Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

Minum Petang : Lemon Cupcakes

Lagi sekali saya muncul kembali setelah sekian lama menyepikan diri. Kali ni nak share resipi pulak. Lately mood mem'baking' dah mula kembali. Ali dan Adik dah besar jadi Mamanya dah boleh mula baking. Seronok.... Tapi yang sedihnya En Amri tak tinggal dengan kami. Jadi tak ada orang nak habiskan hasil air tangan saya. 

Last week saya cuba buat Lemon Cupcakes. Tiba-tiba tekak teringin nak makan something yang masam dan manis. Saya masuk dapur dan cari bahan-bahan. Alhamdulillah...since semua bahan dah ada, jadi saya pun mulakan projek mem'baking'. Mak su dan Opah jaga Ali dan Adik. Tapi sekali sekala Ali datang dapur tanya Mama "Cupcake..cupcake?". Tak sabar hero Mama ni nak makan cupcake.

Resipi asal saya ambil dari Blog Nennie Kuzaifah. Saya separuhkan kuantiti bahan dan guna tepung naik sendiri. Hasilnya....super delicious. Kek lembut and very lemony. Suka sangat. Tapi dua budak kecik ni tak berapa nak suka. Ali makan 2 biji while Adik cuma makan....tak pasti berapa sebab dia share dengan saya, Mak su dan Opah (everytime kami makan dia mintak). Apapun bagi saya resipi ni memang terbaik dan wajib dikongsi.


Bahan-bahan

130g tepung naik sendiri
100g gula castor (lebihkan kalau suka manis)
115g butter (suhu bilik)
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon
perahan air lemon dari 1 biji lemon

1. Panaskan oven 180 darjah.
2. Pukul gula dan butter sampai putih.
3. Masukkan sebiji demi sebiji telur sehingga sebati.
4. Masukkan parutan kulit lemon dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan perahan air lemon. Gaul dengan menggunakan sudu.
6. Masukkan dalam paper cup dan bakar selama 20 - 25 minit.

Mudah kan. Untuk mendapatkan kek yang lembut dan gebu, saya nasihatkan anda gunakan butter (bukan mentega atau buttercup atau lepa susu). Disebabkan saya nak cepat, saya cuma paipkan whipping cream yang dalam silinder. Hehehe....sejak dah ada anak..semua mau instant.

SELAMAT MENCUBA

Sunday, November 18, 2012

Eksperimen Pagi Ini : Banana Cake

Salam All

Happy Sunday!!!!!! Dah nak habis pun hari Ahad...baru saya ada masa untuk update blog. Sejak pegang status "MAMA AMRSYAR", waktu siang saya penuh dengan agenda-agenda melayan Amrsyar, bersihkan rumah or masak untuk Babah Amrsyar. Dah tak ada masa nak lepak-lepak depan tv sambil proses taik mata lagi. Rutin harian saya agak memenatkan so bila malam, lepas tidorkan si comel Amrsyar, saya terbongkang atas tilam depan tv. 

Ok la enough membebel pasal rutin hidup saya (kurang pahala kalau buat kerja then mengeluh). Malam Jumaat lepas, saya pesan pada En. Amri supaya belikan pisang coz saya nak buat kek. But pagi semalam, instead of kek pisang, saya buat kek coklat. So, satu hari En. Amri membebel pasal pisang yang dia beli. Risau pisang tu busuk sebelum dapat jadi kek katanya (tapi kek coklat tu habis jugak dia ngap). So nak tak nak, pagi tadi terpaksa jugak saya gagahkan diri dan bangun awal dan memulakan projek BANANA CAKE. Tak larat nak harung satu hari lagi dengan bebelan En. Amri pasal pisang yang dia beli. Alhamdulillah..setelah 2x gagal mem"baking", akhirnya menjadi juga kek hasil air tangan saya pagi ini. Cuma kek pisang saya kosong. Niat hati nak letak coklat chip or coklat rice. But Pernama dalam kem ni tak ada pulak jual benda Allah tu. So terpaksa la biar kan kek pisang ni botak saja. Botak-botak pun, rasanya TOTAP SODAPPPPPPPPPPP. Thank you kepada tuan punya resipi yang tak pernah kecewakan saya.

