Tuesday, April 10, 2018

Sup Daging Siam Express

Assalamualaikum
Dah lama bersiaran. Alhamdulillah...sekarang ni saya lebih banyak berehat sebab tengah sarat preggykan anak ke -3. Dapur Pn Putri masih lagi berasap, tapi jarang-jarang sebab sejak preggy ni ada masa ada tenaga boleh lah masak..ada masa saya just baring or tidur.
Since dah nak maduk 7 bulan ni, alahan dah beransur hilang tapi kaki pulak cepat lenguh. Kalau buat kerja berdiri lama sikit....kaki mula rasa membengkak dan lenguh. So semua kerja rumah pun kalo boleh nak express saja termasuk lah bab memasak. Jadi....kita guna apa saja perencah segera yang ada di pasaran. Yang terbaru saya cuba Perencah Sup Siam brand Adabi. Sup ni rasa masam-masam sikit. So bagi yang suka sup masam boleh try.
Untuk cara masak dan kuantiti masakan boleh rujuk pada bungkusan perencah. Saya pun follow jer...tapi ada lah buat penambahbaikan sikit sebab kalau follow resipi betul-betul rasa macam plain pulak sup saya.

Bahan-Bahan


1 paket sup siam adabi
Daging
Bawang merah, putih dan halia (tumbuk)
Celery
Tomato
Ubi kentang
1 kiub daging
air limau nipis
Bawang goreng

1. Tumis bawang merah, putih dan halia.
2. Masukan air ikut sukatan di bungkusan perencah. Masukan daging, ubi kentang dan perencah sup siam. Biar masak sampai daging empuk.
3. Masukan kiub daging. Biar rasa sebati.
4. Untuk sup rasa lebih masam, boleh tambah air limau nipis ikut citarasa tekak anda.
5. Masukan celery. Biar masak.
6. Akhir sekali masukan tomato. Saya tak suka tomato hancur sebab tu masukan last sekali.
7. Sebelum makan, taburkan bawang goreng.

Bagi yang nak sup rasa pedas, saya cadangkan anda ketuk cili padi dan masukan dalam sup time masak. Tapi kebiasaannya saya lebih suka buat kicap + cili padi. Bila nak makan, tambah jer kicap + cili padi ikut tahap kepedasan yang kita nak.

So far...sup yang saya buat ni belum pernah mengecewakan perut suami lagi. Alhamdulillah....suami makan siap bertambah. Senang dapat suami tak banyak kerenah..Tq En Amr..

4 comments:

  1. Senang.. memudahkan keadaan. Tambah2 lagi dalam keadaan berbadan dua. Ada masa larat.. ada masa nak baring je kan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye..dh sarat ni..memang ad masa bersemangat masak..berjenis2 lauk.tp bila tiba hari yg penat sgt tu...kalo boleh makan pun nk suruh org suapkan

      Delete
  2. Apa beza ye sup Siam ni.. nak Cuba laa. Tq utk resepi. Semoga dipermudahkan pregnancy ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya masam sikit berbanding sup biasa.cuba lah sekali..kalo masuk dgn tekak..boleh try lg

      Delete