Aaaaaaaahhhhh!!! Penatnya!!!!!
Sejak Selasa, aku busy sikit dengan persiapan untuk Majlis Ramah Mesra Bersama Isteri Menteri Pertahanan. Untuk tahun ni, rasanya ini la acara terbesar bagi kami BAKAT 5 Briged sebab kedatangan isteri menteri pertahanan turut ditemani oleh isteri panglima-panglima tentera darat yang lain.Walaupun penglibatan aku cuma kecik (setakat membantu pasukan koir BAKAT men"sumbang"kan lagu), tapi rehearsal untuk majlis tersebut memang memenatkan. Selasa dan rabu, pagi petang, malam..kami balun rehearsal. Kering jugak la anak tekak aku everytime balik rumah lepas latihan koir.
Tarian Bollywood. Kalau aku yang disuruh menari rasanya tak jadi gelek Bollywood, tapi jadi GULING BOLLRWOOD |
Actually penglibatan aku dalam majlis ni pun secara mengejut. Sepatutnya aku tak payah join pun tak apa coz En Amri tengah berkursus di PD selama 1 bulan. Tapi disebabkan sekarang ni musim cuti sekolah, ramai ahli-ahli BAKAT yang bercuti. Maka muka aku ni la yang terpaksa menjadi bidan terjun untuk pasukan koir. Sedih pulak tengok bilangan ahli pasukan koir macam pasukan nasyid. Nak tak nak..join la jugak. Walaupun suara aku tak sesedap mana, tapi cuma ini je yang aku mampu nak sumbangkan. Daripada aku disuruh bergelek atas pentas, baik aku join koir. Suara sumbang pun tak apa, nyanyi ramai-ramai.
Its me, PutRi!!! Penyumbang suara pasukan koir |
Baru tadi usai majlis..semua orang tarik nafas lega. Walaupun ada jugak cacat-cela sikit, but owh come on!!! Kami semua bukan penyanyi atau penari profesional. Kami cuma isteri-isteri tentera. Alhamdulillah tetamu VIP yang datang semua memahami. Yang paling penting everybody have fun (walaupun ada masa aku agak boring sampai layan sudoku. Ampun pengerusi BAKAT. Jangan marah saya).
Ok la..need to go. I'm really tired.
-(*~*) PuTRi-
No comments:
Post a Comment