BANANA CAKE
Resipi Asal : Kek Pisang oleh Dapur Tanpa Sempadan


A cute banana cake +  A mug of coffee = Perfect morning


Bahan-bahan

200g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
200g pisang (around 3 biji)
200g gula (ikut manis pisang. Kalau pisang manis boleh kurangkan)
secubit garam
3 biji telur
120g minyak jagung
1 sudu besar ovallete
esen pisang or esen vanilla

1. Panaskan oven 170C.
2. Lecek pisang. Masukkan gula, garam dan ovallete.Kacau sebati.
3. Masukkan telur 1 per 1.
4. Tambahkan tepung, baking powder dan baking soda yang diayak. 
5. Satukan minyak dan esen vanilla. Masukkan dalam adunan.
6. Masukkan dalam acuan.
7. Bakar 20 ke 25 minit (ikut oven anda).

Its look like En. Amri fall in love with this banana cake coz dia makan non stop. Lepas satu-satu dia makan. Kira berbaloi la dia harung ribut untuk beli pisang. Ok la..need to go now. Byer ...

Wednesday, May 16, 2012

Sicilian Orange Cake

Salam All

Puan Putri timbul lagi dengan hasil eksperimen terbaru. Lama jugak tak meng"update" blog ni. Since pregnancy dah masuk 7 bulan, pergerakkan dah agak terbatas..mood nak memasak or mem"baking" pun macam chipsmore. Nasib baik tinggal dengan Mama..celik mata..makanan dah tersedia atas meja. Macam magic je kan (sebab Mama yang jadi fairy godmother).
But last nite suddenly terasa nak mem"baking" semula. Maybe sebab aku dapat berita gembira petang semalam (will share it in next entry..insyaAllah.Doakan saya rajin mengupdate blog ye). Aku  masuk dapur dan intai dalam peti sejuk Mama. Terjumpa sebiji buah oren. Kesian plak dekat buah oren tu...macam tengah kesepian jer. So, aku pun decide untuk cuba resipi SICILIAN ORANGE CAKE. Resipi asal dari blog Cik Mat Gebu. Tapi macam biasa, ada bahan yang aku ubah sikit mengikut kesesuaian bahan dalam dapur Mama. Kek ni tak susah sangat nak buat..prep time pun sekejap saja. Sesuai dengan keadaan aku sekarang yang tak boleh berdiri lama-lama. Aku buat dalam bentuk cupcake size medium..dapat around 20 biji. Bila makan, terasa ke"oren"an kek ni walaupun jus oren yang aku guna tak ikut sukatan resipi Cik Mat Gebu. Plan asal nak buat icing oren sekali, tapi lepas rasa kek yang dah siap masak, tak jadi pula coz kek ni saja pun dah cukup manis. Next time maybe aku akan kurangkan gula. Teringin nak drizzle kan kek dengan icing. Ok need to stop typing now. My baby sudah start kicking me actively. Here is the recipe :


SICILIAN ORANGE CAKE
Bahan-Bahan :
125 g butter
125 g gula (kurangkan if ada intention nak drizzle dengan icing)
125 g tepung naik sendiri
2 biji telur
3/4 sudu teh parutan kulit oren
40 ml jus perahan oren (aku letak jus hasil perahan 1 biji oren)

Bahan icing
65 g gula icing
2 1/2 sudu besar jus oren

Cara Membuat :
1. Panaskan oven 175 C.
2. Pukul butter bersama gula sampai putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sampai kembang.
3. Masukkan parutan kulit oren dan putar rata.
4. Perlahankan speed mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar. Diikuti dengan jus oren. Putar rata.
5. Sudukan dalam acuan cupcake sehingga 3/4 penuh.
6. Bakar selama 15 ke 20 minit. 

Untuk icing oren, satukan bahan icing dan drizzle atau curahkan atas kek apabila kek sejuk.

++++ SELAMAT MENCUBA ++++



Friday, October 7, 2011

Olive Oil Lemon Cake

Salam
Malas nak tulis panjang-panjang. Just nak berkongsi recipe Lemon Cake sempat aku bake Rabu lepas. This is one of my favorite recipe even though the method quite complicated. Recipe asal aku dapat dari my senior masa study di Okayama dulu. Cupcake ni aku dah buat berkali-kali (coz I'am lemon cake lover), and Alhamdulillah semua menjadi. Rasa cake ni very lemony dan sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet (special to you En. Amri) since cake ni guna olive oil. Bagi yang suka lemon cake macam aku, boleh la mencuba.

