Thursday, September 19, 2013

Food Craving 3 : Puding Prune

Dah lama tak pos entry makanan. Sejak dah masuk 8 bulan +++, rasa malas sangat nak masuk dapur. Adik kat dalam perut dah makin besar..ruang nak bermain pun makin sempit. Sekali Adik gerak, rasa nak termuntah pun ada. Tambah pulak bila si Abang Ali menyerang perut...huhuhuhu !!! Ada masa nak menangis rasanya bila dua-dua anak serang perut mama. Si Abang serang dari luar, while si Adik serang dari dalam. Adik belum keluar lagi, tapi si Abang dah ajak main. Tak apa lah..asalkan anak-anak mama happy dan aktif, sakit sikit pun mama bleh tahan.

Ok enough about my pregnancy. Entry kali ni nak cerita pasal PUDING PRUNE yang saya buat last week. Disebabkan cuaca sekarang makin panas, saya pun buat la puding prune ni untuk Ali. Tapi budak ni..sesuap pun dia tak nak makan. Penat saya kejar dia satu rumah nak suapkan dia. Lagi seronok dia lari..kemudian tutup mulut dengan tangan. Akhirnya saya terpaksa akur...agaknya budak ni memang tak nak puding prune. At the end, terpaksa la saya yang habiskan.

Bagi saya, rasa puding ni lemak-lemak masam. Sesuai sangat dengan selera saya yang suka benda masam. Tapi puding saya tak berapa menjadi (agaknya sebab ni la si budak kecik tu reject). Adunan agar-agar dan susu macam tak sebati. Memang puding prune macam ni ke atau ada silap saya? However, rasa puding ni masih mabeles.

PUDING PRUNE
Resipi Asal : Puding Prune dari Corat Coret Dapur Gee-Hut


Puding Prune yang tak berapa menjadi
Bahan - bahan

1 liter air
10 g agar-agar sebuk
250 g gula

Bahan A
2 biji telur
1 tin susu cair
20 biji prune (separuh dikisar dan separuh lagi dicincang halus)
esen vanilla


1. Masak agar-agar bersama air dan gula.
2. Satukan bahan-bahan A kecuali buah prune yang dicincang. Blend kan.
3. Masukkan adunan A bersama prune yang dicincang ke dalam campuran agar-agar. 
4. Masak sekejap.
5.. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan diluar sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

--- SELAMAT MENCUBA ---

17 comments:

  1. nice sharing.rasanya kalau masak hingga pekat, mungkin menjadi,kot?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe boleh try macam awak kata nanti

      Delete
  2. salam putri….wah!!rajinnye memuding dia. btw kot ada rasa kasar2 prune tu yg abg xsuka kot….

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak ros
      sekarang ni kalau tengahari je mesti panas sangat.tu yang asyik memuding je.si abang tu semua benda dia x mau makan kecuali nasi dia je.susah sangat ajar dia makan benda lain

      Delete
  3. mcm best je . must try . tapi kne tnggu blik tengganu dulu la . sedeh nye .

    ReplyDelete
    Replies
    1. x apa..leyla duduk terengganu ye..best nye.akak pernah g sekali je

      Delete
  4. Wah akak tengah pregnant ke ? tahniah (lewat wish) hehe. Puding prune ? tak pernah telan lagi ni..tapi insha Allah nak cuba kalau tak malas ke dapur heeee :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome izzah.kalau ada masa dan kerajinan..cuba lah..sedap jugak sekali sekala makan benda masam

      Delete
  5. huhu. main kejar-kejar pulakk. maybe dia tgk benda baru, tu yg dia tak berani nak makan. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya la..dia lagi suka makan nasi dia je

      Delete
  6. Si abang seronok melihat perut ibu dia berombak dan tahu itu adik dia sedang beraksi:)

    Mesti sedap puding ni. Kakak teringin pulakl ah sebab belum pernah rasa tau Putri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan jugak la rasa dia..kalau kak zakie suka masam boleh cuba

      Delete
  7. si abang x sabar nanti adik kuar ekkee

    wow .. rajin juga adik buat .. janji rasanya .. tu paling penting ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan rajin..tapi terpaksa sebab mengidam

      Delete
  8. tengah mengandung ye..tahniah....dulu saya mengandung pon malas nak masuk dapur..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pompuan mengandung malas masak kot.anak pertama dulu pun macam ni jugak..

      Delete
  9. anna tak pernah rasa pon puding + prune.. lepas ni kena cuba buat la :)

    ReplyDelete