Thursday, June 6, 2013

Apple Crumble Cake

Setelah sekian lama tak mencuba resipi, akhirnya saya gagahkan juga kaki tangan ke dapur rumah Mama. Since my Mama kurang suka @ tak suka lansung mem”baking”, she kept her oven and hand mixer jauh ke dalam kabinet. Jenuh saya menyelongkar dapur Mama mencari peralatan baking. Akhirnya complete jugak semuanya.

The next day, ini lah hasilnya ……


Akhirnya berjaya jugak mem”baking” APPLE CRUMBLE CAKE. Resipi ni saya dapat dari buku resipi yang saya beli dari jualan murah di AEON Kinta City (tak sia-sia melabur RM10). Kek ni agak mudah nak buat. Bahan-bahan pun senang nak cari. Cuma bagi yang tak suka manis, boleh kurangkan kuantiti gula. Disebabkan saya cuma gunakan 1 biji apple, kek saya kurang rasa apple. Next time saya akan gunakan 1 ½ biji apple. Kuantiti bahan-bahan untuk hasilkan crumble boleh dikurangkan. Saya follow sukatan resipi crumble, tapi saya cuma gunakan sebahagian saja dari adunan.   

Ok enough kot membebel. Ini resipi Apple Crumble Cake :


Bahan-bahan

125 g butter 
125 g gula castor
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
125 g cream cheese
3 sudu besar tepung jagung
200 g tepung naik sendiri (self rising)
1 biji apple

Untuk crumble
75 g butter
75 g serbuk almond
75 g tepung
2 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk kayu manis

1. Panaskan oven 180 C. Leserkan baking pan dengan butter dan lapik dengan baking paper.
2. Pukul butter dan gula sampai putih.
3. Masukkan telur satu per satu. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan cream cheese dan pukul sampai sebati.
5. Potong apple menjadi dadu. Gaulkan apple dengan sedikit tepung sehingga semua apple diselaputi tepung.
6. Ayak tepung jagung bersama tepung naik sendiri. Masukkan dalam adunan butter sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan sudu.
7. Masukkan apple dan kacau sehingga sebati sahaja.
8. Tuangkan adunan dalam baking pan. Sediakan crumble.
9. Cairkan butter (untuk crumble).  Gaulkan semua bahan-bahan kering untuk crumble. Tuangkan butter cair sedikit demi  sedikit sambil gaul menggunakkan tangan sehingga adunan menjadi sedikit berketul-ketul.
10. Taburkan crumble di permukaan adunan kek.

11. Bakar selama 40 hingga 50 minit.

Selamat Mencuba

7 comments:

  1. Hi dear, u jual lagi x fetal doppler...boleh contact me? sitijamilahaliman@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Ooohh..sy seperti mama putri....tak berape gigih nak meng baking bagai..heheh...

    ReplyDelete
  3. wow besnya jumpa resipi ni! thank you kak :)

    ReplyDelete