiap pagi, dapat jaga makan minum dia dan paling penting kami dapat saling membimbing antara satu sama lain daripada hanyut dengan kenikmatan dunia. 

Tapi, tak semua orang bahagia dengan keputusan yang aku pilih. Ada jugak suara-suara sumbang yang mengata dibelakang atau menyindir depan-depan. Ada yang kata aku bodoh sebab belajar sampai ke Jepun, balik Malaysia dapat kerja yang elok-elok, tapi aku sanggup tinggalkan semua tu demi seorang lelaki (Hello!! That man is my husband and I have been waiting for 9 YEARS to be with him ). Tak apa lah. Orang boleh kata apa saja yang orang nak. Tapi bagi aku, ini keputusan yang terbaik. Aku sanggup tinggalkan semua tu sebab aku nak anak-anak aku dan Amri dapat nikmati kehidupan yang terbaik yang macam pernah aku dan Amri nikmati masa kanak-kanak dulu. Maybe dengan career aku sekarang, aku tak mampu nak hantar anak-anak aku ke sekolah private yang terbaik, tak mampu nak register anak ke pusat tuisyen yang terbaik..tapi sekurang-kurangnya aku dapat berikan anak-anak aku zaman kanak-kanak yang terbaik. Aku nak anak-anak aku membesar dengan adanya both of their parents at their side. Aku nak aku dan Amri kenal siapa anak-anak kami, dan anak-anak kami kenal siapa kami. I want we live as a family under one roof. Although my reason sound like rubbish but, bagi aku itu yang terbaik untuk kehidupan kami sekeluarga. Lagipun aku bukan tak kerja terus, cuma aku masih menvari-cari pekerjaan yang membolehkan aku dan Amri dapat besarkan anak-anak kami bersama. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku akan kerja balik (So, JPA..jangan risau yer. Saya tak akan sia-sia kan biasiswa yang anda berikan pada saya).

Ada jugak suara sumbang yang kata "what if, if one day suami aku berubah hati, tak ke aku rasa terkilan sebab tinggalkan career". Well if thats happens, aku hanya berserah pada Dia. InsyaAllah Dia akan tunjukkan aku jalan. Buat masa ni, aku cuma boleh berdoa minta benda-benda macam tu dijauhkan dari kehidupan kami. Itu semua risiko perkahwinan. Kalau tak berani ambil risiko, jangan kahwin.

Ok..need to go now. My baby Waja kena bawa ke "klinik" kereta sebab belting aircond dah mula keluarkan bunyi tikus. BYE BYE

-(*Y*) PuTRi-