Monday, January 21, 2013

Whats for Breakfast : Apple Muffins

Setelah sekian lama tak mengupdate blog, here I come with my latest experiment ---- > Apple Muffins. Kenapa mupin lagi ? !!!! Actually sejak ada baby Amrsyar, saya dah jadi pemalas bangun pagi dan sekali gus malas nak prepare breakfast untuk En. Amri. Since En. Amri jenis yang tak suka heavy breakfast, jadi saya akan baking muffin or cake as his breakfast a nite before. So, esoknya saya dapat tidur nyenyak tanpa mengabaikan tanggungjawab saya as a wife. Senang kan?!!!!

Resipi Apple Muffin ni saya try dua kali. First saya separuhkan adunan dan letak crumble kat atas muffin. But, crumble nya tak berapa nak jadi. Instead of crunchy, crumble tu jadi chewy. So, second time I escaped the crumble..cuma buat muffin botak saja. But the taste dah cukup sedap bagi saya dan En Amri. Tak sempat nak snap pic, dah habis kami makan dan hantar ke rumah jiran. 

Ok cut it short, here are some tips that might be usefull if you want to try this recipe :
  • disebabkan saya guna red apple yang dah masak, saya kurangkan kuantiti gula sedikit. 
  • gaulkan apple dengan tepung yang dah diayak, sebelum masuk ke dalam adunan cair.
  • kurangkan sikit kuantiti tepung. Bila adunan dah cukup pekat, saya stop campurkan tepung.

Apple Muffins


2 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan butter
1 cawan gula putih
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan apple yang dikupas dan didadu

1. Campur dan ayak tepung, baking soda, baking powder dan garam.
2. Pukul butter, gula sampai rata. Masukkan telur satu per satu. Masukkan esen vanilla.
3. Gaulkan apple ke dalam adunan tepung. Masukkan adunan tepung bersama apple ke dalam adunan butter.
4. Sudukan dalam muffins cup. 
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 190 C selama 20 minit.

For me, saya suka tekstur muffins yang agak lembap dan rasa apple yang manis. Its a perfect breakfast to start your day. So apa lagi..mari kita meng"klung" "klang"kan dapur dan start me"mapin" untuk breakfast esok. 



10 comments:

  1. nampak menyelerakan. rajin baking :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa la erna..baking nite before..esok pagi x yah bangun buat breakfast utk hubby

      Delete
  2. waaa..macam sedap je..nice sharing..:) esok try.eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cedapp pun..
      ur welcome dear

      Delete
  3. mesti sedap kan :D

    salam kenal dan salam maulidul rasul
    follower baru :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. belom cuba belom tau...
      salam kenal juga

      Delete
  4. Replies
    1. hihii..senang je nak buat..
      if u follow the method..insyaAllah menjadi

      Delete