Olive Oil Lemon Cake
Resipi asal : Zakiah's Fotopages

Lemon Cakes
Bahan-Bahan:

240 g tepung gandum
280 g gula
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
3 biji telur (asingkan kuning dan putih)
120 ml susu
120 ml extra virgin olive oil (minyak zaitun)
3 sudu besar jus lemon (boleh kurangkan kalau tak suka rasa lemon sangat)
2 susu besar parutan kulit lemon 

1. Krimkan kuning telur,gula,olive oil, lemon jus dan kulit lemon.
2. Masukkan susu.
3. Ayakkan tepung, baking soda dan baking powder. Masukkan dalam adunan dan kacau sebati.
4. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sampai bertanduk. Masukkan dalam adunan kek sedikit demi sedikit. Kacau guna senduk.
5. Bakar 180 C selama 15 minit (depends pada oven anda).

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, August 10, 2011

Happy Birthday To Me

Lama rasanya tak update blog ni. Lately aku busy sikit. Lot of things happened in my life..and they make me more matured. Dan peristiwa yang paling mematangkan aku was "ON 5 AUGUST BARU-BARU NI, AKU CELEBRATED MY 27TH BIRTHDAY". Dah tua kan aku ni...haaaaaaaiiiiih.. Umur makin bertambah every year, but masih banyak plans yang aku dah rancangkan masih belum execute. Well what can I say..hidup tak semestinya follow track yang kita dah buat dan rancangkan. Sometime kita akan terpesong ke kiri and sometime kita akan tersasar ke kanan. But, there are nothing to lose..coz everytime kita tersasar, mesti ada experiences baru yang kita kutip and that experiences will make we more matured. OK enough about cerita peningkatan umur aku.
Sempena Birthday aku yang ke 27, nothing special from my husband. Dia cuma belanja aku makan "ROTI BAKAR DAN WHITE COFFEE KAT OLD TOWN". Best kan hadiah birthday aku. Actually En Amri ajak aku berbuka di buffet Ramadhan dekat Palace Hotel, but perut aku ni amat la kecik. Kalau pergi buffet, aku cuma dapat makan around 30 minit je. After that, mula la tercungap-cungap. Nanti ada yang jadi mangsa kena dukung aku balik rumah. Hahahaha... 
Untuk birthday aku tahun ni, aku malas nak beli cake. Rasa jemu pulak dengan cake Secret Recipe. So, I decided to bake (not bake actually sebab aku tak bakar pun) make TIRAMISU. This was my first attempt buat Tiramisu guna cream cheese and whipping cream and the cake taste really good. Masa kat Jepun aku guna mascarpone cheese. Tapi dekat Malaysia ni teramat la susah nak mencari mascarpone cheese. Masuk 10 kedai kek pun belum tentu jumpa lagi mascarpone cheese. 

Resipi ni aku cilok dari web Myresipi tapi ada yang aku ubah sikit. Thank you kepada tuan punya resipi. 

TIRAMISU
Tiramisu hasil tangan Puan Putri


1 biji sponge kek (aku ganti dengan biskut lady finger)
250 ml whipping cream
200 ml cream cheese (aku guna 200gm cream cheese sebab cream cheese aku keras)
1/2 cawan gula (boleh lebihkan kalau nak manis coz cream cheese tu agak masam)
1 cawan air panas
1 sudu makan nescafe
serbok koko

1. Bancuh nescafe dengan air panas.
2. Satukan gula, whiping cream dan cream cheese. Pukul adunan sampai kembang.
3. Susunkan kek atas bekas (untuk 1st layer). Tuangkan 1/3 cawan nescafe atas kek.
4. Sapukan cream atas kek tadi.
5. Ulang langkah 3 dan 4 sampai adunan habis.
6. Ayak serbuk koko masa nak hidang.

En. Amri suka sangat tapi aku tak galakkan dia makan banyak sangat sebab Tiramisu ni guna cream cheese..not really good for his diet. Anyway it worth to give this recipe a try and HAPPY BIRTHDAY 27TH TO ME !!!!!!!