Tuesday, November 15, 2016

Puding Roti Again and Again

Tengok tajuk..mesti terfikir kan..banyak sangat ke roti lebih kat rumah saya kan? Actually kadang-kadang memang banyak pun sebab bila roti kat rumah ni dah habis..sometime saya dan Ayah akan beli serentak. So dekat rumah akan ada 2 buku roti. Tapi yang comfirm habis cuma sebuku je..yang sebuku lagi kalau tak ada inesiatif nak buat benda lain...roti tu biasanya akan terbiar sampai expired. Bila dah expired...jawabnya terpaksa lah ke tong sampah. Selalunya kalau ada roti lebih saya akan buat puding roti ataupun pizza. Kali ni saya tempek resipi puding roti dulu. 

So far ini resipi puding roti terbaik yang pernah saya buat. Struktur puding tak terlalu basah. Kalau ikut resipi asal kena letak kismis tapi saya replace kan dengan coklat chip. Masa buat puding ni saya buat sekali sos kastard so saya kurangkan gula dalam puding. Bagi yang tak nak buat sos kastard boleh lebihkan gula untuk puding.  



PUDING KASTARD

8 keping roti putih
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula castor
2 sudu besar mentega (cairkan)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Coklat chip

1. Panaskan susu dengan api kecil. Angkat sebelum susu mendidih.
2. Masukan mentega dan gula. Kacau sedikit bagi gula larut.
3. Tuangkan adunan tadi ke dalam roti yang telah dikoyakkan jadi cebisan roti. Biar roti terendam sehingga adunan sejuk.
4. Masukan telur dan esen  vanilla. 
5. Bila adunan dah sebati, masukan coklat chip.
6. Masukan ke dalam loyang. Taburkan coklat chip .
7. Bakar ke dalam oven suhu 180C sampai masak (lebih kurang 45 minit hingga 1 jam).

SOS KASTARD

1 tin susu cair
1/4 tin air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula 
1 sudu teh esen vanilla

1. Masukan susu dan tepung kastard ke dalam periuk. Kacau supaya tepung kastard tak berketul.
2. Panaskan adunan tadi atas api. Terus kacau.
3. Masukan gula dan esen vanilla. Terus kacau sampai sos jadi pekat.

Wednesday, November 2, 2016

Minum Petang....Churrossssss !!!

Churrrosss !!!!
Pernah makan tak?!! Kalau tak pernah..kena try resipi ni. Churros ni famous kat Spain, Portugal dan France..ikut kata Wikipedia la. Betoi ke tak..saya pun tak pasti. Tapi yang pasti..saya suka makan. First time makan.. saya beli kat Meru Ipoh. Ada abang buka gerai churros..berdekatan dengan McD Meru. Sekarang tak pasti..abang-abang tu jual churros lagi ke tak.

Sabtu lepas En Amri tengok rancangan Bikin Sendiri kat TV9. Host tu buat Churros. Disebabkan En Amri tak pernah makan churros...jadi saya pun penuhi lah permintaan suami tercinta. Resipi ni saya just google. Bahan-bahan senang je nak cari. Cuma cara nak buat tu merenyah sikit. Resipi yang saya guna ni sukatan bahan-bahan ngam-ngam saja. Adunan yang terhasil tak terlalu keras dan tak terlalu lembut senang je nak tekan. Saya guna acuan aising kek. Piping beg tak de kat rumah.

Hasilnya......tara........
...........


Cun dan bergaya tak churros saya? Rasa pun sedap...rangup diluar lembut di dalam. Saya malas nak buat sos coklat...just cicah dengan Nuttela dan sos caramel Hershey's. Tapi kan...kalau ikut tekak kami sefamily...rasanya kalau churros ni tak disalut dengan gula..lagi sedap sebab dah ada sos.

Bagi yang berminat nak cuba buat churros ni...ini resipi dia. Setakat ni saya rasa ini resipi yang terbaik.

Bahan-Bahan 

1  1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar butter
1 cawan air
1 sudu besar gula (kalau tak nak salut dengan gula boleh lebihkan)
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla

Gula pasir dan cinnamon powder
Sos Nuttela/sos coklat/sos caramel

1. Didihkan air bersama gula. 
2. Masukan butter dan garam. Kacau dengan api yang sederhana.
3. Perlahankan api, masukan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga rata. Kalau takut hangus, tutup api sambil kacau.
4. Biarkan adunan sejuk. Saya biarkan dalam 30 minit. 
5. Bila dah sejuk, masukan telur dan esen vanilla. Uli guna tangan.
6. Masukan doh dalam piping beg. 
7. Panaskan minyak untuk mengoreng.
8. Paipkan doh ke dalam. Panjang churros ikut citarasa sendiri. Rasa-rasa dah panjang tu gunting.
9. Goreng sampai kuning.
10. Satukan gula pasir dengan cinnamon powder. Golekan churros yang dah digoreng tadi ke dalam campuran gula dan cinnamon powder. Saya tak suka rasa cinnamon yang kuat..so saya letak sikit je cinnamon powder ni.
11. Dah siap. Time nak makan boleh cicah dengan sos ikut tekak masing-masing. Churros yang dah disaluti gula tu...tak cicah pun tak pa sebab dah sedang-sedang je manisnye.

