Thursday, July 14, 2011

Semalam Ialah Hari Yang Masam

Semalam ialah hari yang tersangat masam. Kalau ikut hati rasa nak pengsankan diri 1 hari. Sometime rasa benci bila kita kena paksa buat something yang membazir masa dan tak datangkan faedah. Now I know why some people hate BAKAT. Kadang-kadang manusia ni bila dah ada pangkat (actually husband dia yang berpangkat so automatic dia pun dapat la kuasa), dia akan jadi alpha tentang perasaan dan kemahuan orang lain.
OK senang cerita, aku bengang sebab kena paksa turun jadi penonton LATIHAN TARIAN pada almost every night pukul 8 malam (until pukul berapa pun aku tak tahu) sampai 24hb 7 ni. Aku tak terlibat pun sebab memang tak ada bakat..tapi dipaksa jadi penonton untuk bagi sokongan moral pada penari. Tak cukup lagi ke 3 orang instructors yang bridged hired untuk ajar penari tu menari (gaji instructors tu pun nanti masuk mess bill laki aku jugak)? Kenapa perlu sangat sokongan dari isteri-isteri pegawai yang lain? Perlu ke aku bazirkan masa yang sepatutnya aku spend dengan En. Amri dekat rumah? Derhakakah aku kalau aku membantah something yang aku fikir tak logik dan tak rasional langsung? 
Tapi bila orang kuat dah bising-bising (dengar cerita sampai mengamok), aku turun jugak malam tadi walaupun dengan muka masam macam buah mampelam muda. Kebetulan En Amri ada meeting, jadi tak ada la rasa bersalah sangat pada dia. But, still aku rasa tak berbaloi pun turun jadi penonton. Sebab lepas balik dari latihan tu, mata rasa mengantuk sangat and badan pun rasa layu semacam je. Aku packing barang En Amri pun macam nak tak nak. Kesian Pak cik tu..entah complete ke tak barang dia nak pegi latihan menembak. Dan malam ni aku bercadang nak derhaka lagi, sebab amat la tidak seswai buat latihan tarian pada Khamis malam Jumaat. Walaupun masa latihan dibuat selepas masjid kat depan dewan tu habis tahlil dan yassin...tapi still aku rasa bersalah nak pergi. Nanti dalam kubur malaikat tanya aku "WAHAI PUTRI, KENAPA ANDA BOLEH TURUN JADI PENONTON LATIHAN TARIAN TAPI TAK BOLEH NAK PERGI MAJLIS TAHLIL DAN YASSIN DEKAT MASJID ?". Nak pergi dua-dua..tak mampu la pulak badan aku ni. 

So untuk memaniskan balik hari yang masam semalam, aku baked STRAWBERRY JAM MUFFIN. Sebab aku tak ada mood, jadi bentuk muffin aku pun tak berapa cantik. En Amri cakap macam cendawan. Walaupun dah makan 2 biji muffin yang manis, semalam masih hari yang masam untuk aku. 

STRAWBERRY JAM MUFFIN  

For En Amri: Thank u very much sebab tak pernah paksa saya turun BAKAT and sorry banyak-banyak kalau anda kena denda sebab kepala batu saya. Really SOOOOOORY BABY!!!!!!

No comments:

Post a Comment