Friday, July 12, 2013

Food Craving 1 : Biskut Sarang Semut

Baru awal Ramadhan, saya dah start post entry biskut raya. Puasa pun belum tentu penuh lagi. Sorry ya. Tujuan asal saya buat BISKUT SARANG SEMUT kali ni bukan untuk raya. Tapi disebabkan MENGIDAM. Hihihihi...Yes I'm pregnant with my second baby rite now (ikuti cerita sepenuhnya disini). Minggu ni dah masuk 27 weeks +++ . Actually saya sendiri tak pasti berapa usia kandungan saya yang sebenar coz tiada tarikh last period dan saya cuma scan baby bila kandungan dah mencecah 20 weeks (kes pregnant tapi tak sedar sampai baby dah menguit-nguit dalam perut). So, walaupun usia baby masa scan 20 weeks tu tak berapa accurate, doctor decided to rely on that. Anyways, perkembangan baby @ adik positif dan aktif. Doakan semoga adik sehat dan selamat hendaknya. Dalam hati, terbit rasa bersalah yang amat sangat sebab tak sedar kewujudan adik selama 5 bulan pertama. Perkembangan Abang (dah start kena panggil abang) Amrsyar? Owhhhh !!!!! He can walk run already dan ada 4 batang gigi (2 atas dan 2 bawah). Kerjanya tiap hari kejar orang sambil asah  gigi-gigi dia. Jenuh saya suruh dia berhenti sebab nyilu. I guess that is his hobby currently.

Ok..tuan rumah dah tersasar jauh dari tajuk. Back to our Biskut Sarang Semut. Last week, saya memang mengidam sangat nak makan biskut ni. Siap suruh En Amri cari kat PD. Tapi, saya kecewa sangat-sangat sebab tak ada orang yang menjual. Maybe sebab biskut ni complicated sikit nak buat. Bukan semua orang rajin nak menyagat. So, nak tak nak..terpaksa lah masuk dapur dengan perut yang memboyot. Bahan-bahan biskut senang nak cari. Cuma bila part nak menyagat tu, saya jadi penat sikit. Saya buat 3 seisi menyagat untuk habiskan satu adunan ni. Sagat, bakar then tidur (harap-harap bil elektrik tak tinggi bulan ni).    Alhamdulillah akhirnya selesai jugak misi Biskut Sarang Semut. Setiap kali habis membakar, saya terus makan. So at the end, saya cuma dapat satu tupperware kecik untuk dijadikan stok simpanan.  Walaupun sturktur dalam biskut ni tak berapa nak jadi macam sarang semut, tapi still sedap. Rasanya satu adunan ni habis masuk perut saya sorang je. Teruk kan preggy mommy ni.

BISKUT SARANG SEMUT




Bahan-Bahan

120g gula castor
250g mentega
300g tepung gandum
120g tepung jagung
50g tepung kastard
1 biji kuning telur
sediikit esen vanilla
manik color / coklat rice

1. Pukul mentega dan gula sampai gebu.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard sedikit demi sedikit sambil dipukul.
3. Uli sehingga menjadi doh.
4. Sagat doh ke dalam mangkuk. (lebih senang kalau guna penyagat cheese).
5. Sudukan ke dalam paper cup.
6. Taurkan manik color/coklat rice.
7. Bakar pada suhu 180 C selama 15 hingga 20 minit.

<<<<< Selamat Mengukies >>>>>


16 comments:

  1. Sy pun suka biskut sarang semit nih, tapi nak membuatnya alahai... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat tu memang kena ada azam yg kuatt sikit

      Delete
  2. keras ke adunannya hingga boleh disagat?..nak try wat lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adunan x keras dan x lembik sangat. kalau pakai penyagat cheese tu, x payah sagat..just tekan sikit

      Delete
  3. Pehh sedapnya biskut sarang semut ni! Tapi tak reti la nak membuat tu. Takut hangus & tak jadi. Huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bakar senang je.yang nak menyagat tu seksa sikit

      Delete
  4. nampak sedap je..hehe..takpelah, untuk baby dalam perut ye..hehe
    saya tak pernah buat..tak reti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap pun..demi baby apapun mama dia sanggup buat

      Delete
  5. ya allah... biskut kegemaran mama nih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. selera kita sama la mama hasniza

      Delete
  6. sedap.. tapi .... hehe penat nak sagat.

    ReplyDelete
  7. sedap biskut nie..baru makan aritu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan..bila dapat makan memang x boleh stop

      Delete
  8. tahniah bakal dapat baby lagi,,, camana boleh tak sedar kehadirannya tuu

    akak pun suka biskut ni,,, tapi sampai sudah tak pandai buat

    ReplyDelete
  9. salam..

    sedap..senang jugk buat kan..tp lum ade ksmptn utk buat lagi kuih srng semut ni..huuu thun ni buat kueh lain..mayb ble buat utk thun dpn lau pnjng umo..hee ^_^

    ReplyDelete