Tuesday, September 6, 2016

Spaghetti Aglio Olio


Last weekend kami sefamily ke rumah mentua. Kebetulan mentua ke rumah adik ipar di Kedah. Jadi apa lagi...rumah mentua terpaksa buat macam rumah sendiri. Actually saya tak pernah masak di rumah mentua. Kalau setakat tolong sikit-sikit tu ada lah.
Tapi sebab hubby tersayang dah request nak makan spaghetti untuk dinner....so terpaksa berusaha walaupun tak biasa dengan dapur rumah mentua. Mula-mula terfikir nak buat spaghetti bolognese..tapi leceh la pulak. Akhirnya...malas punya pasal...saya cuma masak spaghetti aglio olio saja. Spaghetti jugak kan. Huhuhuhu....masak simple simple saja. Bahan yang diguna tak banyak...cuma bawang merah, bawang putih, cili hidup, udang, brokoli, lada hitam dan minyak zaitun. Senang sangat nak buat. Tutup mata pun boleh buat.
Ali tak berapa suka sangat. Dia cakap spaghetti yang merah lagi sedap. Tapi Adik suka. Banyak jugak si kecik ni makan. Suka Mama tengok. Ok lah tu kan...spaghetti ni pun ada sayur...kira healhty food jugak. Kalau nak lagi sedap...brokoli jangan overcook.
Itu saja entry minggu ni. Kalau rajin timbul lagi entry Puan Putri ni ye.

Saturday, September 3, 2016

Muffin Coklat Berinti Coklat

Dah berkulat blog ni...tak ber'update'. Lately saya jarang nak bereksperimen kat dapur. Kalau masak pun...cuma recycle resipi lama. Actually...buat masa ni saya tak banyak masa nak try and error sebab ada dua perut kecik yang ternanti-nanti hasil saya masuk dapur. Tak sampai hati nak bagitau masakan Mama tak jadi...huhuhu....so saya ambik jalan paling selamat....just recycle resipi yang saya dah master.

Tapi last weekend...saya buat muffin coklat. Itupun guna tepung muffin instant brand Nona. Actually saya beli tepung instant ni kat Tesco. Beli pun sebab dia reduce price sebab dah nak expired. Saya just follow instruction kat belakang kotak. Tapi saya gantikan air dengan susu. Hasilnya....tak mengecewakan. Alhamdulillah...walaupun barang dah nak expired tapi rasa muffin still mabeles....moist dan sangat bercoklat gitu.

Disebabkan hubby saya jenis yang tak suka muffin kosong...so saya just insertkan kepingan coklat bar yang kecik (saya guna coklat Cadbury) ke dalam muffin. Saya insertkan time muffin baru lepas keluar oven means time panas-panas lagi. So nanti coklat tu akan cair kat dalam muffin dan bolehlah dianggap sebagai inti.Hahaha....hentam saja la.

Bila malas-malas ni memang banyak idea simple datang. Huhuhu....tah bila la agaknya Puan Putri ni nak rajin macam dulu. 

Tuesday, April 26, 2016

Goreng Pisang Cheese


Selama ni dok asyik beli kat orang...kali ni kita buat sendiri. Actually ni kes sakit hati. Bulan lepas saya beli goreng pisang cheese caramel kat Bandar Baru. Rasa ralat sikit sebab 5 ketul goreng pisang harganya RM 5. Semua masuk perut tapi tak puas makan. Nak pegi beli lagi...memang tak lah... Kalau nak makan sampai puas..agak-agaknya berapa Ringgit saya kena habiskan. Goreng pisang je pun.

Kebetulan petang Khamis, Opah buat goreng pisang. So saya ke Giant beli cheddar cheese. Barang yang lain memang dah ada dalam freeze. Siap goreng pisang, saya letak susu pekat dan coklat syrup. Then sagatkan cheddar kat atas goreng pisang tadi. Hasilnya....


Rasa memang tak ada beza pun dengan yang kat kedai. Lagi best sebab boleh letak coklat syrup dan cheese sesedap rasa. Kalau yang beli, mintak extra cheese kena tambah 50 sen. Buat sendiri...puas hati. Rasa berbaloi beli cheddar.

So lepas ni memang dah tak beli la goreng pisang cheese. Semua boleh homemade. Kalau malas sangat pun beli je goreng pisang...balik rumah letak susu pekat, coklat syrup dan cheese. Bukan susah sangat pun..

Wednesday, April 13, 2016

Aiskrim Choki Choki

Dah lama aiskrim choki choki ni viral kat FB dan blog tapi malas nak try. Untill saya cuba makan aiskrim yang dibeli dari orang. Itu pun orang jual 30 sen sebatang..tapi choki choki sejemput je. Tak puas makan. So esoknya terus jadi semangat nak buat sendiri. Balik kerja, saya beli susu cair dan susu pekat. Bahan-bahan lain memang dah ada kat dapur.

Around pukul 8 malam, saya mula projek aiskrim choki choki. Mula-mula tu Ali dan Adik beria ambik kerusi meja makan...nak tengok saya buat aiskrim. Lepas 5 minit dua-dua anak bertuah ni dah hilang. Si abang masuk bilik Opah dan si adik lepak depan TV dengan Atok. Tinggal la Mama dan Achu kat dapur. Buat aiskrim ni cepat dan senang...cuma antara malas dan rajin je. Saya buat ikut cara saya saja...mana yang mudah. Hasilnya......
jrng..
jeng..
jeng...


Puas hati den..sebatang aiskrim ni saya letak 1 tiub choki choki. Walaupun ramai dah tau bahan-bahan nak buat aiskrim ni..saya tempek jugak dekat entry ni sebab cara saya berbeza. Kalau rasa cara saya lebih mudah...sila cuba tapi kalau rasa ada cara lagi mudah...abaikan je. Apapun saya dah berjaya...next time boleh try buat aiskrim sumi pulak.

Aiskrim Choki Choki

Bahan-bahan 
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
2 tin air masak
1 1/2 sudu tepung jagung
sedikit garam
Choki Choki
plastik aiskrim

1. Masak semua bahan kecuali Choki Choki dan plastik aiskrim sampai mengelegak sikit.
2. Potong setiap tiub Choki Choki kepada 2 bahagian supaya lebih mudah nak picit masuk dalam plastik aiskrim. Lagi senang kalau choki choki tu dalam keadaan separa beku means dah ada yang lembik dan ada yg masih berketul. Bila dah picit masuk dalam plastik aiskrim, tekan- tekan dengan jari choki-choki supaya rata.
3. Masukan bahan-bahan yang dimasak tadi. Saya suka guna jug kecik. Lagi senang nak masukan dalam plastik aiskrim. Supaya choki choki tadi tak larut dalam susu, saya tunggu sampai susu tu jadi suam.
4. Ikat dan sejukan.

Tuesday, November 10, 2015

Kek Coklat Kukus

Setiap kali buat susu anak mesti saya terpandang steamer hasil menang cabutan bertuah di supermarket Minat. Seingat saya, saya cuma pernah pakai steamer tu sekali saja...untuk buat apam susu. Then saya peram saja steamer tu kat kabinet. Setiap hari nampak...tapi malasnyer nak mengukus. Untill hari ni...hati terdetik nak makan kek coklat. Kalau kek coklat mesti lah nak yang lembab...dan nak dapat kek coklat yang lembab...mesti kena guna steamer. Kalau bake guna oven...jarang dapat kek coklat yang lembab.

Saya start men'google' resipi. Kebanyakkan blog masakkan guna satu resipi yang sama untuk kek coklat kukus. So saya pun buat keputusan nak cuba resipi tu. If ramai orang dah cuba...mesti keknya sedapkan. Bahan-bahan tak susah nak cari...cuba cara sediakan kek tu...agak merenyah sikit. Apapun sebab nak makan...kita ikut saja. Bukan suruh panjat bukit pun...cuma ada bahan yang kena masak atas dapur. Itupun dah cukup merenyah untuk saya...nampak sangat perangai malas tu.

Untuk saya resipi ni berbaloi untuk dicuba. Teksture kek pun lembab dan rasa kek tak terlalu manis. At first memang risau kek ni jadi terlalu manis sebab guna susu pekat dan gula. Tapi lepas dah siap....ok lah...satu rumah suka. Bagi yang suka extra manis macam saya, boleh lebihkan susu pekat dalam topping. Kalau budget lebih boleh hiaskan kek dengan M&M...sangat colorfull. Tapi untuk kali ni saya cuma taburkan manik gula. Malas nak kuar g beli coklat M&M. Guna apa yang ada saja.


Bahan-Bahan

1/2 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak jagung
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair

Masak semua bahan diatas dengan api yang kecil. Kacau selalu.

3/4 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 biji telur (yang 1/2 biji tu pandai-pandai bajet sendiri)

1. Pukul telur sampai kembang. Masukan esen vanilla.
2. Masukkan adunan coklat berselang-seli dengan tepung.
3. Pukul adunan sehingga semua sebati. 
4. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
5. Masukan loyang ke dalam steamer yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Kukus kek selama sejam.

Untuk Topping
Masak susu pekat, serbuk koko dan mentega atas api yang kecil. Kacau sehingga semuanya sebati.
Tuang topping coklat atas kek. Hiaskan kek ikut citarasa sendiri.